Thursday, March 21, 2013

Kek Marie Koko

Dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaa teringin nak buat kek batik ni tapi tak tahu nak buat ikut resipi mana. Bila nampak Kakak Kembar Secubit Garam syorkan resipi ni  kat fb, slow slow mood nak membuatnya datang.... dan akhirnya terhasil juga kek batik ni.. err ada org panggil kek batik.. kek marie koko.. kek lapis marie.. emm macam-macam lagilah..


Resipi yang diangkut dari rumah kak nor ganu 

KEK MARIE KOKO by Azita

Bahan-bahan :
  • 500 gm biskut marie
  • 1 buku buttercup (250 gm)
  • 4 biji telur
  • ¾ cawan gula
  • ¾ cawan air
  • ¾ cawan milo
  • ½ cawan serbuk koko
  • 4 camca besar susu pekat manis

Cara-cara :
  1. Pecah2kan biskut marie dan ketepikan.
  2. Pecahkan telur ke dalam periuk yang agak besar dan pukul sedikit.
  3. Masukkan gula, air, milo, koko dan susu pekat manis. Kacau supaya sebati.
  4. Masukkan buttercup dan kacau di atas api yang sederhana sehingga adunan menjadi bergentel2 – macam pecah minyak.
  5. Kacau hingga pekat sedikit dan masukkan biskut marie yang telah dipecah2kan tadi.
  6. Kacau sehingga kesemua adunan koko meliputi biskut marie dan biskut menjadi lembut sedikit.
  7. Kautkan ke dalam loyang atau mana2 acuan dan mampatkan dengan menekan2 adunan dari bahagian atas.
  8. Sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam peti sejuk

Tips :
Alaskan dasar loyang dengan plastik supaya senang dikeluarkan untuk dipotong.
Untuk memampatkan, alas dengan plastik di bahagian atas dan mampatkan dengan tapak tangan. Lagi senang!!




Wednesday, March 13, 2013

Birthday boys

Uhuhu susahnya nak update blog sekarang.... nak update sket ni pun macam-macam gangguan dr budak kecik... Apapun layan je lah gambo ni dulu... Ada yg diambik guna kamera dan henpon kamera. Nak kongsi resipi pun tak sempat lg...

12 Mac 2013
Layed chocolate strawberry cake


bday boy.. dgn keknya


emmm... yummyyyy...


10 Mac 2013
Oreo strawberry chocolate cake


bday boy.... nak ambik gambo sorang punyalah susah..
tak reti duk diam

Areez 2nd besday

yummmyyyyyy......


Thursday, February 14, 2013

Lepat Pisang Kuih Koci

Pagi ni sarapan dengan kuih-kuih tradisional.. lepat pisang dan kuih koci.. FIRST TIME buat kuih macam ni. My anak dara suka sangat makan lepat pisang. Sebelum ni asyik beli je.. tak pernah terfikir nak buat sendiri. Macam-macam versi rupanya ada kat pakcik google.. ada yang guna tepung gandum, ada guna tepung beras.. emm tepung pulut pun ada.. untuk first time ni try guna tepung beras dulu.



 Hasil ceduk sana sini.. inilah resipi yg terhasil....

Bahan-bahan:
  • 2 cwn pisang dilenyek
  • 1 cwn tepung beras
  • 3-4 sudu besar gula
  • 1/2 cwn kelapa parut
  • sedikit garam
  • daun pisang secukupnya

Cara-cara:
  1. Lap dan bersihkan daun pisang. Potong kecil-kecil sesuai utk bungkus kuih.
  2. Campur pisang, tepung beras dan gula. Kacau rata.
  3. Dalam mangkuk lain campur kelapa dengan sedikit garam
  4. Ambil satu sudu adunan pisang, letak di atas daun pisang. Letak sedikit kelapa parut ditengah-tengah. Bungkus kemas-kemas.




Kuih Koci ni resipinya main agak-agak. Cara buatnya lebih kurang macam buat ondeh-ondeh. Cumanya adunan guna tepung pulut yg diuli dengan santan dan diletakkan sedikit garam. Intinya guna inti kelapa.. Inti kelapa tu pun the campak-campak resipi. *lo


Tuesday, February 5, 2013

Oreo Banana Muffin



Oreo Banana Muffin

Bahan-bahan:
  • 200g pisang (lebih kurang 4 biji pisang emas- saiz besar) - dilenyek
  • 4 sudu besar susu segar/ cair
  • 180g mentega
  • 140g gula perang
  • 2 biji telur
  • sedikit esen vanila
  • 60g oreo ( small crushed)

bhn ayak
  • 200g tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
 Cara-cara:
  1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul. Kemudian masukkan susu dan esen vanila. Pukul sehingga sebati.
  2. Masukkan bahan yg diayak dan oreo crushed. Kacau rata.
  3. Ceduk adunan ke dalam bekas muffin. Bakar selama 30-35 minit pada suhu 180 degree atau sehingga masak (masa bakar bergantung pd saiz muffin) 

Monday, January 21, 2013

Kerepek pisang berkeju

Entry pertama untuk tahun 2013 wakaka.. Punyalah lama tak update blog ni. Macam-macam hal yg perlu didahulukan sehingga blog ni terabai..

Sebelum tengok gambo kerepek pisang meh kita  tenang-tenangkan fikiran dengan pemandangan pagi yang indah. Pemandangan dari pintu dapur. Uhuhu lamanya tak pegang kamera...


Dan ni ha gambo kerepek pisang berkeju.. macam hebat je bunyi. Padahal kerepek pisang biasa-biasa je cuma digaul dgn cheese powder. Rasanya memang sedap.. Cara buatnya macam buat kerepek biasa. Lepas siap goreng tu.. gaul je dengan cheese powder.


Setelah sekian lama duk berebut dengan orang akhirnya dapatlah jugak merasa  pisang hasil titik peluh sendiri. Uhuhu nak makan pisang yg ditanam sendiri pun susah.. tak sempat nak ambik dah ada org lain yg tolong ambikkan..

Monday, November 12, 2012

Giant Mango

Buah mangga sulung dari pokok mangga yang ditanam. Beratnya 1.89kg.... Apa nama mangga ni entahlah... main beli je..

tengok ni..beratkan..

"wah...beratnyaaaa... "

"Abang Af nak pegang jugak..."

Saturday, November 10, 2012

Kek Pelangi

My first rainbow cake........ buat masa raya haji haritu. Entah sibuk dengan apa bendanya, asyik terlupa nak share resipinya kat sini. Kalau gambar masakan biasa-biasa je harus berkubur gambar ni. Tapi disebabkan resipi kek ni senang sangat nak buatnya. Rasa pun memang best. Kemanisan pun sedang elok je so nak tak nak kena merajinkan diri utk paste resipi kat sini.. boleh kongsi dengan semua dan yang paling utamanya SENANG untuk rujukan sendiri nanti.


Resipi kat bawah "angkut" dari Ribbon And Circus .  Resepi dalam bahse omputih. Makcik malas nak translate. > _ *
The Rainbow Cake 
(based on HUmmingbird Bakery's Vanilla cupcake recipe via here)
2 "8x8" baking pan 
I had to redouble the batter to get that 7 layers-phew~ (sy buat 3 kali ganda resipi then bagi 7)

1 cup all-purpose flour
3/4 cup sugar
1 1/2 tsp baking powder
pinch salt
3 tbsp butter
1/2 cup milk
1 egg
1 tsp vanilla extract

Put the flour, sugar, baking powder, salt and butter in a mixing bowl and beat on slow speed until everything is combined and you have a crumb mixture with a sandy consistency. Gradually pour in half the milk and beat just until the milk is incorporated.

Whisk together the remaining milk, egg and vanilla. Pour into the flour mixture and beat until all ingredients are just incorporated. Beat for another 30 seconds until batter is smooth. Do not overmix.

Divide batter amongst 2 8x8 baking pans and bake at 325F for about 15 to 20 minutes or until a skewer inserted in the centre comes out mostly clean. Cool before frosting.

Cream Cheese Frosting  ( double recipe)
250g cream cheese
100g icing sugar
50g butter
1 tsp vanilla extract
In a medium bowl, cream together cream cheese until creamy. Mix in the vanilla, then gradually stir inicing sugar. tore in the refrigerator after use.




Tuesday, November 6, 2012

Epal Hijau

Bukan nak share resipi tapi nak tunjuk bekas klasik ni.. bekas epal hijau. Sape ada bekas epal ni angkat tangan... hehehe. Ada orang kata bekas epal ni ada juga kaler merah.. entahlah tak pernah tengok pulak. Kat rumah my mak hanya ada 2 biji yang kaler hijau je..


Bekas epal hijau ni hadiah beli minyak cap helang. Tak tahu ler tahun berapa punya hadiah daa... dari kecik-kecik lagi sedar-sedar ada dua biji epal ni dalam almari my mak kat rumah. Epal yang tak pernah habis sampai sekarang. Agak-agak usianya lebih 35 tahun kot...

Masa balik kampung haritu tengok epal ni tergolek kat luar rumah, tunggu masa nak dibuang. Sayang punya pasal, diriku angkut sebiji bawa balik. Sebiji lagi tu my adik nak... entah ler dia dah angkut balik Sabah or not..

 saiz bekas berbanding dgn saiz buah epal


cap helang yang hampir tanggal

Hari Anugerah 2012

Sabtu lepas merupakan hari anugerah kat sekolah my anak dara. Alhamdulillah selama empat tahun dia belajar di SKSI, empat kali jugalah kami dapat jemputan dari pihak sekolah utk meraikkan kejayaannya pada hari anugerah. Ibubapa mana yang tak banggakan... Kejayaan anak-anak  merupakan hadiah yg tak ternilai.

Tapi apa yang tak puashatinya bila setiap kali diadakan aktiviti mesti acara dimulakan lewat daripada masa yang tercatat di dalam surat jemputan. Kalau lewat 5-10 minit tu bolehlah dimaafkan.. ni dekat 1 jam... yang jadi masalahnya bagi mereka yg ada anak-anak kecik macam saya ni ler... Nak tinggal kat rumah takde sapa nak jaga. Acara baru nak mula budak-budak kecik dah mula boring..

Dalam surat jemputan tulis pukul 8.00 pg. Dekat pukul 9 baru nak mula. Pukul 8 pagi tu cikgu cikgi masih sibuk duk susun hadiah, betulkan mikrofon dan macam-macam lagilah.. nampak sangat kesibukkannya. Takde tanda-tanda acara akan dimulakan dalam masa terdekat. Ibubapa pula yang memang dah faham keadaan, pukul 8 pg tu baru hantar anak-anak. Pastu balik ke rumah semula. Dalam pukul 8.30pg baru datang semula.. Kalau yg rumah dekat tu bolehlah nak ulang alik macam ni.

 2 orang budak yg kebosanan

 "eeee.. saya dah bosan....."

Emmm memang dah jadi tradisi. Kat mana-mana walau apa acara, susah nak jumpa acara dimulakan pada masa yang telah ditetapkan. Mungkin ada yg kata .. apalah yg nak merepeknya. Perkara biasalah tu. Tapi tak bolehkan kita mengubahkannya.. cuba menepati masa. Terutama di sekolah yg boleh dijadikan sebagai contoh. Cikgu cikgi perlu buat persiapan lebih awal. Bila sampai masa, terus mulakan acara. Takyah nak tunggu para jemputan yang lewat. Untuk yg datang lewat dan terlepas acara biar jadi pengajaran kat dorang supaya next time boleh dtg tepat pada masanya.

Sekarang ni ramai ibubapa yg ada kamera. Bila time aktiviti anak-anak tak kira persembahan ataupun masa terima hadiah, ibubapa mesti penuh kat depan duk ambik gambar. Kalau zaman dedulu cikgu sekolah sorang jer yg nampak pegang kamera. 
Semalam tu boleh tengok macam2 jenis kamera ada. Tak kira dlsr ke .. kompak ke. Yang guna handphone camera pun ramai.. 

Nah apa lagi, sekaranglah kalau kita semua nak buat perubahan. Cikgu cikgi try la mulakan acara tepat pada masanya. Ibubapa mesti akan dtg awal sebab tak nak lepaskan peluang merakamkan aktiviti anak-anak pada hari tersebut. Bagi ibubapa yg termissed utk merakam aktiviti anak-anak tu akan jadi pengajaran supaya next time akan datang awal.

Oppppsss bila tengok semula dalam buku aturcara semalam tu. Pukul 8.00 pagi ketibaan para jemputan. Bukannya acara akan dimulakan.. so bolehkah nak disalahkan apabila acara dimulakan hampir pukul 9.00 pg. Emmm perlukah dimasukkan dalam buku aturcara ketibaan para jemputan??? Sedangkan masa untuk memulakan acara tidak ditulis dengan jelasnya.

Berdasarkan pengalaman yang pernah dikutip ditempat orang. Bila dalam surat jemputan tulis pukul 8.00pg, maksudnya acara akan dimulakan tepat pukul 8.00pg.. Para ibubapa akan datang awal sebelum pukul 8.00 lagi... sebab tak nak missed snap gambar aktiviti anak-anak masing-masing.
Masing-masing berebut datang awal sampai sanggup beratur diluar  menunggu dewan dibuka.

Kat atas ni hanya pandangan makcik aje.. harap takde sape-sape yang tersinggung dgn pandangan makcik ni..

my 10yrs old daughter

To my anak dara.. bila nak ulang lagi result (bln Mac) macam kat bawah ni..


Saturday, November 3, 2012

Wong Mew Choo Sombong

Weh ni nak citer sket...........
Masa aku shopping barang dapur tadi terjumpa dgn Datuk Lee Chong Wei dengan Wong Mew Choo. Aku tengok gitu je pasangan ni sebab nak berebut ambik ayam. Hari ni supermarket tu buat sale gila-gila untuk ayam kampung. Murah sangat- sangat. Tapi stok terhad. Org ramai pakat berebut duk ambik. Aku sempat ambik dua ketul yg last.. kecik-kecik je. Pastu aku letak kat dlm troli. Then aku gi ambik pulak sotong... Bila nak letak sotong kat dlm troli.. baru aku sedar troli aku dah takde..

Cari punya cari nampak ler troli aku tu tersorot kat sebelah troli cleaner cuci lantai dgn ayam aku dah terabur kat dlmnya. Ada orang bagitau Wong Mew Choo tolak troli aku ni sebab aku parking kat tgh jalan. Bengang sungguhlah aku.. dah lah bukan main susah lagi aku duk berebut ayam tadi.

Pastu aku tolak troli tu gi cari Wong Mew Choo. Nampak dia sorang-sorang duk tengok tengok barang. Datuk Lee Chong Wei pulak duk buat bayaran kat kaunter. Bila dia nampak aku datang ke arahnya, dia jeling-jeling jer dgn muka sombong nak mampus. Aku ni dengan geramnya ambik plastik sotong dari troli then aku pusing-pusing depan muka dia. Abih air sotong yang hitam tu terpercik kat muka dia. Berlari dia gi cari toilet. Puas hati aku..

Tetiba kaki aku sakit.. arghhh......... kena gigit nyamuk..
Alamak rupa-rupanya aku bermimpi daaa... pukul berapa entah aku tertidur tadi.  Sekarang dah kul 11 mlm. Yang aku ingat tepat kul 9 mlm tadi aku kunci semua pintu dan tutup semua lampu kat bawah. Bawa si kecik naik atas dan ulik dia tidur.  Agaknya  aku pun terus tertidur sama sampai terlupa nak on ubat nyamuk. Biasanya kerja-kerja kunci pintu, tutup lampu ni boyfriend yg buat. Bila dia takde terpaksalah aku ambik alih... uwaaa tak sabar nak pergi jemput dia kat airport esok... Boleh aku serah balik kerja-kerja am dia tu hahaha...


Hahaha gelak lagi... Macam manalah pasangan ni boleh masuk dalam mimpi aku. Tengahari tadi, balik dari hari anugerah kat sekolah my daughter, singgah makan kat kedai Maksu. Perut pun dah lapar, malas nak balik masak. Salah satu lauk yg aku makan tadi ialah ayam kampung goreng. Sampai kat rumah tadi aku rehat jap sambil baca paper online. Salah satu berita yg aku baca ialah tentang perkahwinan pasangan ni akn diadakan secara live kat ntv7.

Bila teringat mimpi tadi.. hihihi tersenyum sorang-sorang. Tak logik langsung.. Ada ke Datuk Lee Chong Wei nak shopping kat tempat-tempat mcm Econsave(tempat yg biasa aku shopping brg dapur ler ni) gitu..  Tapikan dlm mimpi aku tadi tempat shopping tu macam tempat high-class gitu.. takde pulak nampak pekerja-pekerja yg pakai uniform Econsave.

Bila dah terjaga gini.. pasti susah nak sambung tidur.. ni yang aku tak suka ;p . Kalau layan internet ni boleh sampai ke pagi... ish dah lama tak buat blog walking. Teringin tapi tak sempat.. uhuhu minta maaf ye semua.. kalau saya tak buat kunjungan balas.. ada yg buat kunjungan tp tak sempat nak komen... Ni nak kena paksa tidur jugak..esok nak kena bangun awal. Nak pergi pasar. Kalau dak kecik bangun dulu terpaksa ler heret dia pergi pasar sama-sama ;p ..

Tuesday, October 30, 2012

Apa dah jadi

Hahaha... apa dah jadi dgn blogku ini..
Very very kebudak-budakkan...
Apa anak daraku dah buat ni ohohoho.. pengsannnn


Thursday, October 25, 2012

Rendang Merah

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam tak kira di mana jua berada. Kepada yang balik kampung hati-hati di jalan raya. Kepada yang sedang memasak, hati-hatilah di dapur dan kepada sesiapa yang belum tahu nak masak apa bolehlah try resipi rendang ayam merah ni.. emmm sedap..


Resipi ni angkut dari blog AlongRoz

Rendang Merah
By: AlongRoz@HomeKreation

BAHAN2:
  • 1/2 ekor ayam - potong2
  • 10 btg Cili Kering* - buang biji nya jika mahu kurangkan pedas
  • 10 ulas Bwg Mmerah*
  • 2 ulas Bwg Putih*
  • 2" Halia*
  • 1 st Biji Ketumbar*
  • 1/2 st Jintan Manis*
  • 1/2 st Jintan Putih* (* blend)
  • 1 btg Serai - ketuk
  • 8 helai Daun Limau Purut - hiris nipis
  • 1/2 sb Gula Kabung
  • 1 cwn Santan Pekat
  • 2-3 sb Kerisik
  • Garam

CARA2:

  1. Panasakan sesenduk minyak & tumis bahan blend* & serai sehingga wangi.Masukkan ayam, daun limau, gula, garam & kacau sehingga ayam separuh masak.Masukkan santan & kacau sehingga kua pekat.Masukkan kerisik & masak sehingga pekat & keluar minyak.
  2. Hidangkan dgn nasi, pulut atau roti.
 

Tuesday, October 23, 2012

Banana Caramel Poundcake

Lama tak buat kek pisang. Petang semalam buat banana caramel poundcake. Tak sangka pula cepat abih. Biasanya kalo kek ni apa jenis kek ler, orang dalam rumah ni slow sket. Mungkin agaknya.. petang semalam tu hujan lebat.. perut pun cepat lapar.. tu yang selera agaknya.

loor... mana hilangnya "u" kat poundcake tu ;p


Resipi lama yang pernah dikongsi di Myresipi.com dedulu tu.. Tp kali ni try guna gula perang.. tu yg tak nampak marblenya.. Kat bawah ni copypaste resipi dari myr. Kalao nak tengok gambar step by step boleh tengok kat sana

Banana Caramel Poundcake
Sumber: yanimnor@myr

Bahan-bahan ( [7X5X20] cm )

  • 120g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 90g gula
  • 50ml minyak masak
  • 2 biji telur
  • 1 biji pisang (besar)
  • 30g , 1 sudu besar guna, air
  • 2 sudu kecil air

Cara-cara
  1. Ayak tepung dan baking powder. Alas bekas poundcake dgn oven paper atau sapu dgn butter supaya tak melekat. Naikkan suhu oven ke 180C
  2. Potong pisang lebih kurang 1cm panjang. Panaskan 30g gula dengan 1 sudu besar air sehingga perang. Padamkan api. Dengan perlahan-lahan masukkan 2 sudu kecil air dan pisang yg telah dipotong. Sejukkan.
  3. Masukkan telur, gula, minyak ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Isikan fry pan dengan air, panaskan. Bila air dah panas, letakkan mangkuk tadi. Kacau sehingga gula cair.
  4. Masukkan tepung ke dlm 3. Kacau sehingga sebati
  5. Tuangkan karamel ke dalam mangkuk no.4 tadi. Kacau dengan perlahan. Biar jadi bercorak-corak. Tuangkan ke dalam bekas poundcake.
  6. Bakar dengan suhu 180c selama 35 minit.

Sunday, October 21, 2012

Burger

Permintaan my 3yrs old son .......

Saturday, October 20, 2012

Ubi Keledek Goreng


Resipi asal guna pisang tapi dek kerna pisang takde.. guna jer apa yang ada.. Kat bawah ni kopipes resipi asal dari blog Kak Madiha..

Pisang Goreng Crispy
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
  • Pisang sematu/nangka/ atau yg sesuai digoreng secukupnya
  • Minyak masak secukupnya


Bahan2 batter
  • 400 ml air
  • 220 gm tepong gandum
  • 50 gm tepong beras
  • 100 gm marjerin
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 ¼ sudu kecil garam

Cara2 menyediakan

  1. Masukkan bahan2 batter ke dalam jug blender ikut turutan di atas. Kisar sehingga batter sebati, rata & halus. Tuangkan batter ke dalam bekas yang sesuai.
  2. Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana. Belah 2 setiap pisang lalu masukkan ke dalam batter. Bila minyak dah panas, masukkan hirisan pisang yang bersalut tepong ke dalam kuali berhati2 dengan menggunakan tangan. (jangan sampai terkena minyak pula yer).
  3. Goreng pisang ke dua2 belah sehingga keemasan. Angkat & tos. Hidang di atas pinggan beralas paper towel & hidang bersama cili kicap.


Resepi Sambal Kicap
Bahan2
  • 8 biji cili padi
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil gula
  • Kicap manis secukupnya


Cara2 menyediakan
  1. Tumbuk halus cili padi, bawang putih dan gula. Campur kicap secukupnya. Siap untuk dicicah bersama pisang goreng crispy.

Friday, October 19, 2012

Mango Crepes

Orang lain tengah  hot dengan durian crepes.. oleh kerana durian takde , kita ganti jer ler dgn apa yg ada..


Crepes
by: Joayee@myr

Bahan-bahan ( 8-10 )

  • 1 cwn tepung gandum
  • 3/4 cwn susu segar
  • 1/2 cwn air
  • 2 biji telur
  • 3 sudubesar minyak masak atau butter cair
  • 1/2 sudu kecil garam
  • filling option 1:
  • Cheddar cheese + can mushroom + can tuna
  • filling option 2:
  • pisang + nutella atau cokelat sos & makan bersama fresh cream
  • filling option 3:
  • lemon + gula

Cara-cara

  1. Crepe prep:- masukkan semua bahan dalam bekas, kacau sebati. tapiskan adunan untuk lebih licin dan lembut. Perap 30-1jam dlm fridge.
  2. panaskan pan crepe atau kuali leper yg besar. sapu sedikit minyak. masak crepe selama 2-3 min. ulangi process hingga semua bancuhan habis. Crepes yg dah masak boleh letak bertindan, insyaAllah tak melekat. tutp dalam cling film , simpan dalam fridge sehinga 3 hari. Atau bole juga simpan dalam freezer.
  3. Serving:- Panas pan, sapu dengan butter. letakkan sehelai crepe, ratakan filling. Lipat 2. Sapu butter lagi. Lipat lagi untuk bentukkan 3 segi. Hidang panas2.
  4. note: kalau suka yg garing, sebaikknya prepare kulitnya sehari awal. dan juga masak lama skit masa taruk filling . 

Mango Filling
by: Deco Choco

Bahan-bahan
  • 200ml whipping cream
  • 2-3 sudu besar gula kastor
  • 1 biji mangga - potong dadu

Cara-cara:
  1. Pukul whipping cream dengan gula sehingga kental.  Masukkan mangga, gaul rata. Simpan dalam peti sejuk sehingga hendak digunakan.
  2. Isikan filling ke dalam crepes. Simpan dalam peti sejuk 1-2 jam sebelum dimakan.



Thursday, October 18, 2012

Bila ler nak Insaf

Ish bila ler pakcik ni nak insaf..asyik duk kutip hasil tanaman orang je... :p

tengok tu.. my jantung pisang kat dlm bakul beskal.. 
harap2 pisangku tak dikebasnya juga.
dlm guni tu pulak kelapa yg diambil dr kebun org kat belakang rumah ni..


Kat luar pagar tu my kebun pisang..  Tapi sampai sekarang belum sempat mkn hasil... org lain dulu yang kebas. Sekarang ni ada dua tandang pisang muda.. Harap-harap sempat ler merasa.

Wednesday, October 17, 2012

Rendang Pucuk Ubi

Amazing ler resipi ni..  First time tengok rendang pucuk ubi ni kat blog Izah . Takleh bayangkan macam mana sedapnya kalau tak cuba sendiri.

Tadi lepas jemur kain, ronda-ronda belakang rumah. Tengok pokok ubi kayu dah besar.. try ler tarik sepokok.. wahlaaa dah besar rupanya ubi kayu. Boleh ler buat kuih petang ni.. pehtu teringat pulak kat resepi rendang pucuk ubi. Apa lagi pantas ler tgn ni memetik-metik pucuk ubi.

Setelah gangguan demi gangguan dari budak kecik akhirnya dapat gak siapkan rendang ni.. pergh memang sodap... tak rugi try. Makan nasi putih dengan rendang pucuk ubi jer dah cukup... boleh bertambah-tambah.


RENDANG PUCUK UBI
by: kak Anim

Bahan-bahan

  • 2 ikat pucuk ubi-ambil yg muda,bersihkan dan ketepikan
  • santan dari 3 biji kelapa atau
  • santan segar rm 4-akak guna 1/2 kg santan.
  • 5 ulas bawang kecil dihiris
  • 2 batang serai ditik
  • Segenggam besar ikan bilis
  • 1 senduk cili api yang telah di kisar halus bersama kunyit hidup
  • Garam secukup rasa
  • 2 keping asam gelugur




cara2
  1. sediakan kuali
  2. masukan santan,serai,garam,ikan bilis,bawang,asam keping,garam dan cili api yang telah di kisar
  3. kacau sentiasa supaya tidak melekat dgn api yang sederhana.Bila santan sudah mengeluarkan minyak dan hampir kering baru masukkan pucuk ubi dan kecilkan api.kacau hingga pucuk ubi garing.


Bila boleh masukkan pucuk ubi? Sila lihat di SINI.




Thursday, October 11, 2012

Macarons

Macarons dengan krim coklat. Guna resipi yang sama dengan sebelum ini . Cuma kali ini tak letak sebarang pewarna atau perisa pada macarons shells. Hanya tabur sedikit serbuk koko di atas permukaan shells.


Untuk krimnya :
  • 30g mentega
  • 5g serbuk koko
  • 5g gula aising
Caranya:
  1. Pukul semua sekali bahan sehingga jadi bentuk krim. Siap untuk digunakan.


Wednesday, October 10, 2012

Laksa Penang

Laksa penang versi ohge kelate... makan dengan keropok ikan. Sebelum makan tu, patah-patahkan keropok dalam pinggan laksa.. Perghh memang terangkatlah. Nak tahu sejauh mana kesedapannya bolehlah try sendiri. Resipi laksa penang takyahlahkan.. sure ramai dah tahu.. ;p

 laksa penang versi timur.. hihi


kurang kick sket.. lupa nak beli nenas ;p


keropok ikan yg sedap sengoti(sungguh)

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails