Thursday, May 24, 2012

Macarons

Lama tak buat macarons.. tertengok kat blog Kak Ummi terus rasa macam takleh duk diam.. Asyik duk teringat-teringat pulak..
After godek-godek kat dapur terhasil ler 2 jenis macarons..  Capuccino macarons and green tea macarons. Rasa macam ketagih nak buat macaronslah pulak ;p

Green tea macarons with green tea cream cheese


Capuccino Macarons & Green Tea Macarons

Resepi asas Macarons
  • 40g telur putih - 1 biji L size
  • 30g gula kastor
  • 40g almond ground
  • 70g icing sugar 
  • 6g serbuk koko/ green tea powder
Cream Cheese
  • 50g mentega
  • 100g cream cheese
  • 100g icing sugar
  • capucinno paste / green tea powder ( lupa nak sukat.. main tuang ikut sedap tgn)
Cara-cara
  1.  Ayak almond ground, icing sugar dan serbuk koko/green tea powder.
  2. Dalam mangkuk lain, pukul telur putih dgn gula kastor sehingga bertanduk. Masukkan bahan yang diayak. Kaup balik dengan spatula sehingga sebati. ( Nak tahu ok ke dak... kaup sket adunan dengan spatula, tuangkan semula ke dalam mangkuk. Kalau dia jatuh smooth seperti ribbon... kira ok ler tu. Kalau pekat... kacau lagi tapi jangan sampai terlebih pulak.. Proses ni amat ptg . )
  3. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bulat... pipe bentuk bulat sebesar 2.5-3 cm. Ketuk-ketuk belakang dulang untuk memecahkan gelembung2 udara yang terbentuk.
  4. Biar permukaan betul-betul kering sebelum dibakar ( bila sentuh, aduanan tak melekat pd tangan... sket pun tak.. takde rasa lekit2 pun .. hat ni pun ptg jugak ni.. kalau tak macarons jadi merekah bila dibakar.)
  5. Bakar selama 15 minit dgn suhu 150 degree - hat ni pun bergantung pd oven gak dan saiz macarons yg kita buat.


8 comments:

  1. cantiknya yani ,akak belum ada keberaniaan nak mencuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak mimi.. meh nak tiup keberanian sket.. hihi

      Delete
  2. penah buat,tp tak jadik.. terus btakut nak cuba lagi hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun byk kali try baru jadi.. bila jd sonok sgt

      Delete
  3. Assalam Yani cayang...amboiii rajinnya dia buat macs...x madan dgn ada baby lgk tuh..mesti baby baik ni...hehe. Akak kan, datang seru dan kerajinan kalau ada geng...kalau x, x kuasa jek nak wat macs...hehe.. Yani punya ni pun elok je kejadian, cantik licin.. x penah lg wat perisa kedua2 nih...nnt2 nak try.. ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam kak... senoknya ada anak dara yg blh main masak-masak sama2.. Ish tak sabar pulak nak tunggu anak dara besar... Harap2 ler dia rajin macam anak kak ummi..

      huwaaa bby kali ni aktif bkn main, bkn mcm sebelum2 ni.. takleh duk diam. Bg sy macs ni simple je.. tak perlu byk masa ... kena tunggu kering then bakar.. tak mcm buat kek..

      Delete
  4. aslkum yani..selamat hari raya aidil fitri. yani canteknye mac awk, boleh saya cuba n error buat utk hubyy n mertua saya yer..

    ReplyDelete
  5. wsalam ummi shop.. tryla.. buat mac ni kena perlu byk kesabaran.. kalo tak jadi sekali tu jgn mudah putus asa.. try lagi..

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails