Monday, February 28, 2011

Pes cili sangai

Dah lama tak buat pes cili sangai ni. Kali ni buat banyak-banyak simpan dlm peti ais mudah nanti cik abe nak guna untuk masak2 time diriku dlm pantang nanti. Pes cili ni sesuai utk masak apa saja.. nasi goreng ke, bihun goreng ke, sayur goreng ke... macam-macam lagilah.. Kalau ikut tuan punya resipi... buat masak tomyam pun sodap..



PES CILI SANGAI (resipi amik dari sini)

  • 1 cawan udang kering ~ (1/2 cawan)
  • 2 cawan barang putih ~ (1 labu)
  • 2 cawan bawang merah ~ (9 biji) - sy guna bwg yg siap goreng
  • 1 cawan cili kering ~ ( 1 genggam)
  • 1/4 cawan air asam jawa pekat
  • 1/4 cawan gula melaka ~( 1kpg nisan)
  • 1/4 cawan sos ikan
  • 1/4 cawan minyak sayuran ~ (minyak masak biasa jer)

Cara-cara:-

  1. Bawang merah dan bawang putih dihiris2.
  2. Goreng bawang merah hingga kekuningan dan masukkan bawang putih dan cili kering yg dah dipotong2. Goreng sehingga bawang2 keemasan. Ketepi kan sebentar.
  3. Tumbuk bahan2 yg digoreng td bersama udang kering. (K.Nor blend kesemuanya dlm food prosseser jer.. )
  4. Panaskan minyak sayuran dan tumiskan bahan2 yg dimesin td hingga wangi.
  5. Masukkan gula melaka, sos ikan dan air asam jawa.
  6. Masaklah dgn api sederhana hingga pes menjadi pekat.
  7. Dah siap pes, boleh la digunakan dlm masakan di atas dan selebihnya disimpan dlm peti ais.

**** utk bwg merah tu sy guna bwg goreng yg dah siap.
**** cili pula kani ni saya guna yg dah blend. Oleh kerna guna cili yg dah blend, utk step no. 4 tu saya tumis dulu cili blend ni sehingga pecah minyak dah baru letak bhn2 lain yg dah dikisar.

Pulut Kuning Ekspress

Pulut kuning ni buat utk bekfes ahad lepas. Biasalah kalo hari minggu macam-macam aktiviti nak buat.. kalau takde aktiviti pun kena berebut dgn anak-anak. Pulut kuning ni makan dengan rendang dendeng frozen... ehehe lebihan yg masak arihtu lagi. Telur rebus tu pula dpt dari kenduri jiran sebelah rumah ni.



Resepi asal pulut kuning ekspress dari as75 myr . Sesuai sangatlah kalo nak masak sikit je.. tak perlu susah-susah keluarkan periuk kukus.

Bahan-bahan ( 5-6 org makan )
  • 2 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan pekat + 1 cawan air panas
  • 1 sdt garam
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sdb minyak masak
  • Sedikit serbuk kunyit

Cara-cara

  1. Cuci beras pulut hingga bersih..masukkan semua bahan2 kedalam rice cooker
  2. Setelah mendidih..gaul pulut supaya x berkerak..kemudian biarkan hingga masak..
  3. Sesuai dimakan bersama rendang, kari ayam & daging, kurma & sambal ikan bilis..
  4. Kaedah yg sama ini juga boleh digunakan( jgn masukkan serbuk kunyit) memasak pulut utk kuih serimuka , pulut serunding..pulut ini juga enak dimakan besama serawa durian.

source: as75 myr


Saturday, February 26, 2011

Spaghetti Olio


Bahan-bahan:-
  • 250gm spaghetti (1/2 packet)
  • 3 ulas bawang putih - dihiris/mayang
  • 3 sudu besar olive oil (sy guna minyak jagung je.. olive oil xdela)
  • 3 biji cili kering - potong 1cm
  • 3 keping chicken meatloaf - potong kecil-kecil
  • 1 ketul kiub ayam
  • sedikit garam
  • serbuk lada hitam secukupnya

Cara-cara:
  1. Rebus spaghetti sehingga masak. Masukkan sedikit garam semasa merebusnya.
  2. Sambil itu sediakan sosnya. Panaskan minyak - tumis bawang putih dan cili kering sehingga bwg putih agak-agak perang. Masukkan pula meatloaf. Goreng sekejap dalam 2-3 minit.
  3. Masukkan kiub ayam dan 3-4 sudu besar air dari rebusan spaghetti.
  4. Masukkan pula spaghetti yg telah ditoskan. Kacau.
  5. Tambahkan serbuk lada hitam.. rasakan garamnya. Kalau kurang masin bolehlah tambahkan sedikit garam.

    Happy Birthday

    Happy birthday to me and my friends toooooo... Muaahh untuk Kak Nor dan Kak Pea. Kedua-dua kakakku ini dari siang lagi dok gantung birthday card kat rumah dorang tapi aku baru nak gantung malam ni.. Maklum ler mak buyong lah katakan... jalan pun semput sket..


    Baru jap balik dari rumah kak Nor... wah tak sangka kakakku ini pun buat red velvet cuppies jugak.. Cuma resipinya yang berbeza. Emmm mungkin kami dilahirkan pada tarikh yang sama, jadi citarasa sikit sebanyak hampir sama.. Teringat pula masa bujang dulu.. my housemate tarikh dan tahun lahir dia pun sama.. Nama pun hampir sama... yang bezanya 2 huruf dibelakang..iaitu t dan n. Citarasa kami hampir sama.. Yatt.. hepi bday to youuuu...

    Ni my red velvet cuppies yg buat ptg tadi khas utk diri sendiri... resipi dari myr . Cuma utk topping tu hanya guna buttercream je.. Sebenarnya dah lama tengin nak buat red velvet ni cuma tunggu hari yang sesuai jer...


    Sebelum tido.. gantung dulu bday card dari kenkawan... terima kasih ye semua..


    Dari Kak Nor

    Dari Hani



    Oppppsss lepas post baru perasan.. dah masuk hari lain daaaaa....
    Apapun sekali lagilah nak wish pd my friends.. Kak Nor & Kak Pea... Happy Belated Birthday...

    Friday, February 18, 2011

    Homemade Pretz

    Pretz utk kanak-kanak ribena buat kunyah petang-petang sambil tengok citer kartun. Sape yang tak tahu apa itu pretz ni ada penerangan dari pakcik wiki.

    Pretz (プリッツ, Purittsu) is a Japanese snack made by Ezaki Glico. Like Ezaki Glico's other popular snack, Pocky, Pretz is stick-shaped and comes with a texture similar to pretzels (hence the name). Unlike Pocky, Pretz is dusted with seasonings instead of enrobed in a flavored fudge.

    Semalam buat dua perisa.. chicken cheese pretz dan anchovies chili pretz. Dua-dua dapat sambutan dari kanak-kanak ribena...


    Di bawah ni resipi untuk buat chicken cheese pretz. Bahan-bahan yang bertanda ( * ) boleh ditukar kepada benda lain mengikut perisa yang nak dibuat. Kalau nak rasa kemelayuan sket boleh letak serbuk kari dan daun kari yg dicincang halus cam buat kuih ciput cedut tu.. ehehe

    Bahan-bahan:-
    • 200g tepung gandum
    • 1 sudu kecil baking powder
    • 1 sudu kecil gula kastor
    • 100ml air
    • 2 sudu besar mentega/marjerin -dicairkan
    • 2 sudu kecil serbuk pati ayam *
    • 3 sudu besar parmesan cheese powder (grated cheese) *

    Cara-cara :
    1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk. Uli sehingga menjadi bentuk doh.
    2. Canaikan lebih kurang 1cm tebal. Kemudian potong seperti dalam gambar di sebelah.
    3. Panaskan oven sehingga suhu 170 degree. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga jadi rangup.


    Chicken cheese pretz


    anchovies chili pretz


    Untuk anchovies chili pretz ni hanya tukar serbuk pati ayam ganti dengan serbuk ikan bilis. Manakala utk grated cheese tu saya ganti dengan 2 sudu kecil serbuk cili -boleh lebihkan kalau nak lagi pedas.

    Thursday, February 17, 2011

    Coffee chiffon cake ( Update)

    Internet slow yg teramat.. update resipi kemudian............. chow...

    ***Update :-
    Tetiba teringin nak buat kek cipon lepas jenguk blog Rabiatun ..  ahaha ni ler hasil kek cipon yg dibuat semalam. Sape yg nak ada lagi ni.. masih ada seketui dua.




    Bahan-bahan :-
    • 5 biji telur
    • 100g gula kastor
    • 100g tepung gandum
    • 45ml susu segar / air
    • 45ml minyak jagung/minyak masak
    • 2 sudu besar instant coffee
    • 2 sudu kecil air suam
    • 1 sudu kecil coffee paste/flavour/emulco

    Cara-cara :
    1. Panaskan oven sehingga suhu 170 degree. Asingkan telur putih dan kuning. Ayakkan tepung gandum. Campurkan instant coffee, air suam dan coffee paste. Ketepikan.
    2. Pukul telur putih sehingga berbuih. Masukkan separuh daripada gula, pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk.
    3. Dalam mangkuk lain, pukul pula telur kuning dgn gula yang selebihnya sehingga gebu. Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga sebati.
    4. Ambil 1/3 daripada telur putih tadi, masukkan ke dalam mangkuk campuran telur kuning tadi. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Kemudian tuangkan adunan ini ke dalam mangkuk telur putih. Kaup balikkan sehingga semuanya sekata.
    5. Masukkan sebatian coffee. Kacau perlahan-lahan.
    6. Masukkan adunan ke dalam acuan kek chiffon. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak.
    7. Keluarkan kek dari oven, terbalikkan acuan kek seperti gambar disebelah. Biarkan sejuk.






    ** Utk perhatian diri sendiri.
    Rasa kek ni terpahit sikit. Lain kali kenang kurangkan instant coffee.. tak pun letak 1 sudu besar coffee paste je..


    Wednesday, February 16, 2011

    Myresipi di Kosmo!

    Berita yang agak basi... tapi tak kira nak buh jugak.. NoorSha pagi-pagi lagi dah letak entry kat blog dia pasal ni. Terima kasih pada semua yang membantu menglamerkan myr ini. Walaupun banyak suka duka masa awal-awal penubuhan myr ini.. kini diriku mampu tersenyum lebar wpun sekarang ni org lain yang ambik alih. Tapi kerja-kerja mendelete resipi-resipi yang tak betul dan komen-komen yang merapu tetapku teruskan jua... harap maap kalo ada mana-mana resipi yg kena delete..

    Gambar dari paper Kosmo


    dari paper kosmo...


    Petikan dari Kosmo Online


    Rujukan resipi alam maya




    KELAZATAN sesuatu juadah bukan sahaja terletak pada aromanya yang menusuk deria hidu. Ia juga disumbangkan oleh teknik penyediaan, pemilihan bahan dan ramuan serta cara persembahannya di atas pinggan.
    Sajian yang menyelerakan itu tentu memberi kesan dalam kalangan para penggemar kulinari dan juga mereka yang berani mencuba apa saja jenis makanan.
    Segalanya mungkin mudah bagi yang sudah biasa di dapur dan mempunyai kemahiran memasak yang diwarisi sejak kecil. Namun, bagi yang baru hendak belajar atau ingin mengetahui tentang resipi tertentu, mereka pasti akan merujuk kepada buku-buku resipi atau laman web.
    Antara banyak muka surat maya mengenai resipi yang dekat di hati peminat negara ini adalah laman web MyResipi.com.
    Kaya dengan senarai resipi tempatan dan antarabangsa, pembangunan laman web itu adalah hasil kasih sayang seorang suami terhadap isterinya. Ia merangkumi pelbagai resipi mudah dan menarik yang kebanyakannya dikongsi oleh golongan suri rumah.
    Pengasas MyResipi.com, Dr. Bakhtiar Affendi Rosdi, 36, berkata, dia telah membangunkan laman web berkenaan pada tahun 2006 untuk isterinya ketika melanjutkan pengajian di Institut Teknologi Tokyo, Jepun beberapa tahun lalu.
    “Idea untuk membangunkan laman web ini lahir apabila isteri yang mengikuti saya ke Jepun gemar mencari resipi-resipi menarik di alam maya.
    “Bagaimanapun, saya mendapati tidak banyak laman web resipi di Internet memberi ruang kepada pengguna mengutarakan pendapat atau komen apabila mencuba resipi-resipi itu,” katanya.
    Justeru, Bakhtiar telah membangunkan laman web resipi yang memberi peluang kepada pengguna mengutarakan pendapat dan memuat turun gambar hasil resipi mereka.
    Pada mulanya, hanya isteri Bakhtiar yang aktif menggunakan laman web tersebut tetapi lama-kelamaan ia mendapat sambutan daripada orang ramai terutamanya golongan suri rumah di perantauan.
    “Apabila pulang ke tanah air pada tahun 2007, MyResipi.com semakin dikenali dan mempunyai ribuan pengikut.
    “Disebabkan saya terlalu sibuk dengan tugasan harian dan kos yang semakin meningkat tinggi, saya bercadang untuk menutup MyResipi.com pada tahun 2009,” ujarnya.
    Ramai pengikut

    LAMAN web MyResipi.com mempunyai kira-kira 60,000 orang ahli berdaftar dan menerima kunjungan pengguna Internet dari dalam dan luar negara.


    Bagaimanapun, katanya, seorang rakan yang dikenali melalui Internet telah menyarankan agar laman web tersebut diteruskan kerana mempunyai pengikut begitu ramai ketika itu.
    Bakhtiar menambah, dia telah membuat keputusan menyerahkan pengendalian laman web berkenaan kepada rakannya, Md. Hisamudin Ahmad, 32, demi pengikut setia MyResipi.com.
    Md. Hisamudin yang mula mengendalikan laman popular berkenaan pada tahun 2009 berpendapat bahawa MyResipi.com yang mempunyai ribuan pengikut tidak perlu dikuburkan begitu sahaja.
    “Maka, saya telah memberitahu Bakhtiar tentang kesanggupan saya meneruskan MyResipi.com. Para pengguna bukan sahaja boleh mendapatkan resipi malah dapat berkongsi pengalaman mereka melaluinya.
    “Saya telah melakukan beberapa perubahan terhadap program laman web berkenaan untuk memastikan ia tidak mengalami masalah tersekat atau skrin pegun berikutan terlalu ramai menggunakannya,” kata jurutera penyelenggaraan itu.
    Tambahnya, sehingga kini terdapat kira-kira 8,000 resipi beraneka jenis ditawarkan dalam laman web yang dibangunkan menggunakan aplikasi Ruby on Rails itu.
    Katanya, resipi yang terdapat di laman web tersebut terbahagi kepada beberapa kategori seperti ayam, kuih-muih, ikan, laksa, nasi, roti, sup, sayur, mi, telur dan makanan Barat.
    “Kandungan laman web ini disampaikan dalam bahasa Melayu dan mudah difahami oleh pengguna.
    “Lebih menarik, resipi yang dimuat naik dalam laman web ini dilengkapi penerangan tentang ramuan dan cara penyediaannya. Bimbingan itu memudahkan resipi tersebut diikuti dan dimasak mengikut selera orang yang mencubanya,” terang Md. Hisamudin.
    Antara resipi popular yang mendapat sambutan daripada penggemar makanan ini adalah nasi ayam, kek batik biskut Marie, ayam masak merah dan banyak lagi.
    Dalam pada itu, Md. Hisamudin memberitahu, terdapat kira-kira 60,000 ahli berdaftar yang menggunakan MyResipi.com untuk berkongsi pelbagai aneka jenis resipi.
    Menurutnya, laman web berkenaan tidak terbatas kepada penggemar masakan. Sesiapa sahaja boleh menggunakannya malah tiada bayaran dikenakan untuk mendaftar sebagai ahli.
    Berkongsi pengalaman

    BEBERAPA antaramuka laman web MyResipi.com yang kemas dan mudah untuk dihayati kandungannya.


    “Ia menjadikan laman web MyResipi.com lebih menarik kerana pengguna bukan sahaja dapat mencuba aneka resipi, bahkan menghantar komen serta gambar untuk tatapan umum.
    “Dengan cara ini, ia dapat memberi ruang dan peluang kepada pengguna yang telah mencuba resipi untuk bersama-sama berkongsi mengenai pengalaman dan rasa masakan tersebut,” kata Md. Hisamudin.
    Melalui konsep perkongsian itu juga, MyResipi.com menjadi medium terbaik bagi merapatkan komuniti maya yang sering bertemu secara dalam talian. Mereka bebas bertukar pendapat dan dalam masa yang sama mengeratkan hubungan persahabatan.
    “Mengikut statistik semasa, sebanyak 94 peratus pengunjung laman web ini terdiri daripada pengguna wanita manakala selebihnya adalah lelaki.
    “Kebanyakan pengguna yang menggunakan laman web ini pula terdiri daripada mereka berumur 25 hingga 34 tahun,” katanya.
    Laman web yang dihoskan di Amerika Syarikat itu bukan sahaja digunakan penggemar masakan di Malaysia, malah mendapat sambutan daripada mereka yang berada di luar negara.
    Antara catatan statistik mengenai trafik pengunjung laman web itu adalah dari negara seperti Singapura, Brunei, Amerika Syarikat, Britain, Jepun, Indonesia, Australia, New Zealand, Arab Saudi dan Qatar.
    Md. Hisamudin menambah, dia bercadang untuk membukukan resipi-resipi di dalam laman web berkenaan jika mempunyai peluang dan modal.
    Katanya, dia ingin memberi peluang dan penghargaan kepada penyumbang-penyumbang setia resipi di dalam laman web tersebut.
    “Ia sekali gus dapat memberi pendapatan tambahan kepada para penyumbang resipi ini.
    “Saya mendapati terdapat beberapa pengguna yang menggunakan resipi di dalam laman web ini untuk memperoleh pendapatan sampingan untuk menyara kehidupan mereka,” katanya yang segera mahu merealisasikan impian itu.

    Tuesday, February 15, 2011

    Macarons

    Baru nak berblog.. dak kecik nangislah pulak.. so tengok2 gambo ler dulu ye... pestime bermain-main dengan macarons... sonoklah pulak.. wpun x berapa cantik lg jadinya..


    Bahan-bahan(+-24 set,48 keping):
    • 2 biji (80gm) telur putih L size
    • 60gm gula kastor
    • 80gm almond powder
    • 120gm gula aising
    • sedikit esen vanila
    inti :- sy guna chocolate filling je.. ;)

    Cara-cara:
    1. Ayak almond powder dengan gula aising.
    2. Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk. ( Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh..kira oklah tu)
    3. Masukkan sikit demi sedikit bhn yg diayak td ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan macam buat kek.
    4. Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag ( sy guna plastik putih biasa ja.. pehtu gunting bucu dia yg kat bawah tu ;)) . Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan baking paper. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm. Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons- untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar)
    5. Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. ( Bergantung pada cuaca juga ni. Saya letak bawah kipas bagi dia cepat kering. Sebelum bakar tu, test dulu dengan jari, kalau dah tak melekat tu bolehlah dibakar).
    6. Bakar dlm oven pd suhu 150 degree selama 20 minit. (  Rasa mcm x terlebih bakarlah pulak haritu.. nak kena kurangkan suhu ataupun time tu lain kali ). Pastu sejukkan sebelum letak inti.
    ** utk rujukkan sendiri lain kali:
    • kisar serbuk almond bg lebih halus sebelum diayak.
    • kurangkan suhu atau masa bakar..




    Thursday, February 10, 2011

    Milk Bread


    Bahan-bahan (210 x 10 x 11 cm) :

    320gm tepung roti
    45gm susu pekat manis
    40gm marjerin
    230gm susu segar

    1/2 sudu kecil garam
    1/2 sudu kecil bread softener
    1/2 sudu kecil bread improver
    1 sudu kecil dry yeast


    Cara-cara:-
    1. Masukkan semua bhn ke dalam breadmaker.. Boleh terus bakar kat dlm tu ataupun kalau nak buat roti sandwich pilih setting utk doh.
    2. Bila breadmaker dah siap buat kerjanya, bolehlah keluarkan doh dan tumbuk utk keluarkan angin.
    3. Bahagi 2 atau 3. Buat bentuk bulat. Sapukan sandwich pan dgn sedikit butter. Letakkan doh tadi.
    4. Kemudian biarkan naik 2 kali ganda.
    5. Bakar dlm oven dgn suhu 180 degree selama 30 minit.

    Kuih Bakar

    Selamat pagi semua.. jom bekfes dengan kuih bakar.




    Resipi kuih bakar yang cukup lemak manisnya ini dari joayee myresipi.com
    Bahan-bahan ( 6 org )
    • 1 cup gula
    • 1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
    • 2 cup tepung gandum
    • 2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )
    • 2 tbs butter
    • 3 biji telur
    • 1/2 tsp garam
    • colour hijau
    • bijan

    Cara-cara
    1. campurkan semua bahan. blend samapi sebati.
    2. masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
    3. panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture tadi kuih, taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing


    Wednesday, February 9, 2011

    Award dari Kak Nor

    Angkut award jap seelum masak for lunch hari ni.. Award dari Kak Nor Ganu.. tq muahh...


    Tapi x dan ni nak list 5 blog utk dipanjangkan award ni.. xleh nak lama-lama dpn laptop.. Sekali dok dpn laptop hanya sempat masuk 2-3 blog je. Kebanyakkan blog yg sempat masuk pun dah ada award ni. Tak kan nak bagi lagi kan..kan.. kesian pulak kat member kan..kan..

    Monday, February 7, 2011

    Daging Dendeng

    Sape yg makan dendeng ni pasti tanya resipi. Macam tu lah biasanya. First time makan, my SIL yang masak. Dendeng yang simple tapi sedap. Tak perlu letak apa-apa rempah ratus. Cukup dengan cili kering, kicap, sos tiram, bawang besar, bawang putih dan halia itu saja.. Resipi kat bawah ni sukatan main agak-agak je.. biasa buat main hentam je.


    Bahan-bahan:-
    • 1 kg daging lembu
    • 1/2 cawan kicap pekat manis
    • 1/4 cawan sos tiram
    • 15-20 biji cili kering - dikisar ( boleh tambah jika nak lg pedas)
    • 3-4 biji bwang besar - dikisar
    • 6-8 ulas bawang putih - dikisar
    • 1inci halia- dikisar




    Cara-cara:-



    1. Cuci dan toskan daging. Potong besar-besar. Rebus sehingga empuk.
    2. Kemudian potong daging nipis-nipis.
    3. Tumbuk daging sehingga pecah-pecah.
    4. Gaulkan daging yang ditumbuk tadi dengan kicap dan sos tiram. Perap 1-2 jam. Lagi lama perap lagi sedap. Nak perap semalaman pun boleh. ;)
    5. Goreng daging dengan minyak banyak sehingga garing.
    6. Blend bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis bahan blend ni sehingga naik bau.
    7. Masukkan cili kering, masak lagi sehingga pecah minyak.
    8. Kemudian masukkan daging. Goreng sekejap sehingga daging serasi dengan bahan-bahan tumis tadi. Rasakan daging.. kalau kurang masin boleh tambah kicap lagi.

    Nasi jagung


    Bahan-bahan:-
    • 3 cawan beras
    • 1/2 cawan susu cair
    • 4 cawan air
    • 1/2 inci halia
    • 1/2 biji bawang besar
    • 1-2 ulas bawang putih
    • sedikit rempah tumis
    • sedikit butter
    • 1 sudu besar rempah kurma
    • sedikit garam
    • 1-2 helai daun pandan
    • 1/2 cawan jagung frozen
    Cara-cara:-
    1. Cuci beras dan toskan. Ketepikan
    2. Kisar bawang putih, bawang besar bersama halia
    3. Panaskan butter dalam kuali, masukkan rempah tumis dan bahan kisar tadi. Tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kurma.. tumis lagi sehingga naik bau.
    4. Masukkan beras, kacau sekejap. Biar semuanya sekata dgn bhn yg ditumis tadi.
    5. Masukkan beras ke dalam periuk nasi( rice cooker). Kemudian masukkan air, susu, garam, jagung dan daun pandan. Masak nasi macam biasa.
    ** Ada org tumis semua bhn dlm periuk nasi.. then terus masukkan air.. masak mcm biasa. Kekadang cara ni boleh menyebabkan  nasi jd mentah.. Ini bergantung rice cooker jugalah..

    Tuesday, February 1, 2011

    Rendang Ayam Hancur

    Tak dan nak celoteh panjang.. resipi dari Izah Muffin Lover. Thanks Izah



    RENDANG AYAM HANCUR
    sumber: izahdaut

    bahan-bahan:
    • setengah ekor ayam kerat 2
    • 1/2 kiub ayam
    bahan tumis:
    • 2 biji bawang besar
    • 4 ulas bawang putih
    • seinci halia
    • sedikit lengkuas
    • 3 batang serai
    • 15 tangkai cili kering
    • rempah 4 sekawan
    • 1 sudu makan rempah kurma
    • 2 sudu makan rempah kari
    • 2 cawan santan
    • 2 sudu makan kerisik
    • daun kunyit @ limau purut
    • gula&garam



    caranya:
    1. Ayam yang telah dibersihkan direbus sebentar bersama kiub ayam. 
    2. Siapkan bahan tumis dan blend kesemuanya kecuali rempah-rempah. 
    3. Panaskan 2 senduk minyak. Masukkan 4 sekawan dan bahan tumi yang diblend tadi. 
    4. Tumis hingga naik bau dan masukkan rempah kurma dan kari. Tumis lagi hingga garing. 
    5. Kemudian masukkan ayam yang direbus bersama airnya sekali. Kacau hingga sedikit kering dan wangi kemudian masukkan santan. Kacau lagi hingga isinya keluar dari tulang dan hancurkan sedikit menggunakan sudip. 
    6. Masukkan kerisik dan seterusnya perasakan gula dan garam dan daun kunyit atau limau purut yang dihiris halus. Setelah kering boleh hidangkan.

    Latest Update .. ♥

    Related Posts with Thumbnails