Wednesday, December 22, 2010

Bagels

Hi.. hi semua. Rindu weh lama betul takleh online. Dari petang khamis lepas lagi. Kabel TM kawasan ni telah dinodai oleh kerja-kerja membuat jln keretapi lektrik. Dan baru hari nilah kabel tu pulih semula.

Banyak gaklah gambo2 yg tertangguh utk buat tayangan kat sini. Ni bagels utk orang nak diet.. walaweh.. dlm seminggu beratku berjaya diturunkan sebanyak 0.9kg..

Sandwich bagel wif ayam panggang
Bagels

Bahan-bahan:-
  • 160ml air
  • 20g madu
  • 300gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil dry yeast
  • 1/2 sudu kecil bread softener(optional)
  • 1/2 sudu kecil bread improver (optional)
utk rebus
  • sedikit air
  • 1 sudu besar madu/ gula

Cara-cara:-
  1. Masukkan semua bahan-bahan kering ke dalam mangkuk. Kacau rata.
  2. Kemudian masukkan air atau madu. Uli sehingga doh jadi lembut dan tidak melekat ditangan. Biarkan naik dua kali ganda.
  3. Atau boleh uli guna breadmaker. Masukkan semua bhn2 mengikut urutan dari atas ke bawah. Pilih setting utk doh.
  4. Bila doh sudah kembang 2 kali ganda. Tumubuk-tumbuk doh utk keluarkan angin. Bahagikan doh kepada 6 bahagian. Buat bentuk bulat utk setiap doh. Tutup dengan tuala lembab dan biarkan selama 10 minit.
  5. Cara membentuknya boleh rujuk gambar dibawah. Selepas membentuk, biarkan bagels kembang 2 kali ganda.
  6. Panaskan oven sehingga suhu 200 degree. dan panaskan juga sedikit air di dalam fry pan or pot... Lebih kurang 2-3 cm ketinggiannya. Masukkan madu ke dalam air tersebut. Bila air mendidih. Masukkan bagels. Biarkan selama 30 saat  dan balikkan ke sebelah satu lagi, dan biarkan 30 saat lagi. Kemudian angkat dan letakkan ke atas dulang oven.  Bakar bagels selama 12 minit atau sehingga masak.

Tujuan letak madu dalam air untuk nampak bagel lebih berkilat.

9 comments:

  1. menarik ni...bole cube. thanks 4 sharing.

    ReplyDelete
  2. Nak2..nak bagel satu ketui.
    Cantik berkilat bagel Yani.....lama dah tak meroti ni..

    ReplyDelete
  3. resepi yang menarik, nnti nak try buat gak....

    ReplyDelete
  4. huhu. ira xpenah dengar bagel. ape tu..huhu. apela ira nih

    ReplyDelete
  5. Ira, bagel ni lain sket dari roti biasa... bahagian dlmnya lebih padat dan chewy

    ReplyDelete
  6. slm yani..
    I mmg slalu follow ur blog from zaman2 myresipi lg..semua resipi u best2 la..i dh lma dh bookmark bagel..td br bt..texture n taste mmg best la..chewy2 gitu..cumanya rupanya xsecantik bagel yani la..time i poach d bagel before bake 2, d dough jd sgt lembik n out of shape dh..huhu..any tips on how to maintain d bagel's shape after poaching?huhu..tq! =)

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Sori. Sukatan mentega tiada la di sini.

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails