BASIC DOUGH (Kak Nor style)
* 380gm tepung high protein (tpg roti)
* 3 sudu besar susu tepung
* 80gm gula castor
* 3 sudu kecil yis segera
* 1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
* 100ml air
* 100gm water roux
* 1/2 sudu kecil garam
* 30gm butter
* 30gm shortening
Cara-cara
- Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
- Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
- Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
- Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
- Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
- Biarkan sehingga proses menguli selesai.
- Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
- Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.
** my style :-
- utk water roux tu.. 2 sudu besar tepung campur dengan air biar jumlah kedua-duanya jadi 100g. Kemudian masuk dlm microwave. Panas selama 15 saat. Bawa keluar dan kacau. Pehtu masuk semula ke dlm microwave.. panaskan lagi selama 15 saat. Bawa keluar dan kacau... siap.
- Semua bhn2 saya masuk terus ke dlm breadmaker. Bahan-bahan yang cair dulu dan diikuti dengan bahan-bahan kering.
Butter Roll - untuk anak dara yang suka sgt makan roti dgn salad
Roti jem epal hijau
roti kacang merah, chocolate, raisin
raisin bun
wahhh!!! mcm2 pesen roti! k.nor pun time nak buat roti rasa nak cuba mcm2 jenis resipi roti lain. last2 resipi gak yg digodek sbb puas hati dgn kelembutan dan kegebusan dia.. hihi
ReplyDeletebak seketul, yg butter pun tak per :)
kak nor sy suka sangat wat macam2 pesen ni.. nampak menarik bila siap dibakar.. pehtu boleh tarik perhatian anak2
ReplyDeletewater roux n shortening nak beli kat ner?
ReplyDeleteAnonymous... water roux tak beli.. buat sendiri. Kat atas tu ada resipinya. shortening boleh beli kat kedai yg jual bhn2 buat kek.. kat supermarket pun ada.. try cari kat tempat bhn2 utk buat kuih
ReplyDeletekalau takde bread maker camna caranya
ReplyDelete