Takpolahkan... Syawal masih ada lagi...
Nih antara biskut raya 2010 yg aku buat.. entah apa namanya. Amik resipi dari belakang kotak cornflakes.. Oleh kerna masa tak mengizinkan utk salin resipi.. aku main snap ja guna kamera.. tapi terlupa plak nak snap pat nama resipinya.. Cara-cara buat ni aku main karang sendiri sebab gambo yg aku amik tu kurang jelas.. Harap maaf ye..
.Bahan-bahan:
250g mentega
180g gula kastor
2 sudu kecil esen vanila
2 biji kuning telur
Bahan A: (diayak)
210g tepung jagung
150g tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk penaik
180 Nestle conflakes dikisar kasar
50g badam cincang - jika suka ( tak buh pun)
Cara-cara:
- Pukul mentega serta gula sehingga kembang dan ringan.
- Masukkan telur dan esen vanila. Kacau sebati
- Kemudian masukkan bahan A, nestle cornflakes dan badam cincang. Uli sebati.
- Buat bentuk bulat-bulat kecik. ( 7-8g). Atur dalam loyang oven.
- Bakar dgn suhu 180 degree selama 10-12 minit atau sehingga perang.
- Bila dah masak, sejukkan dan boleh dihias dengan coklat masakan yg telah dicairkan.
No comments:
Post a Comment