Thursday, September 30, 2010

Churros

Minta maap semua kerna tuan umah lama sgt dok tayang biskut raya. Untuk menghilangkan boring anda semua meh ler tengok gambo churros pulak... Sebenarnya tuan umah pun dah boring yg teramat tengok gambar biskut tu.. ngeh..ngeh..ngeh...

Sebenarnya dah banyak gambar baru kat dlm kamera tapi tak dan nak tempek kat sini..  Ni pun tengok gambar saje dulu ye... RESEPI akan menyusul kemudian.


Sunday, September 26, 2010

Casablanca Delight Cookies


Resipi asal dari blog Kak Wan
Bahan A
130gm mentega
20gm shortening
70gm gula kastor
Bahan B
30gm nestum - diramas
30gm oat- panggang dan kisar
30gm serbuk badam
20gm bijan hitam
Bahan C
25gm tepung jagung
10gm tepung beras
150gm tepung gandum
Hiasan : Ceri merah dan hijau, kuning telur
Cara-cara
1. Sebatikan bahan A dan masukkan bahan B dan uli rata.
2. Masukkan bahan C dan uli lembut kemudian canai menjadi kepingan nipis.
3. Terap dgn acuan empat segi tepat dan sapukan kuning telur dan hias dgn ceri merah dan hijau.
4. Bakar pada suhu 140c selama 30 minit atau sehingga kekuningan.

Cappuccino macaroon bars

Resipi asal dari blog Kak Wan. Izinkan copy paste ye

Bahan-bahan
  • 190gm butter
  • 90gm gula icing
  • 300gm gandum red rose
  • 50gm susu tepung
  • 50gm chocolate rice
  • 1 sudu teh mocca emulco

Topping Meringue
  • 80ml putih telur
  • 90gm gula caster
  • 1 sudu teh esen mocca emulco/esen mocca
  • 1/8 sudu teh cream of tartar
(Satukan semua bahan dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga pekat (bertanduk)

Hiasan :  Hirisan badam secukupnya - di ramas kasar
Sedikit jem strawberry untuk sapuan 

Loyang 10' x 10' x 2 dengan cutter

Cara-cara :
1. Pukul mentega dan gula hingga berkrim.  Masukkan tepung dan bahan lain dan uli lembut.
2. Lapik loyang  (10 x 10') dengan kertas, biarkan lebihan kertas 1" keluar dari loyang. (lihat step cappucino slice)
3. Ambil doh seberat 550-600gm dan canaikan doh ke dalam acuan dan ratakan.
4. Masukkan pemotong (cutter) dan tekan padat ke dasar loyang.
5. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 150c selama 40minit atau sampai kekuningan. 
6. Setelah biskut sejuk bukakan cutter dan sapu tipis dengan strawberry filling atau jem dan ratakan.
7. Tuang bahan topping yang di pukul tadi, ratakan ke atas permukaan biskut.  Masukkan balik cutter kedalam acuan dan taburkan dengan hirisan badam.  Keluarkan semula cutter tadi dan bakar kembali (tanpa cutter) selama 15 minit atau sehingga meringue kekuningan.  Setelah biskut sejuk, letak kembali cutter ke atas biskut atau potong menggunakan pisau tajam.
8.  Keluarkan cutter dan angkat keluar biskut dengan memegang lebihan kertas dari loyang.


*** Apabila di bakar, meringue akan kembang dan melekat, tekan padat cutter ke tempatnya atau keluarkan biskut dan ptg menggunakan pisau yang tajam.

Saturday, September 25, 2010

Kacang tanah

Rehat jap dari tayangan kukis.. meh tengok gambo kacang tanah. Hasil kebun dari belakang rumah. Baru cabut pagi tadi... meh ler sape nak makan kacang rebus.. ekeke

Hujung bulan 5 lepas kenkonon beli kacang tanah untuk direbus. Bawa balik rumah terus simpan dalam kabinet dapur. Kenkonon nak letak sekejap je.. alih-alih terlupa terus. Buka-buka kabinet tengok kacang dah bercambah. 

Nak buang dalam tong sampah rasa sayang. Last gali lubang, tanam dalam tanah belakang rumah. Tak sangka pula pokok kacang tu boleh hidup dengan subur walaupun tanpa baja. Sekali sekala time rajin aku pi tanam perut ikan kat pokok kacang tu... tapi tu masa awal-awal tanam dululah.. Pastu terbiar dalam rumput..

Bila cabut pagi ni tak sangka pula pokok kacang tu boleh berisi.. besar pulak tu.. 


Cornflakes shortbread

Ini pun salah satu kuih raya 2010. Cornflakes shortbread dari kak Rinncahan. Tak tahu berapa kali dah try resipi ni... time tak raya pun buat juga. Memang best...

Bahan-bahan :
250gm butter
70gm gula caster

250gm tepung gandum
3 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung jagung
50gm cornflake, dikisar halus
30gm badam kisar

200gm coklat masakan
1 sudu besar shortening

100gm coklat putih

Cara-cara:
  1. Lengser loyang segiempat 10in x 10in dgn sedikit butter.
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  3. Ayak semua tepung dan gaulkan dengan serbuk badam dan cornflake kisar.
  4. Campurkan sedikit demi sedikit tepung ke dalam bancuhan butter dan uli hinggamenjadi doh, tidak melekat di tangan. Kalau melekat tambah sedikit tepung.
  5. Tekan dalam loyang. Kalau ada loyang cutter, boleh digunakan.
  6. Bakar pada suhu 160 darj celc selama 40min. Sejukkan seketika.
  7. Cairkan coklat masakan + shortening secara double-boiler dan tuangkan ke atasshortbread. Lorekkan dengan coklat putih cair. Biarkan sehingga keras dan bolehlahdipotong. Kalau guna cutter, tekanlah semula cutter tu atas shortbread selepas menuang coklat cair dan dilorek. Jgn tunggu sampai keras, nanti patah pulak cutter tuu.... 

Biskut cornflakes

Salam semua... Selamat hari raya... weh dah lama raya baru nak wish.. ngeh3x....
Takpolahkan... Syawal masih ada lagi...

Nih antara biskut raya 2010 yg aku buat.. entah apa namanya. Amik resipi dari belakang kotak cornflakes.. Oleh kerna masa tak mengizinkan utk salin resipi.. aku main snap ja guna kamera.. tapi terlupa plak nak snap pat nama resipinya.. Cara-cara buat ni aku main karang sendiri sebab gambo yg aku amik tu kurang jelas.. Harap maaf ye..

.Bahan-bahan:
250g mentega
180g gula kastor
2 sudu kecil esen vanila
2 biji kuning telur


Bahan A: (diayak)
210g tepung jagung
150g tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk penaik



180 Nestle conflakes dikisar kasar
50g badam cincang - jika suka ( tak buh pun)

Cara-cara:
  1. Pukul mentega serta gula sehingga kembang dan ringan.
  2. Masukkan telur dan esen vanila. Kacau sebati
  3. Kemudian masukkan bahan A, nestle cornflakes dan badam cincang. Uli sebati.
  4. Buat bentuk bulat-bulat kecik. ( 7-8g). Atur dalam loyang oven.
  5. Bakar dgn suhu 180 degree selama 10-12 minit atau sehingga perang.
  6. Bila dah masak, sejukkan dan boleh dihias dengan coklat masakan yg telah dicairkan.

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails