Saturday, July 17, 2010

Pita bread

Bahan-bahan(8 biji):-
  • 200g tepung roti
  • 50g tepung gandum
  • 150g air (air suam utk uli tgn)
  • 3/4 sudu kecil garam
  • 1sudu kecil gula
  • 11/2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil yis kering
Cara-cara:-
  1. Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker. Pilih setting doh. "On" kan. Lepas itu boleh terus ke proses no.3
  2. Kalau uli guna tangan, uli sehingga doh tidak melekat ditangan. Kemudian buat bentuk bulat. Sapukan bowl dengan minyak masak. Letakkan doh roti. Tutup dgn tuala lembab. Biarkan naik sehingga 2 kali ganda.
  3. Keluarkan doh, tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan doh kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Kemudian rehatkan doh selama 10-15 minit.
  4. Ambik sebiji doh, canaikan lebih kurang dalam 13cm diameternya. Buat sehingga doh selesai. Biarkan doh dalam 10-15minit atau doh tadi dah mula mengembang. Kemudian bolehlah bakar dengan oven selama 4 minit dengan suhu 230degree atau boleh juga bakar dengan fry pan yg tak melekat.
  5. Gambar di atas, pita bread yg dibakar dgn oven. Di bawah ini pula dibakar menggunakan fry pan.

Pita bread yg dibakar menggunakan fry pan.

Pita bread yg telah diisi dgn ayam popcorn,mayonis,sos tomato,tomato dan salad.

3 comments:

  1. tunggu seru nak wat.. kalo idak beli jek segera. kikikiki

    ReplyDelete
  2. hihi beli yg segera lagi sonang jiya..

    ReplyDelete
  3. selamat masuk perut dh untuk sarapan pagi anak beranak. ptg karang buat untuk papa diaorg pulak merangkap dinner.. sedapppppp tp tini beli yg instant ler roti pitanyaa hikhikkk

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails