Thursday, July 15, 2010

Ikan Goreng Dlm Sos Daun Limau Purut

Ni ikan goreng peberet kami sekeluarga. Hidangan wajib setiap minggu. Tak terkira berapa kali dah masak ikan goreng ni. Dah try dgn macam2 jenis ikan. Bayangkanlah sejak mula-mula knor ganu pos resepi ni kat blog dia.. sejak tu jugalah ikan goreng ni menjadi menu wajib dlm setiap minggu. Sedap sangat..

Sape-sape yg belum try lagi boleh pi ngendap kat dapur knor atau boleh gak copy dari sini... Kak nor ni nak minta ijin utk copy paste resipi tu kat sini... Tima kaseh ye kak nor sebab kongsi resepi yg sgt mabeles ni.. Sejak masak ikan goreng ni, budak-budak dlm rumah ni terus tak pandang ikan goreng masak merah ke.. 3 rasa ke apa. 

Ikan Goreng Dlm Sos Daun Limau Purut
 Bahan-bahan:-


  • 2 ekor ikan bawal
  • 1/4 cawan tepung serbaguna
  • 2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan ( time ghajin aku buatlah.. time malas selalu abaikan ni)
  • minyak utk menggoreng 
Cara-cara:-
    1. Bersihkan ikan dan keringkan.
    2. Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
    3. Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
    4. Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan
    Utk Sos :
    • 5 ulas bawang putih ~ dicincang
    • 3 ulas bawang merah ~ dicincang
    • 5 bj cili padi hijau ~ diicincang
    • 5 bj cili padi merah ~ dicincang
    • 3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
    • 3 sudu besar sos tiram
    • 1/4 cawan cuka
    • 3 sudu besar sos ikan
    • 2 - 3 sudu besar gula
    • garam secukup rasa
    • 1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
    • 1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
    • minyak

    1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
    2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
    3. Masak hingga mendidih.
    4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
    5. Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.
    Ni pula hidangan sampingan tadi sayur bendi berlado.

      2 comments:

      1. salam yani.. wahhh seronok k.nor baca nih.. suka hati pulak bila org duk ulang2 buat menu nih.. sampai tiap2 minggu buat :) mmg best kan.. alhamdulillah.. tak sia2 k.nor share resipi dr buku masakan tu :)

        ReplyDelete
      2. knor mmg pun sokmo dok masak ni. Sampai tukang masak naik boring lak.. tp bila tanya hb dia kata dia tak pernah jemu dgn ikan goreng ni. Setiap kali masak pasti disapu dilicin. So wpun tukang masak dah boring memasaknya.. bila setiap kali masak selalu je abih.. hati tetap rasa gumbira... tima kaseh sekali lagi ye knor. Kalo ada resepi ikan yg best2 kongsilah lg.

        ReplyDelete

      Latest Update .. ♥

      Related Posts with Thumbnails