Friday, July 16, 2010

Green tea chiffon cake

Tengok kek cipok kat blog knor baru teringat kek cipon yg wat semalam yg tak sempat ditayangkan lagi. Ni resipinya. Takleh nak citer panjang.. banyak kerja umah yg belum disiapkan lagi ni :-(

Bahan-bahan(17cm):-
  • 3 biji telur (L)
  • 70g gula kastor
  • 30g minyak masak
  • 35ml air
  • 60g tepung naik sendiri
  • 10g green tea powder

Cara-cara:
  1. Campur tepung dan green tea powder. Kemudian ayak. Asingkan putih dan kuning telur.
  2. Dalam kuning telur, masukkan separuh daripada gula, minyak masak dan air. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan campuran tepung tadi. Kacau sehingga sekata.
  3. Pukul putih telur dengan gula yang selebihnya sehingga bertanduk.
  4. Ambik 1/3 daripada putih telur, masukkan ke dalam no.2 tadi. Kacau sehingga sebati.
  5. Tuang pula yg no.4 tadi ke dalam mangkuk putih telur( no.3). Kacau dengan kaedah kaup balik.
  6. Akhir sekali masukkan adunan kedlm loyang kek chiffon. Bakar selama 40 minit dengan suhu 170 degree.
  7. Bila dah masak, ketika masih panas-panas lagi, telangkupkan loyang tadi. Biarkan sejuk sebelum dipotong.



Lain kali kena double resipi utk dptkan hasil yg cantik.. loyang yg diguna besar. Hasilnya jadi nipislah pulak.

4 comments:

  1. rasanya kena standby satu lg loyang yg kecik sket kalau nk buat yg resipinya cuma perlukan 3 atau 4bj telur kan.. tak pernah lg buat yg guna green tea powder ni.. sedap ek? nk try buat yg guna yogurt tu dulu hehe

    ReplyDelete
  2. cipooonn..betul tu..tak dapat nak bayang rasanya..ada rasa kelat kelat ke..tak penah jumpa lak serbuk green tea tu..

    ReplyDelete
  3. knor.. nak bakar dlm muffin cup pun bulih.
    emm.. mcm mn nak cakap ye rasa.. ada gaklah rasa kelat2 tu.. tp takdelah kuat sgt.

    izahdaut, kalo kat kedai baking tu ada jual green tea powder ni. Tapi kaler dia tak ijau sgt mcm yg kat jepun. Pudar je kaler ni. Saya guna green tea powder yg dr japon..

    ReplyDelete
  4. wangi kek ni...love it..

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails