Dah hampir 5 tahun aku ada kamera dlsr, baru arihni aku ada benda alah ni. Ni pun gara-gara bila semua gambo yg aku ambik ada titik hitam macam tahi lalat kak Syaripah Aini.
Bila tanya abg kamera , dia kata disebabkan kekotoran yg ada pada sensor. Aku dah intai pun pada sensor tu takdak nampak pun apa2 benda yg boleh menyebabkan titik itam tu. Dah try pun cuci dgn cleaning cloth tapi tak juga hilang.
Bila dah tahu sebabnya tu, aku try search kat net ni... fuhh byk sungguh cara2 cuci sensor kat youtube.
So hari ni aku gi ler beli blower tu kat kedai. Cuci guna blower tak mahu juga hilang. Pastu aku search kat net lagi.. jumpalah website ni cara-cara mencuci sensor .. guna tisu dan batang eskrem. Last sekali baru guna blower.. Ohhoho akhirnya aku berjaya hilangkan kotoran yg degil itewwww...
Terima kasih pd tuan punya website itu dan juga abg kamera yg telah menjawab segala permasaalahan aku itu.
alhamdulillah.. dah settle ya.. tak perlu masuk wad :)
ReplyDeletea'ah dah settle.. sonok sgt ni. rasa cam nak lompat sampai ke bumbung. Tadi masa beli blower kat kedai, tuan kedai tu kata focus point akan rosak kalau sapu sensor dgn kain.. kita punyalah risau takut rosak... dahlah byk kali kita dok main sapu dgn kain. Balik-balik rumah terus godek2 kamera.. risau sgt kalo focus point rosak.. nak beli baru katanya mau beratus2. Sib baik semuanya ok.
ReplyDelete