Monday, September 26, 2011

Macarons

Macarons yg tak jadi.... kes malas nak buang telur putih yang terlebih timbang.. ;p

Coffee macarons wif coffee chocolate cream

classic


walaupun rupa tak jadi... tetap sedap

Ganache Chocolate chips Muffin

Selagi dak kecik ni tak besar, nampaknya jarang-jarang ler blog ni update..  Mufin coklat ni buat minggu lepas utk Aina bawa ke KAFA untuk jamuan raya.



Ganache chocolate chips muffin

Bahan-bahan:

Ganache chocolate
  • 60g whipping cream 
  • 40g dark chocolate 
Bhn ayak 
  • 210g tepung gandum 
  • 1 sudu kecil baking powder 

  • 100g mentega 
  • 70g gula perang 
  • 1 biji telur 
  • 100ml fresh milk 
  • 50g Chocolate chips 


Cara-cara :
  1. Sediakan ganache chocolate: Panaskan whipping cream dengan api perlahan. Masukkan coklat, kacau sehingga cair. Padamkan api.
  2. Masukkan mentega dan gula ke dalam mangkuk. Pukul sehingga gebu.
  3. Masukkan pula telur, pukul sehingga sebati.
  4. Masukkan 1/3 dari tepung yg telah diayak ke dalam adunan tadi, kacau. Kemudian masukkan 1/2 susu, kacau. Ulang lagi dengan T-S-T.
  5. Masukkan ganache chocolate dan chocolate chips, Kacau sebati.
  6. Cedukkan adunan ke dalam bekas muffin. Bakar selama 20 minit dengan suhu 180 degree atau bakar sehingga masak.

Wednesday, September 14, 2011

Interprem jap..

Lama tak interprem kat blog mama saya ni...
opppss bagi yang lupa nama saya.. saya ialah Areez Affendi. 
Just call me Areez ok. Umur saya dah 6 bulan. Berat saya 7.6 kg. 



Mama saya dah mula menyuap makanan kat mulut saya. 
Tapi saya keluarkan semula.. err apa ni tak sama dengan rasa susu pun..


 makcik-makcik semua... boleh teman saya main tak.
Abang Af tidolah.. tak boleh nak ajak dia main sama-sama..

Saturday, September 10, 2011

Salad Udang Sanggul

Masa tanya "pakcik google" cara masak mee sanggul, terjumpa ler beberapa blog masakan yg buat udang sanggul. Memang menarik idea ni.. cara pun sonang je. Disebabkan senang sangat.. tak save pun link blog yg buat udang sanggul ni.




 Apa yang penting dalam penyediaan udang sanggul ni ialah:-
  1. Udang perlulah dibuang kulit, tinggal sedikit bahagian ekornya. Gaulkan dgn sedikit garam. Ada yg add serbuk lada hitam, serbuk cili.. 
  2. Mee kering ( mee maggie) perlu direbus dahulu. Tak perlu sampai lembut sangat dan jangan patah-patahkan mee itu. Toskan airnya.
  3. Ambik sedikit mee, gulung pada udang. Goreng dlm minyak penuh hingga perang..
  4. Kalau yg suka salad boleh mkn udang ni dengan salad.. tak pun makan cicah dengan sos kegemaran masing-masing.


Huwaaa.. sob.. sob sedih ni kalo mkn udang, takde teman... kena mkn sorang2. Takde sape dlm umah ni yg suka udang. Alif pun takmo makan udang ni.. Biasa dialah yang jadi teman kalo mkn udang. Tengok udang kena ikat macam ni dia jadi takutlah pulak... ish mcm-mcm anak lakiku sorang ni...

    Thursday, September 8, 2011

    Salam Aidilfitri

    Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya untuk semua kawan-kawan muslim dan muslimah tak kira di mana jua berada. Uhuhu hari ni dah 10 Syawal baru nak buat ucapan. Sebelum balik kampung aritu tuan umah bertungkus lumus menyiapkan kukis raya sampai tak dan nak buat entry khas sempena Hari Raya yang mulia ini.



    Di bulan yang mulia ini tuan umah minta ampun dan maaf daripada semua kawan-kawan blogger . Manalah tahukan sepanjang berblog ini ada terkutuk ke.. terkata ke.. sehingga ada yg terkecil hati ke dgn tulisan tuan umah yang tak seberapa ini.

    Sekejap je masa berlalu.. esok dah hari jumaat.. lusa sabtu... sure banyak open house sana sini. So kepada semua SELAMAT BER-OPEN HOUSE.......

    Latest Update .. ♥

    Related Posts with Thumbnails