Tuesday, April 19, 2011

Sambal Hitam Pahang

Macam ni ker sambal hitam pahang???.. Tak pernah tengok pun rupa sambal ni lagu manoo.. makan  pulak jauh sekali. Rasa-rasanya dah hampir 20 tahun my sister tinggal kat Kuala Lipis tapi baru sekarang dia cerita pasal keenakan sambal hitam ni. Itu pun lepas aku suruh dia bawa benda-benda yg pelik kat sana masa dia nak dtg sini 2-3 bulan lepas. Tapi time dia datang arihtu dia terlupalah pula nak bawa belimbing buluh hitam/rebus. So tak dapatlah nak merasa..

Masa jalan-jalan umah kak Ayu S'pore, ternampak sambal hitam ni. Punyalah excitednya nak try.. sebab ada cara buat belimbing hitam tu sendiri... dan inilah hasilnya.. perghh  SEDAP.
 

Ini kopipes resepi dari umah Kak Ayu.. minta izin yer..
Resipi asal dari sini . Terima kasih pada kedua-duanya yg sudi kongsi resipi ni.


 Sambal Hitam Pahang
Sumber :Madiha's mother in law

Bahan2
  • ½ cawan belimbing buluh rebus [rujuk resepi cara2 merebus]
  • ½ cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)-(Ayu tambah lagi )
  • 2 cawan ikan bilis yang telah dikopek
  • 6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
  •  5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa-(Sy letak kicap secukup rasa)
  • garam & gula secukup rasa-(tak letak sbb dah masin manis kicap)
  • 1 cawan minyak masak


Cara2 Menyediakan

  1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2. Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak2 & simpan stok. MaDiHaA buat banyak juga rasanya lebih dari 1/2 kg belimbing buluh segar. Belimbing hendaklah dicuci bersih. Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil. Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut. Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit. Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap. PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja. Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.
  2. Tumbuk cili padi sehingga halus. Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis) Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat. Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
  3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi. Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga). Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu). Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang. Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.
  4. Sambal ini boleh disimpan lama & boleh buat banyak2 untuk simpan stok. Boleh dihidang dengan apa saja juadah yang rasa sesuai dihati anda... Sedap yang teramattttt!!!
Lunch menu semalam. 
Nasi putih, sup sayur dan SAMBAL HITAM... emmm sodap

10 comments:

  1. Salam Yani....

    Cam sedap je tu....Yani makan pun tak toleh kiri kanan dah...confirm sedapppp....;-)

    ReplyDelete
  2. Assalam yani,amboi cepat dan pantas baru je tgk kat MYR ade rcp sambal itam dah singgah kat NT ye hehehe

    ReplyDelete
  3. memang sedap sambal hitam ni. akak kak yani duk lipis ke? kampung saya tu..hehe.. sambal ni kami buat sarapan pagi2 makan ngan nasi putih panas2. kalau time kenduri kendara sambal ni pembuka selera.memag sedap sangat..

    ReplyDelete
  4. Assalam yani,
    orang penang pun dah buat..eh yani duduk penang kan?..hahah ..memang sedap ni kalau pedas lagilah sedap..kena dengan lauk2 yang berlemak..
    in fact makan gitu pun sedap dengan nasi panas..
    thank u juga sudi cuba recipe mil madiha ni..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Yani...waaaah dah menyambal hitam eh...kita yg duk Pahang ni pun x buat2 lgk sambal nih...hahahhaa...asyik dpat jek kat Pasar Tani, tu la pasaiiii....tp nmpak sungguh sedap tu..

    ReplyDelete
  6. kecur air liur... aihhhsss..

    ReplyDelete
  7. salam yani...

    sedap kan sambal hitam pahang tu? walaupun family akak bermastautin di pahang & dapat mertua pun di pahang juga (tp berlainan daerah) tapi.. itulah baru sekali akak dapat merasa sambal hitam pahang yang belajar dengan MIL akak tak lama dulu..

    T.kasih ye sudi mencuba resepi MIL akak.. mudah2an lebih ramai yg mencuba resepi tradisi negeri pahang ni..

    ReplyDelete
  8. Aslmkm Yani. ALong pun masuk list lepas nampak kat umah Ayu tapi takda lak belimbing tu kat sini. Kalau Yani kata sedap memang sedap lah tu....

    ReplyDelete
  9. Sape2 yg lum try buat lagi.. boleh try. Memang sedap sambal hitam ni..

    Izah ooo kg kat situ ke... my sister tu dah lama dok lipis.. dulu time ngaji kat KL kerap juga pi rumah dia..

    Kak Ayu.. lagi pedas lagi sedapkan. Tapi sebab budak-budak nak juga mkn terpaksalah kurangkan pedas..

    Kak Madiha.. terima kasih sbb share resipi ni. Sedap sgt..

    Along.. mmg sedap. Saya kalo nampak belimbing buluh ni kat pasar mesti teringat kat sambal hitam

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails