Sunday, May 1, 2011

Blended Orange Madeleines

Masa ngendap blog kak Ayu cari resipi sambal hitam pahang ternampak blended orange madeleines. Tergoda nak try. Lagipun dah lama madeleines mould tak digunakan. Sebelum ni pernah nampak kat blog2 lain. Tapi biasanya depa buat bentuk kek biasa macam resipi asal. Antara resipi yg hot sekarang ni kat myresipi. Berpuluh-puluh laporan masakan yg org buat kat sana nun.. semuanya komen sedap2 belaka.

Terima kasih pada kak Ayu Curlybabe's Satisfaction kerana berjaya membuat diriku turut tergoda utk buat kek ni. Memang sedap sangat.. tak rugi mencuba.




Resipi asal Blended orange cake
Bahan-bahan ( loyang 9 inc )
  • 1 bji buah limau
  • 1 cawan minyak
  • 2 cawan gula halus (ikut Kak Ayu .. guna 1 cwn je )
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama ) 

Cara-cara

  1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  4. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.



Buat bentuk kecik-kecik senang budak-budak nak makan..

4 comments:

  1. amboiii...comeinya kek oren ni.....
    senang bebudak makan kan....
    mak budak pun senang nak ngap masuk mulut..he..he..

    ReplyDelete
  2. ehehe... senang utk sape2 makan... yg btk bunga tu sekali ngap je.. kat dlm kek tu ada cream cheese filling.. emmm yumm.. yumm. Sodappp...

    ReplyDelete
  3. Assalam yani,
    beberapa hari tak masuk blog, akak terlepas entry yang ni..acuan madelienes yani ni cantik lah..
    memang pun buat mcam gini senang nak ngap..tak payah nak potong2..hehe..lagi2 budak2 kecik yang makan tak bertarabur..senang kerja mak....

    ReplyDelete
  4. wsalam.. kak Ayu.. betui.. betui.. betui.
    SEnangkan.. tak payah nak potong2 lg. Buat cantik2 cenggini budak2 pun suka

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails