Saturday, May 21, 2011

Satay Ayam

Menu semalam. Satay bakar dengan oben, kuah kacang segera dan nasi impit. Kira macam satay segeralah ni. Kuah kacang segera tu my SIL yang bagi. Nasi impit pula dari nasi yang tak abih. Nasi yg tak abih tu tambah air dan masak semula.


First time buat nasi impit sendiri. Rupa tak cantik tapi sedap. Itulah komen dr orang2 dlm umah ni. Depa kata lagi sedap dari beli yg segera. Ooooo patut ler selama ni kalau rebus yg segera tu, aku sorang yg abihkannya. Depa semua makan sikit je.. ghupenya nasi impit tu tak sedap. Ingatkan depa memang tak suka makan nasi impit.
Lepas ni takyah beli yg segera lagi dah. Cuma next time nak kena add sikit lagi air.

Satay tu pun first time buat and try bakar guna oben. Hasilnya tak mengecewakan.. sedap sangat. Bebudak pun kata sedap. Cuma satay yg aku buat ni tak berminyak sgt macam yg dok jual kat pasar2 mlm tu. Saje takmo rendis minyak byk-byk time bakar tu.. kekonon utk dietlah..ekekeke.. ;-)

Resipi satay ni amik dari kak fida myr. Resipi asal satay ni adalah SATAY GORENG tapi diriku buat bakar.. ehehe biar nampak the real satay...

Satay Ayam..
Source: Kak Fida myr

Bahan-bahan ( 10 orang )
  • 1 kilo daging kambing/lembu/ayam - cuci dan tos, dipotong nipis dan kecil.
  • 150 g gula pasir
  • 100 g gula merah
  • 100 g madu, 2 sk garam
Bahan berikut hendaklah dikisar tapi jgn terlalu halus :-
  • 3 sb ketumbar biji - sangar
  • 2 sk jintan halus - sangar
  • 1 sb lada sulah biji
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 jari halia
  • 2 hiris lengkuas
  • 4 batang serai - hiris
  • 1/2 jari kunyit hidup
Cara-cara
  1. Gaulkan bahan2 kisar pd daging bersama gula,garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh disimpan dlm petisejuk semalaman.
  2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging hingga empuk.Masukkan 1/2 senduk lagi minyak dan goreng lagi hingga kering(saya biarkan naik minyak dan basah2 sedikit).
  3. Hidangkan dgn kuah,timun,ketupat dan bawang.  

4 comments:

  1. Kreatif....dari nasi leh jadi nasi impit....satay senang je bakar dalam oven..tak yah nak besusah mengipas nak bakar satay kan...gunakan kemudahan yang ada...yg penting sedap dan sume org pun suka makan...:)

    ReplyDelete
  2. satay sampai terlupa nak buat dah duk kiv resepi ni tengok yani buat baru teringat balik

    ReplyDelete
  3. cik cek.. betul..betul..betul..

    Chik mimi... ehehe kak mimi. Saya pun gitu gak.. tengok org buat baru teringat resipi2 yg duk kiv..

    ReplyDelete
  4. PERCUMA - Nuttilycious Kuah Kacang Segera (Instant Peanut Gravy)!!! Semudah SMS / emelkan Nama, Alamat, Emel & No Telefon ke 0193621262 / nuttilycious@yahoo.com / nuttilycious@gmail.com

    Cara menyediakan mudah cepat pantas dengan hanya mencampurkan kuah kacang bersama air panas.

    Stock adalah terhad. Siapa cepat dia dapat...

    https://www.facebook.com/Nuttilycious
    http://nuttilycious.blogspot.com

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails