Thursday, April 7, 2011

Butter prawn

Dah lama teringin nak buat butter prawn ni. Dek kerna orang dlm rumah ni tak suka makan udang, mood nak masak pun hilang. Tapi la ni dah ada geng.. si Alif pun suka makan udang. Tadi masak butter prawn ni guna 4 ekor udang saiz besar. Cukup ler utk 2 ekor sorang.. perghh bestnya bau daun karinya..


Resipi ni angkut dari blog kak nor . Minta ijin dr kak nor utk kopipes kat sini..

Bahan2:

  • 12 ekor udang saiz besar
  • 2 sudu butter
  • 3 biji kuning telur ~ K.Nor guna 2 bj sahaja
  • sedikit daun kari
  • sedikit cili padi
  • serbuk kunyit & garam
  • minyak utk menggoreng

Cara2:
  1. Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelom diangkat. Bila dah msak,ketepikan. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.
  2. Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.
# K.Nor guna acu jala gak, tp kuning telur ni kan dia pekat skit dan acu jala K.Nor tu yg stail lama (tembaga) dan lubang dia kecik jd K.Nor tambahkan sedikit putih telur utk mencairkannya cuba tuang dulu dlm bekas lain, kalau boleh keluar dgn elok tak perlu tambah lg putih telur tu, tp kalau masih payah nak keluar, tambah skit lg putih telur.

# boleh aje nak kacau telur tu dgn garfu atau chopstick, terpulang, tp kena sentiasa mengacau sehingga telur habis dituangkan

# buangkan tali pusat telur, kalau tak lubang acu roti jala mudah tersumbat yg menyebabkan telur payah nak turun

# jgn menggoreng telur dlm minyak yg sedikit, nanti tak jd cantik jurai2 dia



Kalau nak tengok gambo butter prawn yg cantik telur kuningnya tu boleh pi tengok kat blog kak nor. Yg diriku buat ni huduh bebenor jdnya.. kes nak cepat sebab si Areez tak nak tido. Dlm minggu ni dia takmo tido kat bawahlah pula.. asyik nak tido kat riba. Letak jap je.. terus nangis. Bila dia nangis tu terus buka high volume. So masak pun cincai je. Sib baik belah mlm dia tido lena.

8 comments:

  1. selalu dengo Butter Prawn ni...malam2 singgah dapo Yani....dptla kak cek resepinya....kak cek copy dulu ya...

    Salam kenal2 dari kak cek....dtg singgah n folloe yanilah.... :-)

    ReplyDelete
  2. amboiii yani...abis pantang dah k? trus cr udang nih? hehe....

    ReplyDelete
  3. Harap yani & bb sihat...biasalah yani ada bb ni..kerja semua kena cepat,kdg2 nak masak pn xsempat..byk2 bersabar :)

    ReplyDelete
  4. cantik la tu kak yani butter prawn tu..
    mas juga yg tak pas2 lagi membuatnya...

    ReplyDelete
  5. Kak cek.. salam kenal. Nanti ada masa sy buat kunjungan ke rumah kak cek lak..

    Kak jun... mak mertua balik, terus abih pantang hahaha..

    Kak Pea.. terima kasih, bby kali ni x mcm kakak dan abg dia yg lain. Banyak sikit ragamnya. Mmg kena byk sabar layan ragamnya dan kerenah abg alifnya..

    Mas.. akak main tuang je telur kuning dlm kuali..kacau cepat2. Takdan nak "menjala" dah.. ehehe

    ReplyDelete
  6. eh yani, dah abis pantang ke? dah panaskan enjin ya... hehehe.. apasal tak buat lebih 2 ekor lagi udang tu, boleh post kat sini hehe

    ReplyDelete
  7. salam, Yani.. cukupkah dua ekor sorang, kalu sy mahu 5 ekor baru burpppppppppp! hek3!

    ReplyDelete
  8. kak nor.. lum abih pun lagi.. arihni baru masuk 29 hari.. ehehe.

    Sari Yusa.. perabih udang yg ada dlm esbox.. tinggal 4 ekor tu je.. ;)

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails