Sunday, April 3, 2011

I'm Back

Uhuhu sekejap je dah hampir sebulan.. Hampir sebulan jugalah blog ni sunyi tanpa tuannya.. ehehe cam biasa kalo tak update blog.. malas sungguh nak jenguknya... Kepada yang tinggalkan komen diucapkan terima kasih... dan terima kasih juga kepada semua yang telah mengucapkan tahniah di atas kelahiran baby Areez.

Sekarang ni baby Areez makin sihat dan makin bulat. Lihatlah perbezaan ketika dilahirkan dengan sekarang.

Beberapa jam selepas dilahirkan

Sebelum botak

3 weeks - dah botak


Tiga hari lepas dilahirkan Areez kena jaundice. Terpaksa ulang alik pi klinik check darah. Hari ke-5 kena tahan kad wad. Terpaksalah dengan mak dia sekali bermalam kat dalam wad. Dapat gaklah merasa suasana di wad hospital kerajaan..  Misi- misi muda sekarang ni dah tak garang macam dulu-dulu cuma ada sorang dua yang umurnya dekat-dekat nak pencen tu masih ditahap pemikiran lama agaknya. Main sedap dia je nak marah-marah kat org.. walaupun orang lain yg dia marah. Geram jugaklah telinga ni mendengarnya.

Masa mula-mula masuk wad tu, adalah 2 org lagi baby yg kena jaundice ni. Sorang melayu dan sorang cina. Kiranya yg melayu dua orglah termasuk Areez. Tapi yg dua org tu maknya masih muda lagi tak macam mak baby Areez ni... :p. Pengalaman pun mungkin kurang sikitlah nak banding dgn org yg ada anak 4 ni.. ;).

Kesian tengok dua org ibu ni asyik kena marah kat misi dan juga hospital attenden ( x sure eja ni..). Emm hospital attenden ni berlagak macam misi pulak dia.. Bukan nak tegur elok-elok.. main sedap mulut dia je.. dia ingat semua org tahu agaknya apa yg perlu dibuat. Dahlah ibu-ibu ni baru lepas melahirkan bby.. sakit pun belum hilang lagi. Kesian sangat kat sorang ibu ni, tempat yg kena jahit tu terbuka semula. Pucat je tengok muka dia.. Rupanya dia dok tahan sakit. Macam manalah boleh jd macam ni.. nak kata dia jalan laju, tak juga.. Terpaksalah masuk labor room semula lepas baby dia keluar wad .. Errr ngerinya 2 kali kena jahit... Nasib baiklah diriku bersalin kali ni tak kena sebarang jahitan. Lega sesangat..

15 comments:

  1. Salam Yani, dah sihat ker? Comelnyer bby Areez. Tun cukup ngeri klu dengar2 citer camni..sbb banyak citer psl misi gomen..apapun misi skang ni dah baik nak2 yg muda belia lagi tu kan. Alhamdulillah..but tak sangka masih ada yg ditakuk lama camtu kan..kesian siibu yg baru melahirkan tu. Apapun tahniah Yani, welcome back!

    ReplyDelete
  2. Yani, welcomeback with baby Areez yg tembam tu... kalau kat sepital swasta misi yg cam tu mesti dah kena complaint banyak2... siap2 boleh kena tendang keja kan...sian kan ibu muda yg belum ada pengalaman tu....

    ReplyDelete
  3. comel laa baby areez dah botak..hehe..
    akak,part attendan hospital berlagak cam misi tu mmg selalu berlaku..tolong isi termos udah ler..kan.
    yg terbuka jahitan tu rasanya jahitan tu yg x kemas kot..mana nak lasak sgt pas beranak kn..

    tp hospital kerajaan kat sana ok lg kak,suami leh temankan isteri bersalin kan?tapi kat sini ditegah sama sekali..nak beranak kena sorg2 jelaa tanpa suami..sob sob..dah disorong keluar dari dewan bersalin tu baru dpt tgk suami.kalo nk suami ada,gi sepital swasta..hehe

    apa2pun bestnya akak bersalin kali nih xyah jahit.fuhh mesti lega habis kn..n sng nak sembuh.. *cubit pp baby areez

    ReplyDelete
  4. Assalam yani, tahniah sekali lagi dari akk, comel tgk bby areez, geram rasanya. sama mcm bby akk juga pas kuar spital lusa tu kena tahan blk kat wad, tapi misi kat pediatrik HKL semua baik2 n muda2 belako.

    Best yani xyah jahit2, akk pun kena jahit sokmo, walaupun sikit.

    ReplyDelete
  5. kak yani.. geram tengok budak botak tu..hehe..
    tahniah skali lagi.ooo tak jahir seronok la sikit nak ulang n masuk spital pun kan.

    saya pun pernah ada pengalaman duk hospital gomen sebab anak jaundis.sehari semalam je tahan, esoknya mintak jugak kebenaran balik.haha.. tak tahan toilet dia...tapi mmg pengalaman ngeri kot bagi saya.tak semua dapat pahitkan, manis pun ada..

    ReplyDelete
  6. kak yani.. tahniah atas kelahiran baby areez!

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Yani...selamat kembali...waaah mesti dah ramping pinggang nih..lama duk pantang2 segala...hehehe...comelnya Areez...dah cukur lg nampak mcm dah 2 bln gitu... Moga Areez jadi baby yg baik2 dan x meragam bila mamanya nak ke dapur godek2...ramai peminat mak dah rindu dah ni..^__^

    ReplyDelete
  8. tahniah kak yani! dah bertambah umat lagi.. he he he!

    jiya rasa kan misi tu menapous kot. he he he!

    selamat berpantang kak.. jaga diri k

    ReplyDelete
  9. congratz again kak yani.. makin membula areez, chomey je =)

    ReplyDelete
  10. salam yani.. dak tecik nama areez ya.. sweet nama tu.. :)

    best la kalau bersalin tanpa perlu dijahit hehee.. take care ya :)

    ReplyDelete
  11. Tun.. w"salam.. misi ni kekadang double standard gak.. Layan org pilih taraf seseorg. Kalau org tu ada pangkat lain ler layanannya..

    HaSue.. tak pastilah gomen hospital kat sini masih lg membenarkan para suami masuk teman isteri kat labor room. Kalau awal2 sistem ini diperkenalkan dedulu adalah.. Baru2 ni ada sembang dgn sorang kakak ni.. dia kata time dia bersalin kat hospital gomen, suami dia tak dibenarkan masuk... bukan suami dia je org lain pun sama. Dia kata suami2 tunggu kat luar je.. Dia ada gak cerita pengalam dia bersalin kat hospital gomen ni.. sampai2 spital je terus bersalin. Bersalin kejap je... yg lamanya masa nak jahit tu. Doktor pelatih bergilir2 jahit sikit2 sorang... kaki dia diikat sampai kejang kaki dibuatnya. Dia kata balik kat rumah pun masih terasa lenguh kaki dia tu..

    ReplyDelete
  12. Kak Rosaliza.. misi misi muda memang baik2.. murah dgn senyuman.. Alhamdulillah.. sy 4 kali bersalin hanya 2 kali yg kena jahit.

    Izah.. pasal toilet wad spital kat sini no komen.. sentiasa bersih. Cuma tak selesa arr x mcm kat rumah kita.

    Ms Arwen... thanks

    Kak Ummi.. lum ramping pun lagi. Segala ubat jamu semua tu tak berani nak makan sebab Areez kena jaundis.. walaupun jaundis dia dah kurang tp still nampak kuning2 kat muka dia tu..

    ReplyDelete
  13. Kak Rose.. memang kesian sy kat ibu2 muda tu setiap kali dorang kena marah. Rasa macam nak tegur je misi tu.. tp xde keberanianlah pulak.. misi tu time sembang dgn saya baik je.. siap tanya macam2..

    ReplyDelete
  14. jiya dan tun tilani.. terima kasih..
    hehehe dah nak masuk peringkat monopus agaknyalah..

    Kak Nor terima kasih.. masa doktor kata "alhamdulillah takde luka", rasa seronok sgt. Kali ni sakit dia slow and steady. So boleh nak kontrol tak angkat montut..

    ReplyDelete
  15. comelnya baby areez... lamanya kita x pegang baby sendiri ;)

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails