Friday, August 31, 2012

Agar-agar pelangi

Agar-agar ni buat kat rumah IL masa raya hari tu. Rasa kekok sikit main masak-masak bila tak guna peralatan sendiri. Hasilnya lapisan tak berapa cantik seperti yg pernah dibuat sebelum ni tapi seronok gak ler ramai tetamu yg excited tengok agar-agar ni..

Idea agar-agar pelangi ni cedok dari internet tapi resipi sendiri punya.


Agar-agar pelagi

Lapisan santan
  • 10g serbuk agar-agar
  • 180g gula 
  • 1 ketul gula batu
  • 300ml santan pekat + 700ml air @ 400ml santan kotak + 600ml air
  • 1 helai daun pandan
Lapisan jernih
  • 10g serbuk agar-agar
  • 180g gula
  • 1 ketul gula batu
  • 1000ml air
  • 1 helai daun pandan

4 pewarna berlainan

Cara-cara:
  1. Masakkan semua bahan lapisan santan dan  bahan lapisan jernih ke dalam periuk berasingan sehingga mendidih.
  2. Ambil 190ml sebatian lapisan santan, tuangkan ke dalam loyang atau acuan. Biarkan sedikit keras.
  3. Ulang pula dengan 190ml sebatian lapisan jernih. Ulang lagi utk lapisan santan dan lapisan jernih dengan warna-warna yang berlainan.
cth lapisan seperti dlm gambar:-
  1. Lapisan pertama :Lapisan santan putih
  2. Lapisan ke-2 : Lapisan jernih putih
  3. Lapisan ke-3 : Lapisan biru santan
  4. Lapisan ke-4 : Lapisan biru jernih
  5. Lapisan ke-5 : Lapisan merah santan
  6. Lapisan ke-6 : Lapisan merah jernih
  7. Lapisan ke-7 : Lapisan kuning santan
  8. Lapisan ke-8: Lapisan kuning jernih
  9. Lapisan ke-9 : Lapisan hijau santan
  10. Lapisan ke-10 : Lapisan hijau jernih

*** My MIL suh masukkan gula batu utk elak agar-agar berair bila lama2 keluar dr peti ais..  Biasanya saya tak letak pun.. hihi selalu takde stok je...

Thursday, August 30, 2012

Paling Aktif

My kid yang paling aktif dalam rumah ni...  Duk dalam rumah abih panjat itu panjat ini. Bila keluar rumah duk heret sebelah selipar orang.. pastu tinggal merata-rata. Kalau selipar hilang sebelah tu tahu ler sape punya kerja.. budak kecik ni ler..


 Disebabkan budak aktif ni ler blog ni asyik selalu sunyi je.. 
cam tak berpenghuni... 


Setelah dua tiga hari duk try pakai boot papa.. 
akhirnya berjaya juga


"ahak.. cantik tak papa"


Sekarang ni dak kecik duk nangis atas kabinet tv.. takleh nak turun. Reti  panjat tapi tak reti nak turun.. ;D

Chocolate Mocha Cream Fancies

Sebelum ni pernah tayang chocolate coffee cream fancies cookies. Kali ni tukar pula coffee kepada mocha.


Chocolate Mocha Cream Fancies

Cookies
  • 60g ................................. Unsalted butter
  • 1tsp ................................. Mocha paste
  • 1tsp ................................. Milk
  • 2 1/2 tbsp ....................... Caster sugar
  • .......................................... A pinch of salt
  • 100g ................................ Plain flour
  • Coffee cream
  • 200g ................................ Icing sugar, sifted
  • 2tsp .................................. Vegetable oil
  • 1/4tsp .............................. mocha paste
  • 1-3tbsp ............................ Milk


60g ................................... Dark chocolate, melted



Make the cookies
  1. Beat butter, coffee extract, milk, salt and caster sugar until light and fluffy. 
  2. Stir in flour, the dough will be firm.
  3. Cover and refrigerate for 30 minutes.
  4. Preheat the oven to 180°C.
  5. Line the baking sheet with non-stick baking paper, or silpat.
  6. Roll the dough until 3mm thick.
  7. Cut the dough into 3.5cm rounds, and place in the prepared baking sheet.
  8. Bake for 8-10 minutes or until colored, stand the cookies on the baking sheet 5 minutes before transferring to wire racks.
Make the coffee cream

  1. Mix all the ingredients together add enough milk until the cream is spreadable.
  2. Spread the coffee cream over the cookies, stand on wire racks until set.
  3. Pipe melted chocolate over the cookies. 

Wednesday, August 29, 2012

Kek Lapis Sarawak

Tiga jenis kek yang sempat dibuat untuk raya haritu.. Kek lapis cadbury, kek lapis prunes dan kek buah. Semua kek dan biskut raya tak sempat nak posing dulu sebelum bawa balik kampung. Memang sibuk bangat.. Ni gambo kek yang sempat posing dalam bekas kek my MIL. Gambar kek buah takde.. my MIL tak bagi potong, hidang untuk tetamu.. sbb tu kek my FIL peberet.. dia simpan untuk makan keluarga je..


My first layered cake sebenarnya ni... baru belajar melapis.. see lapisannya pun tunggang langgang..

Resipi kek lapis cadbury ni cedok dari blog ratu kek lapis . Memang kagum ler tengok kek lapis yg dia buat.. cantik bangat!.. Akanku try lagi resepi-resepi kek lapis lain dari blognya di suatu hari nanti.. Kek ni sedap sangat... ramai yang suka terutamanya budak-budak..

Dan ni kopipes resipinya..


Kek Lapis India / Kek Lapis Cadbury

Resepi : dayangjack@dapurku sayang
bahan-bahan: loyang 9" x 9"
  • 450g mentega berkualiti tinggi 
  • 120g tepung hong kong / tepung gandum (diayak)
  • 220g gula halus
  • 10 biji telur 
  • 100g tepung biskut marie
  • 65g serbuk horlicks
  • 50g serbuk santan (1 peket)
  • 300g susu pekat manis
  • 2 bungkus kepingan coklat Cadbury
  • pewarna kuning - optional
Cara-cara:
  1. Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega.
  2. Putar mentega dan gula hingga kembang dan berkrim.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan.
  4. Masukkan tepung biskut marie, horlicks dan tepung, santan dan susu pekat sedikit demi sedikit. Putar lagi hingga sebati. Masukkan pewarna kuning jika suka. Kacau lagi sebati.
  5. Ambil 7 sudu besar adunan dan ratakan ke dalam loyang dan bakar hingga keperangan.
  6. Ulangi lapisan dan susunkan kepingan coklat pada setiap lapisan yang ketiga. 
  7. Sejukkan kek sebelum dipotong.
Nota:
  • Biskut marie dikisar halus dan diayak baru ditimbang.
  • Serbuk Horlicks boleh digantikan dengan serbuk nestum bayi jika suka.
  • Susu dan gula boleh dikurangkan atau dilebihkan mengikut citarasa sendiri.
  • Gunakan mentega yang berkualiti tinggi untuk dapatkan hasil yang baik. Contoh jenama Anchor dan SCS. 
  • Acuan saiz 9" x 9" digunakan untuk kek yang tidak terlalu tinggi. Boleh juga menggunakan loyang 8" x 8".
  • cara menyusun coklat : Bakar adunan terlebih dahulu. Kemudian susunkan coklat secara rawak. Tutupkan coklat dengan adunan seterusnya dan bakar hingga keperangan. ATAU masukkan adunan dan susunkan coklat secara rawak dan bakar. Terpulang pada keselesaan masing-masing.
  • Setiap layer dibakar/digril lebih kurang 7-10 minit mengikut kepanasan oven masing-masing. 


Kek lapis prune ni ambik dari sini . My MIL suka kek ni.. Dan ni kopipes resepi dari sana..

Kek Lapis Prunes
Bahan-Bahannya:
Bahan A
  • 8 biji kuning telor ayam (Gred A)
  • 6 biji telur
  • 280 gram castor sugar
  • 210 gram, tepong gandum
  • 5 gram baking powder
  • 5 gram essence vanilla
  • 15 gram ovalet

Bahan B
  • 350 gram pure butter
  • 30 gram makan susu pekat

Bahan C
  • 340 gram buah prune


  1. Bahan A- Gula, telur, ovalet dan vanilla disatukan, dipukul menggunakan whisk.
  2. Kacau adunan telur untuk memastikan adunan dipukul serata.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak, bersama dengan baking powder & vanilla
  4. Gunakan kelajuan mixer yang paling tinggi. Pukul sehingga kembang.
  5. Anda boleh mula memukul dengan kelajuan yang paling tinggi sekarang.
  6. Bahan B - Mentega dan susu di satukan. Dipukul sehingga campuran ini bertukar putih.
  7. Masukkan Bahan B kedalam Bahan A - gaul sebati.
  8. Bakar selapis-selapis. Suhu yang digunakan ialah 180c - 200c.
  9. Taburkan buah prun semasa proses melapis.

Sunday, August 19, 2012

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidifitri
kepada semua muslimin dan muslimah 
tak kira di mana jua berada dan semua pengunjung blog khasnya.

Ampun Maaf dipinta andai ada tersalah silap secara disedari atau tanpa disedari
dalam mana-mana entry sepanjang blog ini diwujudkan.
Dan yang pasti ada komen-komen yg ditinggalkan 
tidak berbalas. Ampun maaf juga dipinta.



Tulus Ikhlas
-yani-

Sunday, August 12, 2012

My 2nd Series Cookbook

My ole-ole sempena bulan yang mulia ini. Boleh didapati di pasaran sekarang. Terima kasih buat semua yang telah memberi sokongan dan bantuan sehingga 6 buah buku telah berjaya diterbitkan. 3 buah buku utk siri yang lepas dan 3 buah buku untuk siri yang terbaru.

Untuk entry terkini sila scroll ke bawah


 Selera Ramadhan


 Juadah Syawal

Roti

UPDATE

Sape yang berminat boleh dapatkan buku ini di MPH bookstore atau kedai timenews.com atau MPHonline.com ataupun email kepada saya yanimnor@gmail.com

Sunday, August 5, 2012

Takikomi Gohan


Hari Japanese dish untuk kami hari ni.. bersahur dgn maki sushi dan buka pose tadi dgn takikomi gohan..  very simple dish.. Hahaha makanan jepun mana ada susahnya nak sedia.. takde tumis-tumisnya. Main buh semua dalam periuk.. cuba bahan-bahan yg digunakan tu kena betul-betul fresh baru sedap. Tapikan rasa macam tak lengkap pulak.. takde miso  soup...;p

Lepas makan takikomi gohan tadi teringin lak nak makan ochazuke ... huwaa rindunya kat makanan jepun... Ochazuke dulu ni mula-mula dengar pelik juga. Apa taknya nasi dimakan dengan teh hijau panas. Bila makan pergh sodapppp. Nasi dibubuh ke dalam mangkuk dan dituang teh hijau panas sebagai supnya. Ala-ala nasi sup gitu.  Pastu diletakkan tsukemono,umeboshi, furikake, salmon .. macam-macam lagilah sebagai toppingnya.. emmm yummy..



Takikomi Gohan

Bahan-bahan:
  • 2 cawan beras jepun
  • 2 sudu besar kicap jepun (shoyu)
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu kecil dashi
  • 4 cm halia muda
  • 2 keping ikan merah
  • sedikit daun bawang


Cara-cara:
  1. Cuci beras dan rendam selama 1/2 jam.
  2. Bakar separuh  masak ikan di atas api.
  3. Masukkan shoyu,gula,cuka,dashi, halia muda ke dalam periuk nasi. Kacau.
  4. Letakkan ikan di atasnya. Masukkan air (jumlah sukatan air bergantung pd jenis beras yg diguna) . Masak seperti biasa.
  5. Bila nasi dah masak, keluarkan ikan dari periuk. Asingkan tulang dan isinya. Masukkan semula isi ikan ke dalam mangkuk. Kacau nasi sehingga rata.
  6. Taburkan daun bawang sebelum menghidangkannya..





Friday, August 3, 2012

Chocolate Coffee Cream Fancies

 Salah satu my biskut raya tahun ni... SEDAP.. Sebelum ni kalau tengok biskut yang ada aising cream macam ni takut nak try sebab dalam paler ni duk fikir tentu rasanya manis sangat. Tapi biskut ni lain. Kandungan gula dalam biskut yang sedikit, rasa kopi yg pahit , aising cream yang manis dan ada rasa manis pahit coklat hitam tu.. emm gabungan yang cukup sedap.

1st try... lepas ni nak letak krim aising 
tu banyak sikit sebab biskut bi tak manis pun..

Untuk resipi asal boleh tengok sini dan kat bawah ni resipi copypaste dari sana. Uhuhu takdanlah nak translate dan tulis semula..



Chocolate Coffee Cream Fancies

Cookies
60g ................................. Unsalted butter
1tsp ................................. Coffee extract*
1tsp ................................. Milk
2 1/2 tbsp ....................... Caster sugar
.......................................... A pinch of salt
100g ................................ Plain flour
 Coffee cream
200g ................................ Icing sugar, sifted
2tsp .................................. Vegetable oil
1/4tsp .............................. Coffee extract*
1-3tbsp ............................ Milk 


60g ................................... Dark chocolate, melted


* If you don't have Coffee extract use instant coffee + boiling water instead.



Make the cookies
  1. Beat butter, coffee extract, milk, salt and caster sugar until light and fluffy. 
  2. Stir in flour, the dough will be firm.
  3. Cover and refrigerate for 30 minutes.
  4. Preheat the oven to 180°C.
  5. Line the baking sheet with non-stick baking paper, or silpat.
  6. Roll the dough until 3mm thick.
  7. Cut the dough into 3.5cm rounds, and place in the prepared baking sheet.
  8. Bake for 8-10 minutes or until colored, stand the cookies on the baking sheet 5 minutes before transferring to wire racks.
Make the coffee cream

  1. Mix all the ingredients together add enough milk until the cream is spreadable.
  2. Spread the coffee cream over the cookies, stand on wire racks until set.
  3. Pipe melted chocolate over the cookies. 


Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails