Semalam purple girl busday in da house. Dah genap 10 tahun! Pejam celik cepat ja masa berlalu. Kalau dulu dia minat sangat dengan kaler pink sekarang dah tukar ke kaler purple pulak..
gambo dedulu dari umur 1-5 thn. Masa ni suka sgt dgn pink kaler
Sekarang dah bertukar kaler purple pulak minatnya.. bilik pun nak kaler purple.
Tapi langsir xde kaler purplenya.. alter langsir lama :)
Resepi kek busday tu xceli blueberry cheese roll cake. Kek yang tak berapa nak cukup bahan. Guna apa yang ada kat dapur ja. Namun tetap sedap... sape yang suka cream cheese.. suka blueberry boleh try resipi ni... resepi asasnya cenggini..
Blueberry cheese roll cake
Bahan-bahan: (30x30 cm)
- 4 biji telur
- 50g tepung gandum
- 50g gula halus
- 2-3 titik pewarna ungu
- sedikit esen vanila
krim
- 125g cream cheese
- 150g whipping cream
- 30g gula halus
- blueberry filling secukupnya.
Cara-cara:
- Alaskan dulang dengan baking paper. Asingkan kuning dan putih
telur. Ayakkan tepung gandum. Panaskan oven sehingga
180C.
- Pukul telur putih sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula
sikit-sikit sebanyak 3 kali sambil dipukul. Pukul sehingga
kembang/bertanduk.
- Pukul kuning telur dengan hand whisk selama 1-2 minit. Masukkan tepung gandum, esen vanila dan pewarna ungu, pukul 1-2 minit lagi.
- Ambik 1/3 dari no.2, masukkan ke dalam no.3, kacau rata.
- Masukkan semua no.4 ke dalam no.2, kacau perlahan-lahan dengan kaedah kaup balik. Tuang ke dalam dulang/ loyang yang sesuai.
- Bakar selama 10 minit dengan suhu 180C. Kemudian sejukkan.
- Sementara itu sediakan krimnya. Pukul cream cheese dan gula
sehingga jadi lembut. Kemudian masukkan whipping cream. Pukul
lagi sehingga jadi bentuk krim.
- Sapukkan krim ke atas kek tadi. Selepas itu sapukan blueberry filling ke atas krim tadi. Kemudian gulung. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1-2 jam sebelum dipotong.
Untuk kek kat atas nun, saya guna 2 keping kek dengan jumlah krim tetap sama. Sapu kedua-dua keping dengan krim dan juga blueberry filling. Kemudian potong kepada 8 bahagian. 3 bahagian utk bulatan kecil dan 5 bahagian untuk bahagian bawah. Sambung setiap bahagian dan gulung jadi bulat.
Oleh kerna tak cukup bahan.. utk krim kat luar tu saya hanya guna buttercream sahaja . ;P