Saturday, August 20, 2011

Biskut bebola cornflakes


First gambar biskut raya yg sempat ambik pagi tadi sambil tunggu bebudak bangun sahur...BISKUT BEBOLA CORNFLAKES. Resipi hasil skodeng dari dapur Kak Ummi . Bila start makan rasa susah nak stop.. ;) . Sedap sangat... Rangup di luar, lembut di dalam.


Minta izin dari Kak Ummi untuk panjangkan resipi yg mabeles ni..

BISKUT BEBOLA CORNFLAKES 
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home 


Bahan:- (anggaran 70 - 80 biji)
  • 1/2 cawan butter ( sy buh 100g.. malas nak guna cwn)
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 biji telor
  • 1 sudu teh esen vanila 
  • 2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit)
  • 1 cawan tepung naik sendiri (diayak) ( sy buh 1 cwn tpg gandum + 1/2 sudu kecil baking powder)
  • 2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)
  • cawan kertas saiz kecil secukupnya 


Cara Membuat:-
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. 
  2. Masukkan telor dan esen vanila, pukul lagi hingga sebati. 
  3. Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Gaul rata.
  4. Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata. 
  5. Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata. 
  6. Letak dalam paper cup (cawan kertas). Bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.

7 comments:

  1. Assallamualaikum kak Yani..
    Kak, apa2 yg guna cornflakes mmg sedap kan kak..
    Baby akak sihat ker? Banyak dah sekut raya akak..

    ReplyDelete
  2. Salam selamat menjalani ibadah puasa...lawa sekut ni npk pun gebus di dlm...ank pun suka insyaAllah ada kelapangan ingat nak cuna jugak...

    ReplyDelete
  3. Salam kak! ha ar!! beskut cornflakes belum buat lagi! tak pernah guna resepi ni tgk sedap pulak, kita suke beskut yg ada kismis nii sedap! t@p budak2 tak suke kismis, kalau buat kena buat separuh letak kismis separuh tak letak :D

    ReplyDelete
  4. Salam Yani...waaaah dah membolakan cornflakes eh...hehee, Terima kasih lah kerana sudi try dan alhamdulillah dengar Yani suka eks... :)

    ReplyDelete
  5. Kak Yani pun dah start mengukis gak.... Bilerlah saya nak start ni.....

    ReplyDelete
  6. salam kak yani.. kalau sifu kata best tentu memang best biskut ni..:)

    ReplyDelete
  7. Naz... mmg betul apa2 yg guna cornflakes mmg sedap. Uhuhu.. kesian bby.. hari ni dia tak sihat.

    Ika... ada juga budak yg tak suka kismis. Ingatkan anak2 buah cik abe kita jer yg tak suka..

    Kak Ummi...suka sgt.. sebab budak2 dan bapa budak suka. Kita lagi suka bila tgk dorang suka.. hari ni top up lagi. Buat double recipe..

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails