Tuesday, August 23, 2011

Tart Nenas

Lepas tengok sana sini resipi tart nenas, akhirnya terpikat dengan resipi dari blog Kak Pea.. thank kak pea... izin copy paste kat sini ye..


TART NENAS
Sumber: kelas masakan
BY: Sofea@after6am

BAHAN-BAHAN:
200 gm butter
1/3 cawan gula icing
1 kuning telur
1 sb tepung jagung
1 st tepung kastard
esen vanila
Tepung gandum secukupnya~ ikut lembut

Cara:
1. Pukul butter & gula hingga sebati, masukkan telur kuning.
2. kemudian masukkan esen vanila, tepung jagung & tepung kastard.
3. Akhir masukkan tepung gandum sedikit2 sambil digaul hingga menjadi doh.
4. Ambil sedikit doh , masukkan dalam acuan tart dan tekan memanjang, letakkan jem nenas dan gulung.
5. Bakar pada suhu 160'c - 15-20 min.



Sunday, August 21, 2011

Sambal Hitam Pahang


Gi pasar semalam jumpa belimbing buluh. So beli ler seringgit utk buat sambal hitam pahang. Kali ni try rebus belimbing buh garam sikit sebab ikut kata kakakku yg kak lipis nun, belimbing hitam ni rasa masin. Sebelum ni pernah try resipi yang rebus belimbing tanpa garam.

Ini ler hasilnya selepas 40 minit direbus atas dapur gas dengan api kecik. Kalernya tak jadi hitam macam belimbing buluh yg Izah guna utk buat sambal ni.

Hasil skodeng rumah org Lipis yang kini duk kat Ampang nun, maka terhasil ler Sambal Hitam Pahang ni. Tapi sambal hitam makcik dah lain rupanya.. dah terlebih garing. Lain kali nak try buat yang versi lembut + garing pulak. Apapun sambal hitam ni best utk dijadikan penambah selera.


Ni kopipes resipi dari org Lipis nun.. minta izinnye..


SAMBAL HITAM PAHANG
by: izahdaut

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk ikan bilis
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 10-15 biji cili padi *pedas ikut suke
  • 6-7 asam belimbing rebus
  • sikit kicap
  • sikit gula
  • sikit garam
  • 3/4 cwn minyak masak *lebihkurang
Cara-cara:
  1. Tumbuk cili padi sehingga lumat menggunakan lesung batu.
  2. Kemudian masukkan pula asam belimbing dan lenyek2kan dengan lesung biar bercampur dengan cili.
  3. Masukkan pula ikan bilis dan tumbuk separuh hancur.
  4. Panaskan minyak.
  5. Tumiskan bawang, tak perlu tunggu bawang layu atau naik bau, terus aje masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk bersama cili tadi.
  6. Goreng menggunakan api sederhana.
  7. Masukkan sedikit kicap, garam dan gula.
  8. Kacau lagi sehingga agak2 garing.
  9. Atau pun mengikut citarasa masing2. Sebab ada suke sambal ni rasa lembut2 je, tak suke garing. Ada juga suke sedikit garing tambah lembut2 sikit. Jaga2 jangan sampai hangit lak. Maklom sambal dah ler hitam kan. Hehee.

Ada ke org yg belum kenal rupa belimbing buluh, 
ini ler rupanya..

Saturday, August 20, 2011

Biskut bebola cornflakes


First gambar biskut raya yg sempat ambik pagi tadi sambil tunggu bebudak bangun sahur...BISKUT BEBOLA CORNFLAKES. Resipi hasil skodeng dari dapur Kak Ummi . Bila start makan rasa susah nak stop.. ;) . Sedap sangat... Rangup di luar, lembut di dalam.


Minta izin dari Kak Ummi untuk panjangkan resipi yg mabeles ni..

BISKUT BEBOLA CORNFLAKES 
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home 


Bahan:- (anggaran 70 - 80 biji)
  • 1/2 cawan butter ( sy buh 100g.. malas nak guna cwn)
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 biji telor
  • 1 sudu teh esen vanila 
  • 2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit)
  • 1 cawan tepung naik sendiri (diayak) ( sy buh 1 cwn tpg gandum + 1/2 sudu kecil baking powder)
  • 2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)
  • cawan kertas saiz kecil secukupnya 


Cara Membuat:-
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. 
  2. Masukkan telor dan esen vanila, pukul lagi hingga sebati. 
  3. Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Gaul rata.
  4. Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata. 
  5. Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata. 
  6. Letak dalam paper cup (cawan kertas). Bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.

Thursday, August 18, 2011

My Book 3 Books II

Minta maaf semua.. tuan rumah tak dan nak balas komen-komen yg lepas.. sibuk getel kuih raya daa .. ;). Tapi semua kuih2 raya yg dibuat tu blm sempat masuk studio lagi..

Terima kasih kepada semua yg bagi support. Sape nak beli online buku ni boleh didapati di MPH online. Pi kat website tu.. search nama author Norhayani akan keluar ler senarai buku2 ni... tapi sekarang ni masih unavailable. Mungkin seminggu dua lagi kot..




Tuesday, August 16, 2011

My First 3 Books


Sejak Myresipi ditubuhkan ramai yang tanya saya bila nak buat buku. So sekarang tiga buku ini akan berada dipasaran tak lama lagi. Harap dapat sokongan daripada semua.


Ribuan terima kasih diucapkan kepada MPH selaku penerbit buku ini dan juga En. Md. Hisamudin yang telah banyak membantu dalam menjayakan penerbitan buku ini.

Sunday, August 14, 2011

Iftar-13

Sedar tak sedar hari ni dah masuk hari ke 14 kita berpuasa. Mood nak berblog pun hilang entah ke mana. Tambah pulak nak ambik gambar pun tak sempat... kalut nak berbuka, kalut dengan dak tecik lagi. Time nak berbuka tu ler time dia nak tido.  Masak pulak selalunya dekat-dekat nak berbuka sebab kami suka mkn panas-panas.

Nih antara menu berbuka semalam. Orang dalam umah ni dah jemu makan nasi.

 roti sosej ada, meatloaf ada, tuna pun ada

Ketam goreng celup tepung

salad ketam goreng


puding soya

Tuesday, August 2, 2011

Nasi Goreng Ikan Bilis

Lunch menu untuk dak tecik yg tak pose arini.



Nasi Goreng Ikan Bilis

Bahan-bahan ( 1 orang):
  • 1/2 cawan nasi
  • 1/2 biji telur
  • 1/4 cawan sayur campur
  • 1 ulas bawang putih - ditumbuk
  • sejemput ikan bilis
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • sedikit garam
  • sedikit gula
 Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis sehingga garing.
  2. Keluarkan minyak dari kuali. Tinggalkan minyak dalam kuali lebih kurang 1 sudu besar sahaja.
  3. Tumis bawang putih sehingga bau wangi. Masukkan sayur campur dan sos tiram. Kacau sekejap.
  4. Masukkan nasi, diikuti dengan garam dan gula, goreng sehingga semua bergaul mesra.
  5. Masukkan telur. Goreng lagi nasi sehingga agak garing.
tembikai

kentang goreng & tomato

Iftar - 1

Antara menu buka pose semalam... Tak dan nak celoteh panjang.. kiri kanan duk berbunyi ja

mango dadih.. guna yg instant je.. 
dah lama my dotter suruh buat ni.. sebelum pose lagi.. 
tapi mak dia kebizian yg tersangat..

De Campak Siakap 3 Rasa


Sambal belacan wif ulam timun

jus tembikai lemon - gelas oren tu utk dak tecik yg tak pose 
entah macam mana ler si dak tecik tu boleh minat semua benda kaler oren

Tomyam putih tak dan nak ambik gambo ler... Alhamdulillah semuanya selamat menjalani ibadah puasa..

Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa

Selamat Berpuasa kepada semua umat islam tak kira di mana jua berada terutama kepada pengunjung "umah" ini. Minta maaf tuan umah tak sempat nak create kad tomey..tomey daa.. Komen2 sebelum ni pun tuan umah tak sempat balas.. minta ampun ye semua..

Kat bawah ni ada kad dari AlongRoz. Thanks ye kak..


Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails