Sunday, May 29, 2011

Kerapu Harum Wangi

Kerapu harum wangi salah satu menu hari jumaat lepas. Ambik resipi ni dari blog Suka Duka Kehidupan, Pahit dan Manis Kenangan. Dah dekat hujung minggu, banyak barang dlm stok pun abih.. so adalah satu dua bahan yang tak lengkap... Walaupun tak cukup bahan, tetap rasa sedap. Thank Jamie..


Kerapu Harum Wangi
source :Jamie
Bahan-bahan:-

  • 1 ekor ikan kerapu di fillet
  • 2 btg serai*
  • 2 btg bunga kantan*
  • 10 biji cili padi*
  • 4 helai daun limau purut*
  • 2 biji bwng putih*
  • 2 sudu mkn madu ( xde stok, ganti dgn gula.. )
  • 2 sudu mkn sos tiram
  • 2 sudu mkn jus limau
  • 1 sudu mkn sos ikan
  • tepung jagung utk salut ikan ( guna tepung serbaguna)
  • 1 biji telur ( x letak)

Cara-caranya:-

1. Racik atau potong bahan-bahan bertanda *
2. Panaskan minyak dan tumiskan serai, bunga kantan, bawang putih dan cili padi hingga wangi
3. Masukkan sos tiram, madu, sos ikan, daun limau purut dan jus limau nipis. Gaul rata dan tambahkan air sedikit masak sampai agak pekat.
4. Sementara itu lumurkan ikan dgn sos ikan, perap sekejap dan celup dlm telur yg dipukul sedikit.
5. Golekkan ikan dlm tepung jagung dan goreng hingga garing
6. Angkat dan tuangkan kuah tadi atas ikan.


hidangan sampingan

Mould

Buat tayangan mouldlah pulak... :p ... Tayangan mould ni khas untuk Ika . Mould serbaguna.. boleh buat utk tart, muffin atau apam. Suka guna mould ni sebab saiznya kecik2.. Saiz tapak mould ni lebih kurang duit 20 sen jer.

simple tart.. yogurt asli+ jem = yummmyyyyyyyyyy

Tayangan mould kat bawah ni pulak khas utk cek chun . Mould ni yang telah diguna untuk buat blended orange cake arihtu. Bahagian belah dalam mould ni memang betul-betul licin. Tak payah sapu butter or minyak sebelum digunakan. Bila kek dah siap masak, kita akan nampak kek mula renggang dari dinding mould. So bila kita telangkupkan mould ni, kek akan terus terkeluar.

Wednesday, May 25, 2011

Tart anyone!

Kononnya nak buat butter cookies utk birthday goodies. Tapi kesibukkan melayan 2 kerenah budak kecik sampai takdan nak buat. Dari minggu lepas lagi buat doh untuk cookies ni. Dah berapa kali doh cookies duk keluar masuk peti ais. Last hari ni dari doh butter cookies telah bertukar jadi tart shell.. Buat tart shell banyak2 dan simpan dlm peti ais.. nak guna nantikan senang...

Tart milo crunch

Petang tadi buat 3 biji cheese tart + milo crunch untuk dak kecik yg belum sekolah lagi tu. Cheese tu  hanya guna cream cheese frosting  lebihan deko kek birthday arihtu. Kat atas krim pulak main letak apa yg ada dlm stok... ;)

Tuesday, May 24, 2011

Blended Orange Cake

Gambo lama. Buat ni lepas seminggu buat blended orange madeleines. Oleh kerana resipi ni simple dan bhnnya mudah menyebabkan tuan rumah rajin mengulanginya...



Tempek resipi lagi sekali kat sini

Blended Orange Cake.
Source : Kak Fida myr
Bahan-bahan ( loyang 9 inc )

  • 1 bji buah limau
  • 1 cawan minyak
  • 2 cawan gula halus (ikut Kak Ayu .. guna 1 cwn je )
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama ) 

Cara-cara

  1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  4. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.




Velvet cake & besday boy

"Happy birthday to you
Happy birthday to you... "

Velvet cake utk besday boy semalam... Terpaksa dua kali buat kek ni. Kek yg first buat tu warnanya jadi ke arah kaler pink. Red colouring yg beli dr kedai bakery tu jd kaler pink ler pulak.. ke depa ni salah letak label.. yg pink pi tempek label kaler merah. Kalau buat utk besday girl hentam je guna kek tu . Warna dia not bad cantik je.

Utk kek ke dua tu guna red colouring yg brand nona.. baru ler jadi betul2 merah.

Ini ler deco cake utk besday boy yg entah apa2. Haha tak kisahlah yang penting dia suka.











Resipi kek baldu merah ni hasil skodeng blog Secubit Garam . Tak leh nak membebel panjang2.. so kak minta ijin kopipes resipi yer..

RED VELVET CAKE
source : Rima
source : Kak Nor
Ingredients
1 1/4 cup sifted flour
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp salt
1 tbsp cocoa powder - i used berry callebaut
1 tbsp red colouring - I used 1 1/2 tsp wilton red paste(no taste)
1/4 cup soft unsalted butter - 57g
3/4 cup sugar
1 egg
1/2 tsp vanilla extract
1/2 cup buttermilk - I used 1/2 cup whole milk plus 1/2 tbsp vinegar/lemon
1/2 tsp vinegar - i used heinz distilled white vinegar 5%
1/2 tsp baking soda

Cream cheese frosting
125g cream cheese
50g unsalted butter
110g powdered sugar - i reduced it to 80g
1 cup fresh cream, whipped until stiff - i used double cream

utk cream cheese frosting  sy guna resipi ni..
250g cream cheese
50g butter
100g icing sugar


Method
1. Preheat oven to 175 degrees Celsius.
2. In one container, sieve flour, baking powder and salt. Set aside.
3. In a small container, combine cocoa powder and red coloring and stir well until form a paste (I added a little water).
3. Using a stand mixer, beat butter with sugar until light and fluffy. Add the egg, beat until blended. Add the vanilla extract and cocoa powder mixture, beat until well blended.
4. Add in sifted flour and buttermilk alternately. Beginning and ending with flour. (F-M-F-M-F)
5. In a small bowl, combine vinegar and baking soda and add it to ur batter. Stir well with a spatula. Pour into a 6" baking pan and bake it for 50mins or until cooked.
6. Let cool on wire rack.
7. Once cool, slice cake into two and spread cream cheese filling.. top it with the rest of ur cream cheese too... chill for a few hrs..

Cream Cheese frosting:
1. Beat cream cheese with butter until soft.
2. Turn mixer to low speed, add powdered sugar a little at a time. Whisk until well blended.
3. Add whipped cream, stir through with a spatula.



Ni ler kek yg mula-mula buat tu.  Abaikan benda2 yg bersepah2 kat belakang tu.. Ambik gambo ni lepas bekfes pagi tadi.. Lepas semua dah berangkat ke sekolah dan pi kerja.

Tengok dlm gambo ni tak nampak pulak kaler pink. Kalau yg betulnya memang nampak. Nak nak masa mula-mula siap bakar.


Kek ni makan tanpa cream cheese frosting pun sodap...

















Saturday, May 21, 2011

Satay Ayam

Menu semalam. Satay bakar dengan oben, kuah kacang segera dan nasi impit. Kira macam satay segeralah ni. Kuah kacang segera tu my SIL yang bagi. Nasi impit pula dari nasi yang tak abih. Nasi yg tak abih tu tambah air dan masak semula.


First time buat nasi impit sendiri. Rupa tak cantik tapi sedap. Itulah komen dr orang2 dlm umah ni. Depa kata lagi sedap dari beli yg segera. Ooooo patut ler selama ni kalau rebus yg segera tu, aku sorang yg abihkannya. Depa semua makan sikit je.. ghupenya nasi impit tu tak sedap. Ingatkan depa memang tak suka makan nasi impit.
Lepas ni takyah beli yg segera lagi dah. Cuma next time nak kena add sikit lagi air.

Satay tu pun first time buat and try bakar guna oben. Hasilnya tak mengecewakan.. sedap sangat. Bebudak pun kata sedap. Cuma satay yg aku buat ni tak berminyak sgt macam yg dok jual kat pasar2 mlm tu. Saje takmo rendis minyak byk-byk time bakar tu.. kekonon utk dietlah..ekekeke.. ;-)

Resipi satay ni amik dari kak fida myr. Resipi asal satay ni adalah SATAY GORENG tapi diriku buat bakar.. ehehe biar nampak the real satay...

Satay Ayam..
Source: Kak Fida myr

Bahan-bahan ( 10 orang )
  • 1 kilo daging kambing/lembu/ayam - cuci dan tos, dipotong nipis dan kecil.
  • 150 g gula pasir
  • 100 g gula merah
  • 100 g madu, 2 sk garam
Bahan berikut hendaklah dikisar tapi jgn terlalu halus :-
  • 3 sb ketumbar biji - sangar
  • 2 sk jintan halus - sangar
  • 1 sb lada sulah biji
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 jari halia
  • 2 hiris lengkuas
  • 4 batang serai - hiris
  • 1/2 jari kunyit hidup
Cara-cara
  1. Gaulkan bahan2 kisar pd daging bersama gula,garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh disimpan dlm petisejuk semalaman.
  2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging hingga empuk.Masukkan 1/2 senduk lagi minyak dan goreng lagi hingga kering(saya biarkan naik minyak dan basah2 sedikit).
  3. Hidangkan dgn kuah,timun,ketupat dan bawang.  

Thursday, May 19, 2011

Belated bday

Uhuhu lamanya tuan umah dok tayang kek cekelat sampai berkulat pun kek tu.. oklah ni ganti gambo baru. 17hb lepas besday Aina yang ke 9.. uhuhu dah besar anak daraku.

birthday girl


Ni pulak besday kek hasil keras tangan mamanya. Buat kek ikut apa yg ada kat rumah. Macam mana ler boleh terlupa beli butter masa gi shopping arihtu... sib baik jumpa resepi buttercream yg hanya guna krimwell kat myresipi.com.. gula aising pun hanya ada separuh je.. so hentam sajalah labu..

Resipi buttercream 
source: loveliana myr

Bahan-bahan:
  • 250gram Creamwell
  • 500gram icing sugar. ayak halus
  • flavour secukupnya
Cara-cara
  1. pukul creamwell sampai kembang 2x lipat dan putih
  2. masukan icing sugar sikit2 dan pukul lagi, slow ajerr
  3. apabila icing dah siap.bagikan kepada 2 bagian. 1 bagian tambahkan dengan 1 sudu makan dark choc powder dan 1/2 sudu teh nescafe.dan pukul lagi sampai sebati
  4. 1 bagian lagi warnakan dengan colour yang disuka. icing siap utk dibuat hiasan


Resipi Kek Span
Bahan-bahan( 18cm )
  • 70g tepung gandum
  • 20g tepung jagung
  • 3 biji telur ( A size)
  • 90g gula kastor
  • 20g minyak masak
  • 20g susu segar
Cara-cara
  1. Panaskan oven sehingga suhu 180 degree. Ayak tepung gandum dan tepung jagung.
  2. Dalam mangkuk, pukul telur dan gula sehingga gebu.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak. Kacau.
  4. Kemudian masukkan minyak dan susu segar. Kacau rata.
  5. Masukkan adunan ke dlm loyang. Bakar selama 30-35 degree.

Thursday, May 5, 2011

Kek Coklat Express

Kek coklat express utk perabih chocolate ganache kat dalam peti sejuk.  Kek coklat yg dimasak pakai microwave. Guna resipi yg pernah my hb kongsi kat myresipi. Satu-satunya kek yg pernah my hb masak masa kat jepun dulu dan satu-satunya juga kek yg dia pernah masak dalam hidup dia.... :-).

My cake ni agak kering lorr tak mcm yg dia masak dulu. Setting microwave yg diguna la ni tak sama dgn microwave yg digunakan masa kat jepun dulu. Jenuh nak cari mana nak tekan utk setting 500W tu ;-( . Nak kena study manual book nih..


Bahan-bahan ( 1 loaf poundcake )
  • 100g mentega
  • 100g gula
  • 2 biji telur- dipukul sedikit.
  • 40g tepung gandum
  • 40g serbuk koko
  • 1/2 sudu kecil baking powder
Cara-cara
  1. Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula sikit demi sikit. Pukul sehingga putih.
  2. Masukkan pula telur sikit demi sikit. Pukul sehingga sebati.
  3. Ayakkan tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam adunan tadi. Kacau sebati.
  4. Masukkan adunan ke dalam acuan yg boleh diguna utk microwave.
  5. Kemudian masukkan ke dalam microwave. Masak selama 4 minit 30 saat - 5 minit dengan 500W.
  6. Bila dah masak tu mungkin ada bahagian yg lembik. Jangan risau, kek tu dah masak sebenarnya.. bahagian lembik tu yg paling sedap. Kek ni sesuai juga dimakan dengan vanila icecream, jadikannya sebagai dessert

makan dgn eskrem..

Sunday, May 1, 2011

Blended Orange Madeleines

Masa ngendap blog kak Ayu cari resipi sambal hitam pahang ternampak blended orange madeleines. Tergoda nak try. Lagipun dah lama madeleines mould tak digunakan. Sebelum ni pernah nampak kat blog2 lain. Tapi biasanya depa buat bentuk kek biasa macam resipi asal. Antara resipi yg hot sekarang ni kat myresipi. Berpuluh-puluh laporan masakan yg org buat kat sana nun.. semuanya komen sedap2 belaka.

Terima kasih pada kak Ayu Curlybabe's Satisfaction kerana berjaya membuat diriku turut tergoda utk buat kek ni. Memang sedap sangat.. tak rugi mencuba.




Resipi asal Blended orange cake
Bahan-bahan ( loyang 9 inc )
  • 1 bji buah limau
  • 1 cawan minyak
  • 2 cawan gula halus (ikut Kak Ayu .. guna 1 cwn je )
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama ) 

Cara-cara

  1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  4. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.



Buat bentuk kecik-kecik senang budak-budak nak makan..

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails