Tuesday, April 12, 2011

Kek kastad

Gambar lama dari komputer.. Rasa-rasanya belum lagi dikongsi di sini. Resipi dari Kak Alma myr. Rasanya sedap, unik dan senang nak disediakan sama seperti yg dikatakan oleh tuan punya resepi.


Kek Kastad
source : Kak Alma myr

Bahan-bahan ( 18cm )
Kastad:
  • 2 sdb tepung/serbuk kastad
  • 2 sdk gula halus
  • 175 ml susu segar sejuk
  • 1 1/2 sdk esen vanilla
  Kek:
  • 100g gula halus
  • 100g butter
  • 2 biji telur
  • 60 ml susu segar
  • 100g tepung serbaguna
  • 1 1/2 sdk baking powder
  • 1/2 sdk garam
  • 50g tepung/serbuk kastad
 
Cara-cara
  1. Sediakan kastad: Campurkan susu dgn tepung kastad dalam periuk. Panaskan atas api dapur dan sentiasa kacau hingga ia membeku. Bila dah beku & masak, tutup api dan angkat dr dapur, dan terus masukkan esen vanila & kacau lagi supaya sebati vanila dan kastad. Sejukkan kastad tu dulu.
  2. Pukul butter & gula sampai berkrim. Kemudian tambah telur dan susu, pukul sampai sebati
  3. Ayak bersama tepung, baking powder, garam & tpg kastad. Masukkan campuran ini ke dalam adunan butter td. Kacau dgn spatula smpai sebati.
  4. Sediakan loyang kek springfoam (loose base) yg tepinya dialas dgn baking paper dan digris. Separuh adunan diletak dahulu dalam loyang, ratakan. Kemudian ambil kastad yg telah sejuk sikit tadi, kacau2 sket supaya tak berbuku2 then sapukan atas lapisan adunan kek. Buat di tgh2 sahaja (iaitu sapukan btk bulatan) yg kecil sket dr saiz kek.
  5. Kemudian masukkan baki adunan kek tadi dlm loyang. pastikan ianya menutupi kastad td. Ratakan bhg atas.
  6. Bakar kek hingga masak. Suhu ikut kebiasaan oven masing2.

9 comments:

  1. salam kak yani,
    tak boleh nak minta sebab dah habis...ekekkeke

    ReplyDelete
  2. ramai yg dah buat..tapi kita tak sempat lagi...

    ReplyDelete
  3. kak yani ^^ aritu kak yani tgh ber'cuti' masa demam kek ni melanda.. hihi.. kalau x, sure akak champion nih,

    ReplyDelete
  4. salam kak..congrates ye dpt bb boy lg... aina x de kawan lah ye, takpelah, jd ratu dlm umah tu..hehe.. ak ah aritu sume demam kek nih... hihih...sedap kan...

    ReplyDelete
  5. mas pun suka kek ni...
    memang sangat sedappp...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Yani,
    Nmpk sedap kek tu..arini Yatie buat apple cake resepi Yani...sedap sangat..tq berkongsi resepi yg best...

    ReplyDelete
  7. salam kak...
    geram betui nengok kek nih.. la nih lom sempat nak membaking.. lama pulak brg kontena nih sampai..

    ReplyDelete
  8. Hana... kontena dok berenang2 kat laut china selatan tu.. Harap semua sampai dalam keadaan selamat.

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails