Tuesday, April 19, 2011

Sambal Hitam Pahang

Macam ni ker sambal hitam pahang???.. Tak pernah tengok pun rupa sambal ni lagu manoo.. makan  pulak jauh sekali. Rasa-rasanya dah hampir 20 tahun my sister tinggal kat Kuala Lipis tapi baru sekarang dia cerita pasal keenakan sambal hitam ni. Itu pun lepas aku suruh dia bawa benda-benda yg pelik kat sana masa dia nak dtg sini 2-3 bulan lepas. Tapi time dia datang arihtu dia terlupalah pula nak bawa belimbing buluh hitam/rebus. So tak dapatlah nak merasa..

Masa jalan-jalan umah kak Ayu S'pore, ternampak sambal hitam ni. Punyalah excitednya nak try.. sebab ada cara buat belimbing hitam tu sendiri... dan inilah hasilnya.. perghh  SEDAP.
 

Ini kopipes resepi dari umah Kak Ayu.. minta izin yer..
Resipi asal dari sini . Terima kasih pada kedua-duanya yg sudi kongsi resipi ni.


 Sambal Hitam Pahang
Sumber :Madiha's mother in law

Bahan2
  • ½ cawan belimbing buluh rebus [rujuk resepi cara2 merebus]
  • ½ cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)-(Ayu tambah lagi )
  • 2 cawan ikan bilis yang telah dikopek
  • 6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
  •  5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa-(Sy letak kicap secukup rasa)
  • garam & gula secukup rasa-(tak letak sbb dah masin manis kicap)
  • 1 cawan minyak masak


Cara2 Menyediakan

  1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2. Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak2 & simpan stok. MaDiHaA buat banyak juga rasanya lebih dari 1/2 kg belimbing buluh segar. Belimbing hendaklah dicuci bersih. Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil. Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut. Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit. Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap. PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja. Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.
  2. Tumbuk cili padi sehingga halus. Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis) Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat. Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
  3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi. Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga). Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu). Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang. Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.
  4. Sambal ini boleh disimpan lama & boleh buat banyak2 untuk simpan stok. Boleh dihidang dengan apa saja juadah yang rasa sesuai dihati anda... Sedap yang teramattttt!!!
Lunch menu semalam. 
Nasi putih, sup sayur dan SAMBAL HITAM... emmm sodap

Monday, April 18, 2011

Salah "umah" ke???

Semenjak ada dak tecik no.2 ni, aktiviti harian makin bertambah. Nak jalan2 kat "umah" teman-teman pun tak sempat. Kalau yg sempat masuk pun tak sempat nak tinggalkan jejak. Kekadang tu hanya masuk amik resepi je.

Jap tadi sempat jalan-jalan kat blog  yg  dah  pemes. Sebut saja nama tu mesti ramai yg dah tahu. Pastu klik satu link dr entry Mocha Muffin , terkezut jap... aik aku salah masuk "umah" ke ni?... naper gambo pulut doyan makcik ada kat sini... Oh..oooo..

Adeih.. 2-2 dak tecik nangis ler pulak.. kalo ada masa makcik sambung celoteh ni kemudian...

Sunday, April 17, 2011

Roselle

Jus dan jem roselle ni guna roselle yg dipetik dari belakang rumah. Yumm.. yumm.. yummyyyy... jemput makan semua..........



Senang ghupenya nak buat jus dan jem roselle ni. Hanya perlu rebus kelopak roselle dengan air dan gula. Lepas tu kelopak yang dah direbus boleh di-blend untuk hasikkan jem.


Layan dirilah yer... dak kecik nangis ler pulak dah..


Tuesday, April 12, 2011

Kek kastad

Gambar lama dari komputer.. Rasa-rasanya belum lagi dikongsi di sini. Resipi dari Kak Alma myr. Rasanya sedap, unik dan senang nak disediakan sama seperti yg dikatakan oleh tuan punya resepi.


Kek Kastad
source : Kak Alma myr

Bahan-bahan ( 18cm )
Kastad:
  • 2 sdb tepung/serbuk kastad
  • 2 sdk gula halus
  • 175 ml susu segar sejuk
  • 1 1/2 sdk esen vanilla
  Kek:
  • 100g gula halus
  • 100g butter
  • 2 biji telur
  • 60 ml susu segar
  • 100g tepung serbaguna
  • 1 1/2 sdk baking powder
  • 1/2 sdk garam
  • 50g tepung/serbuk kastad
 
Cara-cara
  1. Sediakan kastad: Campurkan susu dgn tepung kastad dalam periuk. Panaskan atas api dapur dan sentiasa kacau hingga ia membeku. Bila dah beku & masak, tutup api dan angkat dr dapur, dan terus masukkan esen vanila & kacau lagi supaya sebati vanila dan kastad. Sejukkan kastad tu dulu.
  2. Pukul butter & gula sampai berkrim. Kemudian tambah telur dan susu, pukul sampai sebati
  3. Ayak bersama tepung, baking powder, garam & tpg kastad. Masukkan campuran ini ke dalam adunan butter td. Kacau dgn spatula smpai sebati.
  4. Sediakan loyang kek springfoam (loose base) yg tepinya dialas dgn baking paper dan digris. Separuh adunan diletak dahulu dalam loyang, ratakan. Kemudian ambil kastad yg telah sejuk sikit tadi, kacau2 sket supaya tak berbuku2 then sapukan atas lapisan adunan kek. Buat di tgh2 sahaja (iaitu sapukan btk bulatan) yg kecil sket dr saiz kek.
  5. Kemudian masukkan baki adunan kek tadi dlm loyang. pastikan ianya menutupi kastad td. Ratakan bhg atas.
  6. Bakar kek hingga masak. Suhu ikut kebiasaan oven masing2.

Poskad dari Finland

Poskad dari orang jauh nun di sana.... Thanks Nieza and Selamat Ulang Tahun Pertama Berblog.

Monday, April 11, 2011

Cekodok pisang

Jemput atau cekodok pisang untuk bekfes pagi tadi. Resipi dari kakbesah myr. Baru jumpa resipi yg dicari-cari selama ini. Selama ni buat jemput pisang guna bahan sama juga dari resipi tersebut cuma sukatan tu main campak-campak sesedap hati. Hasilnya jemput pisang hy jadi bentuk bulat ketika masih panas.. tak pun dalam kuali.. pehtu jadi kecut dan berminyak. Tapi bila follow sebiji resipi ni tadi.. hasilnya memang puashati. Jemput pisang ni tak berminyak dan rangup diluar, lembut di dalam.

Sape-sape yg belum reti buat jemput pisang ni bolehlah try resipi ni... Insya Allah menjadi dan anda akan berpuashati...


Cekodok Pisang
Source : kakbesah myr

Bahan-bahan ( 2 piring penuh )
  • 2 cawan pisang lenyek
  • 1 cawan gula pasir @ gula castor
  • 1 penutup sodabikarbonat (1 sudu besar)
  • 1 sudu kecik baking powder
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu kecik garam
Cara-cara
  1. dlm mangkuk, campur pisang lenyek bersama gula & garam.gaul biar gula larut.
  2. ayak soda bicarbonate & baking powder dgn penapis teh ke dalam campuran pisang.gaul rata2.pastu masukkan susu & tepung.tambah sedikit lg tepung jika adunan masih lembik.
  3. panaskan minyak yg banyak, lalu jemput2kan adunan bulat2 kedalmnya. goreng dgn api sederhana supaya dlm nya masak.bila kulit luar nmpak garing bleh lah diangkat.


Award dari Kak Cek

Fuhh letih sgt hari ni.. bukan letih apa.. lotih dok menunggu. Hari ni bawa si Areez ke klinik utk cucuk sebulan. Nak kata orang ramai sangat tak juga. Tapi macam biasalah klinik kerajaan. Bila lotih ni mood nak masak pun ilang.. Sambil menunggu mood tu dtg kembali.. pi angkut award jap dari rumah Kak Cek. Tima kaseh ye.... Kak Cek.


Step 1
Kena pos balik linking kepada orang yang memberi award ini
Step 2
Berkongsi apa jua mengenai diri anda dengan sume....



Isteri kepada seorang suami. Ibu kepada  3 boys and 1 girl. 10,9,2 dan 1 bulan.
Sejak ada 2 org dak tecik dlm rumah ni, diriku jd bertambah-tambah sibuknya.. Dah tak dan nak tenet lama-lama. Kalau blog ni lama tak apdet tu paham-paham sendirilah yer.. ;)


Step 3
Berikan kepada 15 blog lain yang baru ditemui...
  --- MINTA MAAF SESANGAT... TAK SEMPAT NAK BUAT

Step 4...last punya...
Drop them a note and tell them about it...akan menyusul kemudian....
- Ni pun tak dapat diselesaikan... SORRY

Thursday, April 7, 2011

Pulut durian

Banyak blog2 sekarang ni dok tayang segala macam berkaitan dgn durian.. pulut durian la, serawa durian la.. talam durian la.. macam-macam lagi la berkaitan dengan durian ni.

Nih nak nyebok gaklah tayang pulut durian. Masak hujung minggu baru ni. Dah abih dah pun. Yg tinggal sekarang ni hanya tapai ja dok berehat kat dlm peti ais tu. Lebihan pulut haritu, tabur ja dgn sedikit ragi. Jadilah tapai. Dapatlah satu bekas taufufa yg mcm dok jual kat pasar mlm tu..


Tapi pulut durian ni bukan utk orang dlm pantang tau... Dia hanya tukang masak ja. Sib baiklah tukang masak tu bukan antu pulut derian...

Butter prawn

Dah lama teringin nak buat butter prawn ni. Dek kerna orang dlm rumah ni tak suka makan udang, mood nak masak pun hilang. Tapi la ni dah ada geng.. si Alif pun suka makan udang. Tadi masak butter prawn ni guna 4 ekor udang saiz besar. Cukup ler utk 2 ekor sorang.. perghh bestnya bau daun karinya..


Resipi ni angkut dari blog kak nor . Minta ijin dr kak nor utk kopipes kat sini..

Bahan2:

  • 12 ekor udang saiz besar
  • 2 sudu butter
  • 3 biji kuning telur ~ K.Nor guna 2 bj sahaja
  • sedikit daun kari
  • sedikit cili padi
  • serbuk kunyit & garam
  • minyak utk menggoreng

Cara2:
  1. Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelom diangkat. Bila dah msak,ketepikan. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.
  2. Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.
# K.Nor guna acu jala gak, tp kuning telur ni kan dia pekat skit dan acu jala K.Nor tu yg stail lama (tembaga) dan lubang dia kecik jd K.Nor tambahkan sedikit putih telur utk mencairkannya cuba tuang dulu dlm bekas lain, kalau boleh keluar dgn elok tak perlu tambah lg putih telur tu, tp kalau masih payah nak keluar, tambah skit lg putih telur.

# boleh aje nak kacau telur tu dgn garfu atau chopstick, terpulang, tp kena sentiasa mengacau sehingga telur habis dituangkan

# buangkan tali pusat telur, kalau tak lubang acu roti jala mudah tersumbat yg menyebabkan telur payah nak turun

# jgn menggoreng telur dlm minyak yg sedikit, nanti tak jd cantik jurai2 dia



Kalau nak tengok gambo butter prawn yg cantik telur kuningnya tu boleh pi tengok kat blog kak nor. Yg diriku buat ni huduh bebenor jdnya.. kes nak cepat sebab si Areez tak nak tido. Dlm minggu ni dia takmo tido kat bawahlah pula.. asyik nak tido kat riba. Letak jap je.. terus nangis. Bila dia nangis tu terus buka high volume. So masak pun cincai je. Sib baik belah mlm dia tido lena.

Sunday, April 3, 2011

I'm Back

Uhuhu sekejap je dah hampir sebulan.. Hampir sebulan jugalah blog ni sunyi tanpa tuannya.. ehehe cam biasa kalo tak update blog.. malas sungguh nak jenguknya... Kepada yang tinggalkan komen diucapkan terima kasih... dan terima kasih juga kepada semua yang telah mengucapkan tahniah di atas kelahiran baby Areez.

Sekarang ni baby Areez makin sihat dan makin bulat. Lihatlah perbezaan ketika dilahirkan dengan sekarang.

Beberapa jam selepas dilahirkan

Sebelum botak

3 weeks - dah botak


Tiga hari lepas dilahirkan Areez kena jaundice. Terpaksa ulang alik pi klinik check darah. Hari ke-5 kena tahan kad wad. Terpaksalah dengan mak dia sekali bermalam kat dalam wad. Dapat gaklah merasa suasana di wad hospital kerajaan..  Misi- misi muda sekarang ni dah tak garang macam dulu-dulu cuma ada sorang dua yang umurnya dekat-dekat nak pencen tu masih ditahap pemikiran lama agaknya. Main sedap dia je nak marah-marah kat org.. walaupun orang lain yg dia marah. Geram jugaklah telinga ni mendengarnya.

Masa mula-mula masuk wad tu, adalah 2 org lagi baby yg kena jaundice ni. Sorang melayu dan sorang cina. Kiranya yg melayu dua orglah termasuk Areez. Tapi yg dua org tu maknya masih muda lagi tak macam mak baby Areez ni... :p. Pengalaman pun mungkin kurang sikitlah nak banding dgn org yg ada anak 4 ni.. ;).

Kesian tengok dua org ibu ni asyik kena marah kat misi dan juga hospital attenden ( x sure eja ni..). Emm hospital attenden ni berlagak macam misi pulak dia.. Bukan nak tegur elok-elok.. main sedap mulut dia je.. dia ingat semua org tahu agaknya apa yg perlu dibuat. Dahlah ibu-ibu ni baru lepas melahirkan bby.. sakit pun belum hilang lagi. Kesian sangat kat sorang ibu ni, tempat yg kena jahit tu terbuka semula. Pucat je tengok muka dia.. Rupanya dia dok tahan sakit. Macam manalah boleh jd macam ni.. nak kata dia jalan laju, tak juga.. Terpaksalah masuk labor room semula lepas baby dia keluar wad .. Errr ngerinya 2 kali kena jahit... Nasib baiklah diriku bersalin kali ni tak kena sebarang jahitan. Lega sesangat..

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails