Thursday, January 6, 2011

Chicken Focaccia Sandwiches

Our dinner tonight.. Chicken Focaccia Sandwiches. Dah lama tak buat roti ni. Focaccia ni sejenis roti itali.. dohnya sama macam pizza juga. Cuma topping tu tak semestinya letak cheese mcm pizza. Kat bahagian atas roti tu cukup sekadar sapu dgn olive oil dan tabur sea salt. Nak lagi sedap boleh tambah fresh italian herbs mcm oregano, rosemarry atau letak sundried tomatoes, olive, etc.

Oleh kerana makcik takde stok olive oil so ganti jerlah dgn corn oil.. ngeh ngeh ngeh.. jadi ler roti focaccia versi melayu.


Ni resipi amik dari myresipi.com. Pastu saya ikut petua dr Skyblue

Bahan-bahan ( 1 biji 35x 25cm )
  • 250g tepung roti
  • 1 sudu kecil dry yeast
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/4 sudu kecil gula
  • 150ml air suam
  • 25ml olive oil
  • ******
  • tepung
  • olive oil
  • garam

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan yg di atas sehingga ke olive oil. Uli macam uli roti biasa.
  2. Penaikkan dua kali ganda. Bila dah siap, keluarkan angin.
  3. Canai di biar jadi 25x35cm lebar. Cucukkan dengan garfu. Penaik lagi sehingga 2 kali ganda. - Semasa mencanai tu, letak sedikit tepung di atas papan pencanai supaya tak melekat.
  4. Sebelum bakar sapukan dengan olive oil dan tabukankan sedikit garam ke atasnya.
  5. Bakar dengan suhu 250C selama 10-15 minit.

Ni copy paste petua dari skyblue yg di tulis kat komen my focaccia recipe

yani, hari ni i buat roti ni dgn cara yg lain. You can try if you want... Lepas canai, simpan doh kat dlm oven, kat tray bawah letak 1 manguk besar air panas. Biar naik selama 20minit lepas tu terus on kan oven dan bakar selama 20minit. Keluarkan air, bakar 5 minit lagi. Roti tu jadi gebu n lembut... sedaplah.

Kalo nak buat chicken sandwich tu pula senang je.. beli je chicken sandwich jenama ayam mas tu. Balik goreng kat rumah.. then potong focaccia ikut suka hati besar mana. Belah tengah. Then buhlah daun salad, timun, tomato, sos, mayonis dan tak lupa juga chicken sandwich yg digoreng tadi.

2 comments:

  1. Salam Kak Yani..
    Sihat ke kak? Nengok menu yg kuar berderet2 tu, Naz jangka insyallah akak dlm keadaan sihat walafiat rasanya.
    Datang intai dapur akak malam2 buta ni buat perut lapar lah pulak..Dahlah kat luar tu hujan turun mencurah2.. Order chicken focaccia sandwiches 2 biji boleh..Lapoooo niiii..Meleleh dah air liur ni..

    ReplyDelete
  2. Wsalam Naz.. meh kita mkn sandwich focaccia ni sambil borak2.. ehehe.. Menu yg berderet2 ni keluar sbb balas dendam time cuti skolah arihtu susah sgt nak dpt pc.. asyik berebut dgn anak2 jah.

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails