Wednesday, November 24, 2010

Roti bijan hitam


Bahan-bahan
  • 300g tepung berprotin tinggi(tepung roti)
  • 6g garam
  • 30g gula
  • 110ml air
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu kecil yis kering
  • 30g mentega
  • 30g bijan hitam 
  • water roux dari 2 sudu besar tepung

* Masukkan 2 sudu besar tepung gandum ke dalam mangkuk tahan panas. Tambahkan 10 sudu besar air. Kacau sebati. Masukkan dlm microwave. Panaskan selama 15 saat. Keluarkan dari microwave dan kacau. Masukkan semula ke dalam microwave. Panaskan selama 15 saat lagi. Keluarkan dan kacau. Guna semua water roux ini utk semua resipi di atas.

 Cara-cara:-
  1. Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker. Pilih menu untuk doh.
  2. Bila dah siap keluarkan. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagi doh kepada 4 biji atau berapa biji yang anda suka. Rehatkan selama 15-20 minit.
  3. Buatlah bentuk  bulat doh. Masukkan 3 biji ke dalam loaf pan.
  4. Biarkan doh kembang 2 kali ganda lagi.
  5. Bakar dalam oven dgn suhu 190 degree selama 25 minit.
  6. Keluarkan dan sejukkan.


* Note: my loaf pan hanya muat utk 3 biji doh.. satu doh terpaksa buat bentuk bulat sahaja.

4 comments:

  1. salam yani ..... wahhhh best nyer nampak roti tu ..... tak yah nak beli kat kedai lagi sebab yani dah pandai buat roti .... nak mintak ambik resepi leh tak ..... khai nak cuba wat lak ....

    ReplyDelete
  2. yani, sandwich tuna tu sapa punya... mak aiiii... kalo kene kenyang sampai ke ptg.. hehe...

    ReplyDelete
  3. Khai... wpun selalu dok buat roti.. kerap gak beli roti kat kedai.. antu roti betul org2 dlm umah ni..

    Ana.. tuna sandwich tu mama dan papanya yg punya.. entah naper semua anak2 takmolah pulak hari ni.. si kecik dok sibuk kutip tomato je.. si aina mkn roti kreatif tu sampai ler ke mlm.. ish2x anak dara ni sejak cuti sekolah langsung tak nak mkn nasi. si afiq pula mkn roti cecah air teh.. baru 3 org anak dah mcm2 selera dorang ni

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails