Saturday, November 27, 2010

Kerepek Ubi Kayu


Bahan-bahan:-
  • ubi kayu
  • minyak masak
  • sedikit garam.

Cara-cara:-
  1. Basuh ubi kayu dan kupas kulitnya. Potong ubi jadi nipis-nipis
  2. Panaskan minyak masak. Masukkan sedikit garam. Goreng ubi yang t elah dihiris tadi sehingga perang atau garing.
  3. Siap untuk dikunyah

Friday, November 26, 2010

Prawn ball, renkon hot & crunchy

Prawn ball digoreng dengan tepung  cendawan goreng hot & crunchy. . Resipi asal bulih tengok kat sini.



Bahan2:
utk prawn ball
  • 1 cawan isi udang
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • sedikit garam
  • 2-3 btg daun bawang
utk batter: (guna separuh dari resipi ni)
  •  2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 cup/bekas yogurt plain
  • 1/2 sudu besar serbuk cili ~ lebihkan jika ingin lebih pedas
  • 1 sudu besar serbuk cili kasar ( x letak.. takde dlm stok)
  • 1 1/3 cawan air
  • 1 sudu kecil garam
  • minyak utk menggoreng


Cara2:
  1. Masukkan semua bahan utk prawn ball kecuali daun bawang ke dalam pengisar. Kisar sehingga udang hancur.
  2. Keluarkan udang dari pengisar. Campurkan dengan daun bawang yang telah dihiris halus.
  3. Buat bentuk bulat kecil-kecil.
  4. Bancuh kesemua bahan2 utk batter  kecuali minyak hingga sebati.
  5. Panaskan minyak dgn api yg kuat.
  6. Bila minyak dah cukup panas, celupkan prawn ball ke dalam batter dan goreng hingga masak/garing.
  7. Angkat dan toskan.
  8. Boleh lah dihidangkan dgn sos cili thai atau sos cili kegemaran masing2.

Lebihan batter diguna untuk goreng renkon( lotus root).. yumm..yummy.

Wednesday, November 24, 2010

Florentines

Simple snack guna puff pastry.


Bahan-bahan
  • 8 keping kulit puff pastry jenama kawan
  • 40g gula
  • 50g madu
  • 50g butter
  • 50g almond slices
Cara-cara
  1. Panaskan oven sehingga suhu 220 degree. Bakar kulit puff selama 8 minit atau sehingga nampak sedikit perang.
  2. masukkan gula, butter dan madu ke dlm periuk. Panas sehingga mendidih. Masukkan pula almond slices. Masak sehingga pekat.
  3. Keluarkan puff dari oven. Tekan-tekan dengan sudu pada permukaan puff supaya jadi rata. 
  4. Letakkan 1-2 sudu no.2 tadi ke atas permukaan puff. Ratakan.
  5. Bakar semula puff pada suhu 180 degree selama 10-15 minit atau sehingga almond keperangan.
  6. Potong kepingan puff kepada bahagian kecil ketika masih panas-panas. Sejukkan sebelum dimakan.
 Sedap di"ngap" sambil tenet atau nonton tv.. 




Daging Black Pepper

Idea lepas tengok blog Anna. Resepi asal dari Kak Nor. Terima kasih pada kedua-duanya. Izinkan kopipes ye.. Saya buat half dr resipi je.. sedapppp


Daging Black Pepper

* 500gm daging batang pinang
* 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
* 1 biji lada benggala hijau
* 1 biji lada merah
* 3 sb kicap manis
* 2 sb sos tiram
* 1 cawan air
* 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
* 1/2 sudu garam halus dan 1/2 sb gula
* minyak utk menggoreng


1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.


## Kalau nak guna daging biasa pun boleh, hiris nipis2 dan rebus dgn sedikit air sehingga daging tu empuk. Pastu skip aje la step no 3.

Jom Bekfes

Jom bekfes dengan roti bijan..

Tuna sandwich


 roti kreatif - panggilan oleh anak daraku

Takleh nak celoteh panjang-panjang. Kanak-kanak ribena tengah tunggu nak guna komputer... *_*

Roti bijan hitam


Bahan-bahan
  • 300g tepung berprotin tinggi(tepung roti)
  • 6g garam
  • 30g gula
  • 110ml air
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu kecil yis kering
  • 30g mentega
  • 30g bijan hitam 
  • water roux dari 2 sudu besar tepung

* Masukkan 2 sudu besar tepung gandum ke dalam mangkuk tahan panas. Tambahkan 10 sudu besar air. Kacau sebati. Masukkan dlm microwave. Panaskan selama 15 saat. Keluarkan dari microwave dan kacau. Masukkan semula ke dalam microwave. Panaskan selama 15 saat lagi. Keluarkan dan kacau. Guna semua water roux ini utk semua resipi di atas.

 Cara-cara:-
  1. Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker. Pilih menu untuk doh.
  2. Bila dah siap keluarkan. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagi doh kepada 4 biji atau berapa biji yang anda suka. Rehatkan selama 15-20 minit.
  3. Buatlah bentuk  bulat doh. Masukkan 3 biji ke dalam loaf pan.
  4. Biarkan doh kembang 2 kali ganda lagi.
  5. Bakar dalam oven dgn suhu 190 degree selama 25 minit.
  6. Keluarkan dan sejukkan.


* Note: my loaf pan hanya muat utk 3 biji doh.. satu doh terpaksa buat bentuk bulat sahaja.

Tuesday, November 23, 2010

Stew Daging

Mabeles..mabeles.. tuan rumah tak sempat nak snap gambo banyak-banyak sebab lapor.. Jemput makan semua. Stew daging ni tiru dari Resepi Raidah. Memang best wpun ada bahan yg tak cukup. Lain kali boleh try makan dengan roti pulak. Terima kasih pada tuan punya resepi.

Bahan-bahan:

  • 500gm daging lembu/kambing ~ bersihkan dan potong kiub
  • 2 biji bawang besar ~ potong dadu
  • 5 ulas bawang putih (jgn hiris/potong, sebiji2)
  • 2 sudu pes bawang
  • 1 batang lobak merah ~ potong dlm 1 inci
  • 2 biji kentang ~ belah 4
  • 2 helai daun bay ( tak letak- takde stok)
  • 2 sudu tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam dan gula
  • Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ utk hiasan (bwg goreng lupa nak tabur sebab dah lapor sgt ekeke..)
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya.
Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak didalam periuk tekanan(pressure cooker) atau periuk yg sesuai. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
2. Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum, kacau rata.
3. Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam(kalau menggunakan periuk tekanan, masak selama 20 minit).
4. Kemudian tambahkan kentang dan lobak. Tutup dan masak lagi selama 20minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

Sunday, November 21, 2010

Congo Bars

Pernah tengok resipi ni kat blog Ika, blog kak Ayu S'pore, blog Kak Nor dan beberapa blog lagi..
Tapi hari ni berkesempatan utk menerainya sendiri.


Resepi ni kopipes dari blog Kak Nor. Oleh kerna Kak Nor dag bagi peringatan awal resipi ni manis.. so i adjust sket sukatan gulanya jadi 250g gula.. tp stock brown sugar tak cukup so add sket dgn white sugar... Stock chocolate chips pulak hanya tinggal 200g so terpaksa add 100g chocolate rice.. Emmm sedap.. cukup rasa manisnya.


CONGO BARS
sumber: Rima
sumber: Ayu


Ingredients,
2 3/4 cup all purpose flour-(315g)
2 1/2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon salt
2/3 cup butter, softened-(150g)
1 lb. light brown sugar(453g) - (Ayu used 300g) ~ k.nor letak 275gm  - i guna 250g (brown + white) sugar . Brown sugar ada sket je.. tak cukup. Terpaksa add dgn white sugar
3 eggs-(Ayu used 4 small eggs)
1 teaspoon vanilla
11.5 ounce package milk chocolate chips(326g) - (Ayu used 300g valrhona dark chocolate chopped) -
1 cup chopped pecans (optional)-(Ayu didnt add) ganti dgn walnuts


By mixer:
Sift flour, baking powder and salt in a large bowl. Set aside.
Combine butter and sugar using a mixer until blended.
Add eggs, one at a time to sugar mixture, mixing on low in between each addition.
Add vanilla and mix.
Add flour and mix until combined.
Stir in chips and then pecans.

By hand:-(Ayu just use this method) ~ k.nor jugak :)
Sift flour, baking powder and salt into a large bowl. Set aside.
Stir brown sugar into softened (not melted) butter in another large bowl until butter disappears. You can use the back of your spoon to help incorporate the two together.
Add eggs one at a time to butter mixture and stir well after each egg.
Add vanilla, chocolate chips and nuts. Mix well.
Add dry flour mixture and stir until well combined.
Coat a 13 X 9 -(Ayu used 10x10)pan with non-stick spray and spread batter evenly into dish(Ayu used parchment paper).
Bake at 170 degree for 30 minutes or until top is golden brown. Make sure you don’t over bake.
Sources:-From bisousatoi.com.



Daun kat belakang tu hanya hiasan semata-mata takde kaitan dgn congo bars tu.. tadi minta tolong anak dara pi amik daun kari kat belakang rumah.. dari jauh tengok dia bawa daun ni.. dlm hati ni berkata.. "uih besar benar daun kari aku.. dah subur ke pokoknya.. Bila tengok dari dekat.. ghupe-ghupenya daun longan(mata kucing).. wakaka

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidil Adha

Salam Aidiladha buat semua muslim dan muslimah yang datang berkunjung ke blog ini. Mana-mana komen yang tak sempat dibalas minta ampun banyak-banyak..

Sempena raya ni tuan rumah tak masak apa pun hanya ketupat serunding ni je.. jemputlah makan..


Tadi my abang call tanya tengah buat apa. Bila gitau tengah wat ketupat dia macam tak caya je.. hahaha mesti dia fikir biar betul adik aku ni tak pernah pernah pun dia buat ketupat.

Pastu siap bungkus ketupat tu, call pulak my kakak.. Dalam dok sembang2 tu cerita kat dia buat ketupat.. hahaha dia pun tak caya gak.. dia ingatkan gurau je..

Hehehe tak pernah-pernah aku buat ketupat.. hari ni try ler buat sendiri. Resepi pulak main hentam ja lah... ingat-ingat lupa masa dok tolong mak aku buat dedulu tu.. tu pun zaman aku remaja lagi.. La ni mak aku dah retire dari buat ketupat ni.. Nak makan beli je yg dah siap.
ketupat yg siap dibungkus tapi belum direbus

 jom makan !

Saturday, November 13, 2010

Bihun goreng pes cili sangai

Akhir-akhir ni bizi ... takdan nak updet blog... kat top page ni asyik gambo kek lapis je.. so hari ni kitar tukar gambo bihun goreng guna cili sangai.. resipi cili sangai tu boleh tengok kat sini dan juga yg asalnya dari sini

Tuesday, November 9, 2010

Orange Layer Cake

Sedar tak sedar ghupe-ghupenya ada satu peket sponge cake mix dlm stok yg dah nak monopus.
So hari ni try ler cari resipi yg guna sponge cake mix kat myr. Terjumpa resipi pandan layer cake dr kak lilydvalley. Tapi.. tapi.. tapikan hoen kee bean flour takdelah pulak.. so terpaksa ler tukar pandan layer cake ke orange layer cake.. hehehe sebab oren je yg ada dlm stok la ni.
 


So copy jer cara wat kek dr resipi pandan layer cake tu..


Cake:
  • 250 gm sponge cake mix
  • 4 biji telur
  • 50 ml air
  • 50 gm corn oil
  • 1 teaspoon ovallate
  • 2 tablespoon pandan juice - ( kita ganti dengan orange sunquick
Methods:
  1. SpongeCake:- Mix all ingredients into the mixer bowl and cream in high speed for 6-8 mins.
  2. -Pour mixture into an 8" pan and bake in preheated oven at 180C for 50mins.(kita guna loyang 8 x 10". Bakar selama 20 minit ja)
  3. When the cake is completely cool, slice the cake into 3 layers.


Orange cream
  • 1 biji telur
  • 1 biji oren(saiz kecil)- amik jusnya.. dlm 50ml
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 40g gula
  • 1 sudu besar mentega.
  1. Masuk semua bahan-bahan kecuali mentega ke dalam bowl tahan panas. kacau rata.  Panaskan dengan microwave dengan suhu paling tinggi selama 30 saat. Keluarkan dan kacau. Ulang sehingga jadi bentuk krim.
  2. Bila dah jadi bentuk krim, masukkan mentega dan kacau cepat-cepat.
  3. Potong kek kepada 3 bahagian. Lapiskan setiap bahagian dengan orange cream.
note: orange cream tu bulih ja nak masak atas dapur macam buat custard cream.. cara kat atas tu utk org2 yg x berapa nak rajin macam saya ni.. ngeh3x..
    Whipping cream
    • 150ml whipping cream
    • 2 sudu besar gula aising.
    • sedikit parutan kulit oren sebagai hiasan.
    Pukul whipping cream dgn gula sehingga kental. Sapukan pada kek. Hias dengan parutan kulit orange di atasnya.

    Monday, November 8, 2010

    French toast

    Resepi yang semua orang dah tahu buat ni... french toast. Resepi simple utk bekfes.. senang dan mudah.





    Bahan-bahan:-

    • 8 keping roti sandwich
    • 1 biji telur
    • 150ml fresh milk
    • sedikit vanila
    • 1 sudu besar gula
    • butter secukupnya
    Cara-cara:-
    1. Panaskan sedikit butter di dalam non-stick pan.
    2. masukkan telur, fresh milk, esen vanila dan gula ke dalam mangkuk. Kacau.
    3. Potong roti ke pada 2 bahagian. Celupkan di dalam telur.
    4. Letakkan roti di atas non stick pan. Masak sehingga kedua-dua belah roti perang.

    Green tea muffin

    Uih lama benar aku bercuti dari berblog.. kes takde mood nak snap gambo sejak dlsrku masuk wad. Tapi hari ni trylah godek-godek dgn kamera kompak ku ni.. dan inilah hasilnya.


    Bahan-bahan:-
    • 120g mentega
    • 120g gula
    • 2 biji telur
    • 200g tepung gandum *
    • 2 sudu kecil baking powder*
    • 3 sudu kecil green tea powder*
    • 100ml susu segar
    • biji labu putih secukupnya.
    krim
    • 100ml whipping cream
    • 1 sudu besar icing sugar.
    muffin bentuk munger
    Cara-cara:-
    1. Panaskan oven sehingga suhu 180 degree. Ayakkan semua bahan yang bertanda *.
    2. Pukul mentega dan gula sehingga putih. Masukkan telur pukul sehingga sebati.
    3. Masukkan 1/3 tepung yg diayak ke dalam no.2 Kacau. 
    4. Kemudian masukkan pula 1/2 daripada susu. Kacau. Ulang semula dengan tepung, kemudian susu. Akhir sekali dengan tepung..
    5. Isikan adunan ke dalam cup muffin. Hias dengan biji labu secukupnya.
    6. Bakar muffin selama 18-20 minit atau sehingga masak.

    aisey.. nampak berketul2lah pulak green tea powder 
    kat atas krim tu.. ni kes malas nak ayak *_*..

    Latest Update .. ♥

    Related Posts with Thumbnails