Monday, November 8, 2010

Green tea muffin

Uih lama benar aku bercuti dari berblog.. kes takde mood nak snap gambo sejak dlsrku masuk wad. Tapi hari ni trylah godek-godek dgn kamera kompak ku ni.. dan inilah hasilnya.


Bahan-bahan:-
  • 120g mentega
  • 120g gula
  • 2 biji telur
  • 200g tepung gandum *
  • 2 sudu kecil baking powder*
  • 3 sudu kecil green tea powder*
  • 100ml susu segar
  • biji labu putih secukupnya.
krim
  • 100ml whipping cream
  • 1 sudu besar icing sugar.
muffin bentuk munger
Cara-cara:-
  1. Panaskan oven sehingga suhu 180 degree. Ayakkan semua bahan yang bertanda *.
  2. Pukul mentega dan gula sehingga putih. Masukkan telur pukul sehingga sebati.
  3. Masukkan 1/3 tepung yg diayak ke dalam no.2 Kacau. 
  4. Kemudian masukkan pula 1/2 daripada susu. Kacau. Ulang semula dengan tepung, kemudian susu. Akhir sekali dengan tepung..
  5. Isikan adunan ke dalam cup muffin. Hias dengan biji labu secukupnya.
  6. Bakar muffin selama 18-20 minit atau sehingga masak.

aisey.. nampak berketul2lah pulak green tea powder 
kat atas krim tu.. ni kes malas nak ayak *_*..

7 comments:

  1. akak suka warna hijau ...memang cool

    ReplyDelete
  2. Salam, lama dah tak buat muffin, smpi anak pun komple.. hehe. boleh cuba yg ni plak.. tq

    ReplyDelete
  3. camna rasa green tea dibuat muffin ni ya.. bak seketul nak rasa hehe

    ReplyDelete
  4. kak nor.. susah nak gitahu rasa dia cam mana.. kalo knor mai sini bukan seketul ja yg saya bagi.. satu oben pun bleh..

    ReplyDelete
  5. sedap bagi penggemar green tea...bau muffin ni wangi

    ReplyDelete
  6. siti samalah kita... matcha lover!

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails