Wednesday, November 24, 2010

Florentines

Simple snack guna puff pastry.


Bahan-bahan
  • 8 keping kulit puff pastry jenama kawan
  • 40g gula
  • 50g madu
  • 50g butter
  • 50g almond slices
Cara-cara
  1. Panaskan oven sehingga suhu 220 degree. Bakar kulit puff selama 8 minit atau sehingga nampak sedikit perang.
  2. masukkan gula, butter dan madu ke dlm periuk. Panas sehingga mendidih. Masukkan pula almond slices. Masak sehingga pekat.
  3. Keluarkan puff dari oven. Tekan-tekan dengan sudu pada permukaan puff supaya jadi rata. 
  4. Letakkan 1-2 sudu no.2 tadi ke atas permukaan puff. Ratakan.
  5. Bakar semula puff pada suhu 180 degree selama 10-15 minit atau sehingga almond keperangan.
  6. Potong kepingan puff kepada bahagian kecil ketika masih panas-panas. Sejukkan sebelum dimakan.
 Sedap di"ngap" sambil tenet atau nonton tv.. 




1 comment:

  1. simple and nampak sedap.. nak try..tp I diet..huuhuhu takpe I buat, suh hubby n anak makan hahaha

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails