Tak tahu dah kali ke berapa buat ni cuma tak dan nak posing je.. Kalo dah banyak kali buat, maknanya sodap ler tu ;D
Kat bawah ni resepi kopipes dari Myr... Thanks Kak Nor
Homemade Dadih
Sumber : Kak Nor Myr
Bahan-bahan
- 10gm serbuk agar2 - kalau nak guna agar2 bertali boleh guna 1/3 dari sebungkus agar2 cap bulan(warna merah)
- 1 liter susu segar biasa
- 1 liter susu segar berperisa coklat
- 1 1/4 cawan gula (atau 17 sudu besar gula)
- 1.2 liter air
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 2 sudu besar air
- 1sudu teh coklat emulco

Cara-cara
-
Masak agar2 bersama air hingga mendidih. Jika guna agar2
bertali, rendam dulu supaya lembut dan lebih cepat hancur. Masukkan
garam dan gula. Masukkan adunan tepung jagung. Masak hingga mendidih.
-
Bahagi dua adunan agar td. Masukkan kembali 1 bahagian
agar kedalam periuk dan masukkan susu segar putih. 1 bahagian lg
dimasukkan kedalam periuk yg lain dan masukkan susu berperisa coklat dan
coklat emulco.
-
Masaklah kembali adunan tersebut. Gunakan api yg
sederhana sj dan hendaklah sentiasa dikacau agar tidak berketul. Apabila
nampak tanda2 mendidih, padamkan api. Peringatan: jgn masak terlalu
lama nanti dadih menjadi keras.
-
Biarkan hingga suam baru lah ditapis sebelum dimasukkan
kedalam bekas. Masukkan dadih yg berwarna putih dulu dan bila ia sejuk
dan mengeras bahagian atasnya barulah dimasukkan dadih coklat. Kalau nak
lebih cepat bolehlah dimasukkan kedalam peti ais seketika.
-
Sejukkan dalam peti ais, pastu bolehlah dimakan.
-
Sekiranya ada yg nak buat berperisa strawberry, bolehlah
guna susu perisa strawberry atau pun boleh juga guna kedua2 susu fresh
putih dan tambahkan pewarna merah dan strawberry emulco.
-
** Satu kaedah lagi utk menghasilkan dadih coklat bg yg
bimbang jika ikut cara2 diatas menyebabkan rasa dadihnya terlebih
manis(bg hb dan anak2 saya rasa manisnya sedang elok je). Setelah diikut
step pertama, masukkan 2 liter susu segar (putih) kedalam periuk (tanpa
menggunakan susu segar berperisa coklat). Kemudian bahagi 2 adunan
dadih dan 1 bahagian itu dimasukkan 1sb coklat emulco. (diletakkan 1sb
kerana aduanan asalnya berwarna putih sdgkan jika guna susu segar perisa
coklat perlu letak 1st shj )
-
**Saya harap kawan2 semua dpt faham kaedah yg saya maksudkan ini dan jika masih keliru bolehlah bertanya semula.
