Thursday, September 8, 2011

Salam Aidilfitri

Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya untuk semua kawan-kawan muslim dan muslimah tak kira di mana jua berada. Uhuhu hari ni dah 10 Syawal baru nak buat ucapan. Sebelum balik kampung aritu tuan umah bertungkus lumus menyiapkan kukis raya sampai tak dan nak buat entry khas sempena Hari Raya yang mulia ini.



Di bulan yang mulia ini tuan umah minta ampun dan maaf daripada semua kawan-kawan blogger . Manalah tahukan sepanjang berblog ini ada terkutuk ke.. terkata ke.. sehingga ada yg terkecil hati ke dgn tulisan tuan umah yang tak seberapa ini.

Sekejap je masa berlalu.. esok dah hari jumaat.. lusa sabtu... sure banyak open house sana sini. So kepada semua SELAMAT BER-OPEN HOUSE.......

Tuesday, August 23, 2011

Tart Nenas

Lepas tengok sana sini resipi tart nenas, akhirnya terpikat dengan resipi dari blog Kak Pea.. thank kak pea... izin copy paste kat sini ye..


TART NENAS
Sumber: kelas masakan
BY: Sofea@after6am

BAHAN-BAHAN:
200 gm butter
1/3 cawan gula icing
1 kuning telur
1 sb tepung jagung
1 st tepung kastard
esen vanila
Tepung gandum secukupnya~ ikut lembut

Cara:
1. Pukul butter & gula hingga sebati, masukkan telur kuning.
2. kemudian masukkan esen vanila, tepung jagung & tepung kastard.
3. Akhir masukkan tepung gandum sedikit2 sambil digaul hingga menjadi doh.
4. Ambil sedikit doh , masukkan dalam acuan tart dan tekan memanjang, letakkan jem nenas dan gulung.
5. Bakar pada suhu 160'c - 15-20 min.



Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails