Sunday, August 14, 2011

Iftar-13

Sedar tak sedar hari ni dah masuk hari ke 14 kita berpuasa. Mood nak berblog pun hilang entah ke mana. Tambah pulak nak ambik gambar pun tak sempat... kalut nak berbuka, kalut dengan dak tecik lagi. Time nak berbuka tu ler time dia nak tido.  Masak pulak selalunya dekat-dekat nak berbuka sebab kami suka mkn panas-panas.

Nih antara menu berbuka semalam. Orang dalam umah ni dah jemu makan nasi.

 roti sosej ada, meatloaf ada, tuna pun ada

Ketam goreng celup tepung

salad ketam goreng


puding soya

Tuesday, August 2, 2011

Nasi Goreng Ikan Bilis

Lunch menu untuk dak tecik yg tak pose arini.



Nasi Goreng Ikan Bilis

Bahan-bahan ( 1 orang):
  • 1/2 cawan nasi
  • 1/2 biji telur
  • 1/4 cawan sayur campur
  • 1 ulas bawang putih - ditumbuk
  • sejemput ikan bilis
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • sedikit garam
  • sedikit gula
 Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis sehingga garing.
  2. Keluarkan minyak dari kuali. Tinggalkan minyak dalam kuali lebih kurang 1 sudu besar sahaja.
  3. Tumis bawang putih sehingga bau wangi. Masukkan sayur campur dan sos tiram. Kacau sekejap.
  4. Masukkan nasi, diikuti dengan garam dan gula, goreng sehingga semua bergaul mesra.
  5. Masukkan telur. Goreng lagi nasi sehingga agak garing.
tembikai

kentang goreng & tomato

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails