Thursday, April 7, 2011

Butter prawn

Dah lama teringin nak buat butter prawn ni. Dek kerna orang dlm rumah ni tak suka makan udang, mood nak masak pun hilang. Tapi la ni dah ada geng.. si Alif pun suka makan udang. Tadi masak butter prawn ni guna 4 ekor udang saiz besar. Cukup ler utk 2 ekor sorang.. perghh bestnya bau daun karinya..


Resipi ni angkut dari blog kak nor . Minta ijin dr kak nor utk kopipes kat sini..

Bahan2:

  • 12 ekor udang saiz besar
  • 2 sudu butter
  • 3 biji kuning telur ~ K.Nor guna 2 bj sahaja
  • sedikit daun kari
  • sedikit cili padi
  • serbuk kunyit & garam
  • minyak utk menggoreng

Cara2:
  1. Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelom diangkat. Bila dah msak,ketepikan. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.
  2. Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.
# K.Nor guna acu jala gak, tp kuning telur ni kan dia pekat skit dan acu jala K.Nor tu yg stail lama (tembaga) dan lubang dia kecik jd K.Nor tambahkan sedikit putih telur utk mencairkannya cuba tuang dulu dlm bekas lain, kalau boleh keluar dgn elok tak perlu tambah lg putih telur tu, tp kalau masih payah nak keluar, tambah skit lg putih telur.

# boleh aje nak kacau telur tu dgn garfu atau chopstick, terpulang, tp kena sentiasa mengacau sehingga telur habis dituangkan

# buangkan tali pusat telur, kalau tak lubang acu roti jala mudah tersumbat yg menyebabkan telur payah nak turun

# jgn menggoreng telur dlm minyak yg sedikit, nanti tak jd cantik jurai2 dia



Kalau nak tengok gambo butter prawn yg cantik telur kuningnya tu boleh pi tengok kat blog kak nor. Yg diriku buat ni huduh bebenor jdnya.. kes nak cepat sebab si Areez tak nak tido. Dlm minggu ni dia takmo tido kat bawahlah pula.. asyik nak tido kat riba. Letak jap je.. terus nangis. Bila dia nangis tu terus buka high volume. So masak pun cincai je. Sib baik belah mlm dia tido lena.

Sunday, April 3, 2011

I'm Back

Uhuhu sekejap je dah hampir sebulan.. Hampir sebulan jugalah blog ni sunyi tanpa tuannya.. ehehe cam biasa kalo tak update blog.. malas sungguh nak jenguknya... Kepada yang tinggalkan komen diucapkan terima kasih... dan terima kasih juga kepada semua yang telah mengucapkan tahniah di atas kelahiran baby Areez.

Sekarang ni baby Areez makin sihat dan makin bulat. Lihatlah perbezaan ketika dilahirkan dengan sekarang.

Beberapa jam selepas dilahirkan

Sebelum botak

3 weeks - dah botak


Tiga hari lepas dilahirkan Areez kena jaundice. Terpaksa ulang alik pi klinik check darah. Hari ke-5 kena tahan kad wad. Terpaksalah dengan mak dia sekali bermalam kat dalam wad. Dapat gaklah merasa suasana di wad hospital kerajaan..  Misi- misi muda sekarang ni dah tak garang macam dulu-dulu cuma ada sorang dua yang umurnya dekat-dekat nak pencen tu masih ditahap pemikiran lama agaknya. Main sedap dia je nak marah-marah kat org.. walaupun orang lain yg dia marah. Geram jugaklah telinga ni mendengarnya.

Masa mula-mula masuk wad tu, adalah 2 org lagi baby yg kena jaundice ni. Sorang melayu dan sorang cina. Kiranya yg melayu dua orglah termasuk Areez. Tapi yg dua org tu maknya masih muda lagi tak macam mak baby Areez ni... :p. Pengalaman pun mungkin kurang sikitlah nak banding dgn org yg ada anak 4 ni.. ;).

Kesian tengok dua org ibu ni asyik kena marah kat misi dan juga hospital attenden ( x sure eja ni..). Emm hospital attenden ni berlagak macam misi pulak dia.. Bukan nak tegur elok-elok.. main sedap mulut dia je.. dia ingat semua org tahu agaknya apa yg perlu dibuat. Dahlah ibu-ibu ni baru lepas melahirkan bby.. sakit pun belum hilang lagi. Kesian sangat kat sorang ibu ni, tempat yg kena jahit tu terbuka semula. Pucat je tengok muka dia.. Rupanya dia dok tahan sakit. Macam manalah boleh jd macam ni.. nak kata dia jalan laju, tak juga.. Terpaksalah masuk labor room semula lepas baby dia keluar wad .. Errr ngerinya 2 kali kena jahit... Nasib baiklah diriku bersalin kali ni tak kena sebarang jahitan. Lega sesangat..

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails