Ini pun kek yang dah lama buat.. Resipi yg pernah buat sebelum ni cuma tambah blueberry filling, cream cheese dan letak deco sket.. Gambo blur je.. masa snap gambo ni dak kecik duk tarik2 seluar.
Blueberry Cheese Roll Cake
Bahan-bahan ( 30x30 cm )
- 4 biji telur
- 50g tepung gandum
- 50g gula kastor
- sedikit esen vanila
- sedikit pewarna ungu
- 250g cream cheese
- 2-3 sudu besar gula kastor
- blueberry filling secukupnya
Cara-cara:
- Alaskan loyang dengan baking paper. Asingkan kuning dan putih telur. Ayakkan tepung gandum. Panaskan oven sehingga 180C.
- Pukul telur putih dan separuh dari gula sehingga kembang/bertanduk.
- Dalam mangkuk lain, pukul kuning telur, esen vanila dan gula selebihnya sehingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi, kacau sebati.
- Masukkan 1/3 dari adunan telur putih ke dalam adunan kuning telur, kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
- Masukkan no.4 ke dalam no.2 . Kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
- Ambil 2 sudu besar adunan no.5, masukkan sedikit pewarna ungu. Kacau sebati. Masukkan adunan ke dalam plastik bersih. Potong bucunya. Buatlah bulat2 ke atas loyang yang telah dialas tadi. Bakar selama 1-2 minit ( sehingga permukaan kering)
- Tuang adunan selebihnya ke dalam loyang. Ratakan.
- Bakar selama 10-12 minit dengan suhu 180C. Kemudian sejukkan.
- Sementara itu sediakan krimnya.Pukul cream cheese dan gula sehingga gebu. Sapukan pada kek. Sapukkan blueberry filling ke atas lapisan cheese. Gulungkan.
- Balut kek dgn cling wrap kemas2. impan dalam peti sejuk selama 3-4 jam sebelum dipotong.
dak kecik ni bilalah nak besar....