Sunday, March 25, 2012

Ikan tongkol goreng krispy

Poning paler makcik nak masak lauk untuk budak2 yg tak suka makan lauk tak kira ikan ke, ayam ke.. daging lagilah dorang ni tak suka. Hari ni try bogelkan ikan tongkol, buang segala tulang temulang then potong nipis-nipis.. dan inilah hasilnya. Dorang kata sedapppp.. tapi walau macam mana sedap sekali pun 1 ekor ikan sederhana besar ni tetap tak abih. Lebihnya buat makan dengan roti... hahaha senang kejer.. siap utk buat dinner sekali.

 

Ikan Tongkol goreng krispy


Bahan-bahan:-
  • 1 ekor ikan tongkol- buang kulit dan tulang, potong nipis-nipis
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk halus
  • 1 cm halia - tumbuk halus
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam ( bergantung pd saiz ikan)
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • tepung beras secukupnya
  • minyak utk menggoreng.

Cara-cara:
  1. Perap ikan dengan semua bhn2 di atas kecuali minyak dan tepung beras selama 10-20 minit
  2. Golekkan hirisan ikan ke dalam tepung beras
  3. Goreng ikan dlm minyak panas sehingga garing.



Friday, March 23, 2012

Cinnamon raisins bread

Blog ni sekarang dah macam hidup segan mati tak mau je... Banyak entry yg tertangguh daaa.. uhuhuhu.. Takmo celoteh panjang-panjang.. jemput semua makan roti ni.. Ini jer yg tuan rumah dpt sediakan.. Pasni tak tau bilalah pulak berpeluang mengupdate blog ni..






Saturday, March 3, 2012

Eggless Fruit Cake

 Alamak... lupa tengah dietlah... Lepas abih 3-4 keping bau teringat pasal diet. Memang sedap sangat kek buah ni.  Rasanya kalo tak fikir pasal diet mau abih separuh kek ni aku makan sorang-sorang..

Resepi ni hasil selongkar Dapurku Sayang. Dah lama nak try resepi ni tapi memandangkan tengah diet terpaksa dipendamkan dulu. Bila tau FIL & MIL nak dtg terus terfikir nak buat kek ni sebab FIL suka sangat mkn kek buah.


Minta izin tuan DapurKu Sayang utk tempek resepi kat sini... sape yg belum try lagi.. try laa.. pasti anda tak akan kecewa

Eggless Fruit Cake / Kek Buah (Bakar)
Loyang 20-22 cm
Bahan A :
  • 360 g tepung gandum (ayak 3 kali)
  • 2 sudu kecil baking powder (diayak)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
  • 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis - optional
  • 125 ml jus oren
Bahan B :
  • 250 g mentega 
  • 300 g mix fruits (dihiris halus atau dicincang)
  • 250 ml susu cair
  • 170 gula kastor (boleh juga guna brown sugar) 
  • 2 sudu besar susu pekat manis atau golden syrup
Bahan untuk taburan : 30 g badam cincang - optional
Cara-cara :
  1. Bahan B : Satukan semua bahan kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati. Tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu, sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman.
  2. Bahan A : Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren ke dalam mangkuk pengadun. Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan dengan Bahan B tadi. Sebatikan dengan senduk kayu atau spatula sahaja.
  3. Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan mentega dan ditaburkan dengan sedikit tepung (jika suka, guna loyang yang mempunyai lubang di tengahnya atau loyang chiffon supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian tengahnya). 
  5. Kemudian taburkan badam cincang jika suka. 
  6. Bakarlah selama 50 minit atau 1 jam atau sehingga masak pada suhu 160-170C (kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
  7. Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails