Monday, October 10, 2011

Award dari Mom With Apron

Terima kasih Nurul bagi award ni.. uhuhu versatile kah diriku ini... tp takpe terima gak award ni dgn bangganya... terima kasih sekali lagi..

1. Thank and link back the person who gave you this award
    (Ucapkan terima kasih dan link balik kepada orang yang beri award ini)
- Done

2. Share 7 things about yourself on the post
    (Kongsi 7 perkara mengenai anda)
- emm apa yer


  1. Suka memasak dan mencuba pelbagai resipi baru.
  2. Paling seronok bila org suka makan masakan yg dimasak... tukang masak tak sempat mkn pun takpe.. mmg puashati
  3. Selain memasak, suka baca buku novel nak-nak kisah CHENTA.. keskeskes..
  4. Tak suka kucing.. nak nak anak kucing. Geli geleman. Cukup tak suka kalu kucing masuk dlm rumah. Nak pukul dgn lidi tak sanggup.. apa lagi tendang.
  5. Suka tengok arnab tp geli nak pegang.. nak juga bela kalo ada org nak jaga.. ehehe
  6. Bila ada benda-benda yg buruk berlaku, cepat-cepat berdoa moga tak terjadi dlm my family.
  7. Sentiasa berusaha memahami perangai org lain spy senang nak bergaul dengan mereka.
3. Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it.
    (Berikan kepada 15 bloggers yang anda rasa layak)
- hat ni minta maaf.. takdan nak buat. Takleh lama2 ngadap pc.. byk benda lain nak kena buat. Uhuhu rindunya kehidupan di oberC dulu.. boleh luang byk masa kat depan komputer..

4. Lastly contact all the bloggers that you've picked for the award. 
    (Hubungi semua yang menerima) - Nak gak buat tapi masa amat terhad. Kalu sempat masuk blog kenkawan pun dah bersyukur ni..

Kek Lapis Tiramisu

Kek Lapis Tiramisu.... ahak *-< ampun tuan punya resipi.. makcik dah ubah nama. Idea kek ni ambik dari blog Kak Nor secubitgaram. Terpandang kek yg kak nor buat ni kat facebook .. pehtu terus singgah kat blog dia. Uhuhu sebut pasal blog ni.. dah lama x jenguk blog kenkawan. Blog sendiri pun dah bersawang.. lama sungguh tak berupdate...

Ok.. berbalik kepada kisah kek ni.. xceli nak abihkan cream cheese frosting lebihan buat kek cawan si baldu merah. Biskut marie pun ada.. apa lagi godek-godek ler.. jadi ler macam ni.. My anak dara kata "emmm sedap...rasa macam tiramisu ".. Apa lagi, makcik pun letak ler nama Kek Lapis Tiramisu..


Nih my style...

Kek Lapis Tiramisu
Bahan-bahan :
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100g gula aising
  • biskut marie secukupnya ( sy guna perisa kopi)
  • 1/2 cawan air kopi pekat.. ( sejuk)
Cara-cara:
  1. Pukul cream cheese, butter dan gula aising sehingga jadi bentuk krim.
  2. Alaskan loyang ke, tupperware ke.. tipuware ke dgn plastik wrap.
  3. Celup biskut marie sekejap dlm air kopi, susun dalam loyang tadi.
  4. Masukkan sedikit krim, ratakan. Ulang dengan biskut marie pula.. Buat sehingga abih.
  5. Untuk lapisan teratas... sapukan krim, kemudian taburkan biskut marie yg dikisar.
  6. Sejukkan dlm peti sejuk sebelum dipotong.

Kat bawah ni pula resipi yg telah memberi idea kpd KEK LAPIS TIRAMISU kat atas tu.. Terima kasih kepada tuan punya resipi dan juga kak nor yg memanjangkan resipi ini..

KEK LAPIS CHEESE PERSONA
resipi : Ryo@Ryoazhar
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2: (Saiz 9x9)
A:
  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
  • 500 ml susu segar,dipanaskan

B:
  • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus

Caranya :
  1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar,padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  7. Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails