Thursday, June 23, 2011

Air tembikai limau soda

Bahan-bahan:-
  • 2cwn isi tembikai - dibuang bijinya
  • 1cwn air
  • 1cwn aiskrem soda
  • ketulan ais secukupnya
  • 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi - ambik jusnya
  • 1-2 sudu besar gula- kalau tembikai kurang manis
Cara-cara:-
  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam blender. Kisar sampai halus.
  2. Tuang ke dalam gelas. Siap untuk diminum..

My little kids

Nak show of gambar-gambar baby jap untuk Eina dan Naz. Umur  Areez sekarang ni dah 3 bulan 2 minggu. Dah mula pandai senyum bila panggil namanya.

Masa snap gambo dia dia takmo senyum ler pulak.. buat muka series je.


Areez dgn Abang Aff yang banyak cakap. 
Kadang-kadang sampai tak larat nak layan.

Err kenapa panggil Abang Aff untuk Alif ??.. ramai yang tanya soklan tu.... 
jawapannya.. dia sendiri yang bagi.

Abang Aff dengan beskalnya

Tuesday, June 21, 2011

Keropok lekor Ganu

Keropok lekor ganu yg paling best...sedap sgt.  Err ada ke kopok ganu yg tak best. Setakat ni semua yang beli kat Ganu sedap-sedap belaka kecualilah kopok lekor ganu yang tak asli.... mcm yg ada jual kat sini , tulis jer nama kopok lekor ganu tapi rasanya tak sesedap yg beli kat Ganu. Walaupun tak sesedap selalu gak beli. Dan setiap kali beli tak pernah pun tak abih.

Nih kopok lekor yg my kakak beli kat Ganu. Pastu dia kirim keropok ni kat abg yg balik bercuti masa cuti sekolah haritu. Uhuhu dapat gak merasa keropok lekor yang sedap bangat. Katanya nak beli keropok ni kena amik nombor.. uih mesti glemer kedai kopok ni kat sana kot.


Kat dalam freezer masih ada separuh lagi kopok yg belum digoreng. Petang ni bolehlah goreng wat minum petang.. emmm yummy...

Tinggal Kenangan

Uhuhu lama makcik tak update blog ni. Dari cuti sekolah haritu lagi. Time cuti sekolah malas nak berebut laptop dgn budak2 dalam rumah ni. Bagi jer depa guna. Entry father"s day tu sebenarnya dah lama tulis, cuma set post datenya. :)

Bila cuti sekolah dah abih, takleh lagi nak bertenet. Terpaksa pula balik kampung, grandma in law meninggal. Pergi yang tak akan kembali. Yang tinggal hanyalah kenangan. Dan sebagai kenangan, sandal arwah ini menjadi milikku. Sebenarnya takde sape dikalangan anak cucunya yg lain muat dgn sandal ni. Hanya kakiku yang kecil comel ni je.. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.










Masa balik kampung haritu, dapat pulak prezen dari SIL. TIGA biji novel. Sonoknya... tapi takleh start baca lagi. Kena tunggu projekku settle dulu baru boleh ngadap novel ni.



Bila dah start baca, selagi tak abih  susah nak stop. Untuk mengelakkan tangan ni gatal-gatal pi belek novel tu, biar ler novel tu berbalut dulu. Kalau dah start belek nanti, semua kerja lain terpaksa ler makcik tangguhkan...


Friday, June 17, 2011

Happy Father's Day

Happy Father's Day untuk semua bapa-bapa tak kira di mana jua berada. Setiap kali hari bapa kami pasti teringat lagu ni yang dinyanyikan oleh Aina utk papanya sempena father"s day tahun 2007 yg lalu.. Ketika ini umurnya baru 5 tahun.

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails