Wednesday, August 29, 2012

Kek Lapis Sarawak

Tiga jenis kek yang sempat dibuat untuk raya haritu.. Kek lapis cadbury, kek lapis prunes dan kek buah. Semua kek dan biskut raya tak sempat nak posing dulu sebelum bawa balik kampung. Memang sibuk bangat.. Ni gambo kek yang sempat posing dalam bekas kek my MIL. Gambar kek buah takde.. my MIL tak bagi potong, hidang untuk tetamu.. sbb tu kek my FIL peberet.. dia simpan untuk makan keluarga je..


My first layered cake sebenarnya ni... baru belajar melapis.. see lapisannya pun tunggang langgang..

Resipi kek lapis cadbury ni cedok dari blog ratu kek lapis . Memang kagum ler tengok kek lapis yg dia buat.. cantik bangat!.. Akanku try lagi resepi-resepi kek lapis lain dari blognya di suatu hari nanti.. Kek ni sedap sangat... ramai yang suka terutamanya budak-budak..

Dan ni kopipes resipinya..


Kek Lapis India / Kek Lapis Cadbury

Resepi : dayangjack@dapurku sayang
bahan-bahan: loyang 9" x 9"
  • 450g mentega berkualiti tinggi 
  • 120g tepung hong kong / tepung gandum (diayak)
  • 220g gula halus
  • 10 biji telur 
  • 100g tepung biskut marie
  • 65g serbuk horlicks
  • 50g serbuk santan (1 peket)
  • 300g susu pekat manis
  • 2 bungkus kepingan coklat Cadbury
  • pewarna kuning - optional
Cara-cara:
  1. Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega.
  2. Putar mentega dan gula hingga kembang dan berkrim.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan.
  4. Masukkan tepung biskut marie, horlicks dan tepung, santan dan susu pekat sedikit demi sedikit. Putar lagi hingga sebati. Masukkan pewarna kuning jika suka. Kacau lagi sebati.
  5. Ambil 7 sudu besar adunan dan ratakan ke dalam loyang dan bakar hingga keperangan.
  6. Ulangi lapisan dan susunkan kepingan coklat pada setiap lapisan yang ketiga. 
  7. Sejukkan kek sebelum dipotong.
Nota:
  • Biskut marie dikisar halus dan diayak baru ditimbang.
  • Serbuk Horlicks boleh digantikan dengan serbuk nestum bayi jika suka.
  • Susu dan gula boleh dikurangkan atau dilebihkan mengikut citarasa sendiri.
  • Gunakan mentega yang berkualiti tinggi untuk dapatkan hasil yang baik. Contoh jenama Anchor dan SCS. 
  • Acuan saiz 9" x 9" digunakan untuk kek yang tidak terlalu tinggi. Boleh juga menggunakan loyang 8" x 8".
  • cara menyusun coklat : Bakar adunan terlebih dahulu. Kemudian susunkan coklat secara rawak. Tutupkan coklat dengan adunan seterusnya dan bakar hingga keperangan. ATAU masukkan adunan dan susunkan coklat secara rawak dan bakar. Terpulang pada keselesaan masing-masing.
  • Setiap layer dibakar/digril lebih kurang 7-10 minit mengikut kepanasan oven masing-masing. 


Kek lapis prune ni ambik dari sini . My MIL suka kek ni.. Dan ni kopipes resepi dari sana..

Kek Lapis Prunes
Bahan-Bahannya:
Bahan A
  • 8 biji kuning telor ayam (Gred A)
  • 6 biji telur
  • 280 gram castor sugar
  • 210 gram, tepong gandum
  • 5 gram baking powder
  • 5 gram essence vanilla
  • 15 gram ovalet

Bahan B
  • 350 gram pure butter
  • 30 gram makan susu pekat

Bahan C
  • 340 gram buah prune


  1. Bahan A- Gula, telur, ovalet dan vanilla disatukan, dipukul menggunakan whisk.
  2. Kacau adunan telur untuk memastikan adunan dipukul serata.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak, bersama dengan baking powder & vanilla
  4. Gunakan kelajuan mixer yang paling tinggi. Pukul sehingga kembang.
  5. Anda boleh mula memukul dengan kelajuan yang paling tinggi sekarang.
  6. Bahan B - Mentega dan susu di satukan. Dipukul sehingga campuran ini bertukar putih.
  7. Masukkan Bahan B kedalam Bahan A - gaul sebati.
  8. Bakar selapis-selapis. Suhu yang digunakan ialah 180c - 200c.
  9. Taburkan buah prun semasa proses melapis.

1 comment:

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails