Wednesday, March 2, 2011

Ikan Dalam Taman @ Pla Lui Suan

Entah kali ke berapa masak ikan ni lupa daaa.. yang pasti rasanya sedap bangat.. kali ni guna ikan bawal.


IKAN DALAM TAMAN @ PLA LUI SUAN
source : Kak Nor Secubit Garam.

Bahan-bahan:-
  • 1 ekor ikan siakap (ikan bawal)
  • 1/4 caw tepung serbaguna(tepung ni aku guna tepung radix)
  • minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan. Gaul ikan dgn tepung dan goreng hingga masak.
Angkat dan toskan.

Bahan2 Sos
  • 1/4 cawan bawang putih
  • 1/4 cawan bawang merah
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar daun ketumbar yg dipotong
  • 3 batang serai
  • 3 - 5 bj cili api
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 4 sudu besar air limau nipis
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 3 sudu besar pes cili sangai

Hiris halus bawang merah, bawang putih, daun limau purut, serai dan cili api.
Masukkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Curah bahan2 ni atas ikan yg dah siap digoreng td.
Boleh la dihidangkan..






5 comments:

  1. wahhh dah siap hidang dgn nasi tu.. jom makan :)

    k.nor rasa yani lebih kerap buat pes cili sangai dan ikan dalam taman ni dr k.nor hehee

    ReplyDelete
  2. eh iye ke kak nor.. ehehe tp sy buat ekspress sket guna bwg merah yg dah siap digoreng.. kak nor.. terima kasih berjuta-juta lemon krn berkongsi resipi pes cili ni.. dari pes cili tu mcm2 benda boleh dibuat..

    ReplyDelete
  3. salam yani, selamat menyambut baby baru. jaga diri baik2. nak ucap terima kasih tak terhingga kpd yani dan kwn2 maya yg lain mcm cmg, kak nor citarasawan, rinnchan, hana jepun dan byk lagi. akak byk amik resepi korang semua. masak utk anak2,keluarga dan kawan2. mohon dihalalkan. akak mula kenal korang semua thro myR. memang hebat myR tu. moga Allah balas jasa dan budi baik yani, suami dan kwn2 dgn perkongsian ilmu ni. terima kasih kawan...

    ReplyDelete
  4. nak tanya masak ikan ni kalau x pakai pes cili sangai ok tak? cuma pakai cili kering jer?

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails