Takleh nak citer panjang, my hb dah balik tu... takdan nak gi jalan2 rumah teman-teman.. Komen pun takdan dibalas.... Ada masa nanti jumpa lagi..
Homemade Dadih
source : Kak Nor myr
Bahan-bahan:
- 10gm serbuk agar2 - kalau nak guna agar2 bertali boleh guna 1/3 dari sebungkus agar2 cap bulan(warna merah)
- 1 liter susu segar biasa
- 1 liter susu segar berperisa coklat
- 1 1/4 cawan gula (atau 17 sudu besar gula)
- 1.2 liter air
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 2 sudu besar air
- 1sudu teh coklat emulco ( x letak pun.. abih stok)
Cara-cara
- Masak agar2 bersama air hingga mendidih. Jika guna agar2 bertali, rendam dulu supaya lembut dan lebih cepat hancur. Masukkan garam dan gula. Masukkan adunan tepung jagung. Masak hingga mendidih.
- Bahagi dua adunan agar td. Masukkan kembali 1 bahagian agar kedalam periuk dan masukkan susu segar putih. 1 bahagian lg dimasukkan kedalam periuk yg lain dan masukkan susu berperisa coklat dan coklat emulco.
- Masaklah kembali adunan tersebut. Gunakan api yg sederhana sj dan hendaklah sentiasa dikacau agar tidak berketul. Apabila nampak tanda2 mendidih, padamkan api. Peringatan: jgn masak terlalu lama nanti dadih menjadi keras.
- Biarkan hingga suam baru lah ditapis sebelum dimasukkan kedalam bekas. Masukkan dadih yg berwarna putih dulu dan bila ia sejuk dan mengeras bahagian atasnya barulah dimasukkan dadih coklat. Kalau nak lebih cepat bolehlah dimasukkan kedalam peti ais seketika.
- Sejukkan dalam peti ais, pastu bolehlah dimakan.
- Sekiranya ada yg nak buat berperisa strawberry, bolehlah guna susu perisa strawberry atau pun boleh juga guna kedua2 susu fresh putih dan tambahkan pewarna merah dan strawberry emulco.
- ** Satu kaedah lagi utk menghasilkan dadih coklat bg yg bimbang jika ikut cara2 diatas menyebabkan rasa dadihnya terlebih manis(bg hb dan anak2 saya rasa manisnya sedang elok je). Setelah diikut step pertama, masukkan 2 liter susu segar (putih) kedalam periuk (tanpa menggunakan susu segar berperisa coklat). Kemudian bahagi 2 adunan dadih dan 1 bahagian itu dimasukkan 1sb coklat emulco. (diletakkan 1sb kerana aduanan asalnya berwarna putih sdgkan jika guna susu segar perisa coklat perlu letak 1st shj )
- **Saya harap kawan2 semua dpt faham kaedah yg saya maksudkan ini dan jika masih keliru bolehlah bertanya semula.
Assalamualaikum kak Yani.. sedapnyer nmpk dadih tuh.. dh berbelah bagi dh ni.. baru beli agar2 nk wat puding belang..tgk dadih nih berkenan pulak.. adoii.. kiv dulu. hihi
ReplyDeleteSalam Yani
ReplyDeletesekarang cuaca lagik panas..makan dessert mcm ni memangla sedap sgt..
dadih kak nor ni memang best kan kak..
ReplyDeletemas pun suka buat..sedapp...
aghhhh....meh sikit kat...ade lagi x?sedap nih time panas2 nih...
ReplyDeleteuishhh lama tak buat dadih... aritu dah beli susu fresh tp gi buat dessert lain .. :)
ReplyDelete