Saturday, May 26, 2012

Macorons lagi..

Aktiviti menghabiskan capuccino cream belum ni.



Resipi boleh tengok kat sini. Cuma kali ni tambah 1 sudu kecil capuccino paste kat dlm macarons dan serbuk koko pulak tambah 2 kali ganda dari yg sebelum ni.. Hasilnya lagi sedapppp...

Baru keluar dari oven
 

Masukkan krim

kalau buh cream cheese cenggini simpan dlm peti ais dulu semalaman lagi sedap..



Friday, May 25, 2012

Ikan Kembung Rebus Air Asam


Ikan kembung rebus air asam
Sumber: pulut sekaya myresipi.com
Bahan-bahan ( 2 orang makan )
  • 2 ekor ikan kembung yg sangat segar
  • 1 cawan air
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 biji cili merah-1/2 dihiris halus
  • 4 biji cili api merah dan hijau (kalau panjang 2 pun cukup)- dihiris
  • 1/2 sudu teh belacan dibakar
  • 1/2 biji tomato potong dadu
  • 1/2 labu bawang besar dihiris halus
  • 1/2 sudu teh asam jawa(kalau takde ganti dgn cuka)- sy add lebih sket bg pekat
  • jus limau nipis secukup rasa
  • garam dan gula secukup rasa - sy add sos ikan

Cara-cara
  1. rebus ikan dalam kuali hingga air mendidih(seeloknya kuali non stick)
  2. tuang air rebusan dalam mangkuk lain dan biar ikan masak dalam kuali(mcm bakar la)
  3. tumbuk 1/2 cili merah,bawang merah,belacan dan asam jawa
  4. bancuhkan bahan tumbuk dgn air rebusan ikan
  5. masukkan bahan yg dihiris,tomato,garam,gula dan perahkan limau nipis secukup rasa
  6. letakkan ikan dalam pinggan dan siramkan kuah tadi.siap untuk dimakan dengan nasi panas
  7. kalau malas nak tumbuk boleh dihiris halus semua bahan dan gaulkan saja dengan air rebusan

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails