Friday, July 27, 2012

Tembikai dalam Jeli Soda

Tembikai dalam jeli soda... Ish susahnya nak buat entry. Asyik ada gangguan budak kecik je... Layan jerlah gambo-gambo ni. Resipi dari buku resipi Pencuci Mulut.


UPDATE
Tembikai Dalam Jeli Soda
Sumber: Buku Jom Berjimat Menyediakan Pencuci Mulut

Bahan-bahan ( 4-5 cups):
  • 250ml aiskrim soda
  • 13/4 sudu kecil gelatin
  • 3 sudu besar air panas
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil jus limau nipis/lemon
  • tembikai secukupnya
Cara-cara:
  1. Ceduk isi tembikai ke dalam bekas yang sesuai dan ketepikan.
  2. Masukkan gula ke dalam air panas. Kacau sehingga gula larut. Selepas itu masukkan gelatin. Kacau sehingga gelatin larut.
  3. Masukkan pula aiskrim soda dan jus limau. Kacau sebati. Kemudian tuang ke dalam bekas yang mengandungi tembikai tadi. Sejukkan dalam peti sejuk

Dapatkan juga resipi-resipi menarik yang lain dari buku Jom Berjimat Menyediakan Pencuci Mulut




13 comments:

  1. Kak yani, kat sini tak leh buat2 dessert cuaca asyik mendung n hujan :D dessert klu dpt yg hangat2 sedap time hujan2 gini :D tgk nasik carrot yg gedabak2 akak hiris carrotnya tu kan mmg bagus ler ank akak, ank2 kita nak kena cincang2 carrot tu baru makan, kalau tak kompem yg kena mkn carrot2 tu sume muke kita ni lerrr muke tong sampah ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ijah tiup awan tebal ke sini cket.. biar sejuk sket kat sini jugak.. ;) . Hehehe ijah kalo budak2 tak suka sayur tu biasalah.. ni arr budak2 kat rumah ni terbaliklah pulak.. sayur makan tp lauk takmo.. kena selalu monitor time dorang mkn nasi.. nak2 2 org yg dah besar tu.. kalau x suruh ambik lauk, mau dia buat2 tak nampak je lauk pauk yang tergolek dlam pinggan tak kira ikan ke ayam ke. daging lagilah..

      Delete
  2. salam ramdhan kak... wah akak dah ada buku ye.. tahniah.. nanti nak carik jugak la wat koleksi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ramadhan juga buat Hana & family... terima kasih

      Delete
  3. Menariknya menu ni.. Buku apa tu Kak Yani..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur-nba.. buku seperti dlm gambar kat atas tu.. boleh beli kat kedai buku ataupun dr mphonline.com

      Delete
  4. canteeknyee.. merah tembkai tu menggoda btol.. Yani, dulu akk ingt smenjak jumpa MyR.com, akk rasa dh pencen dri bli bku2 rspi, rupenye x bleh.. coz mseh releben lg. ngadap comptr kne dok atas krusi smpai sakit pinggang, (skrin lappy pecah, ntah 'dak gemok' mne pijak, huhu)dgn buku kita bleh bace smbil guling2 atas tilam ngn dak tecik2..hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakbesah.. mana add blog akak.. nak gak junguk rumah akak.. walau bkn rumah betul, rumah di alam maya ni pun jadilah...

      Delete
  5. bestnya tembikai dalam jeli soda tu...teringin nak cuba...

    ReplyDelete
  6. aduhaiiii, rasa macam makin dahaga nih.. hihi

    ReplyDelete
  7. Salam ramadhan kak yani.
    Menarik la kak tembikai dlm jelly. Time bulan puasa ni, jelly macam tu lah sedap..sejuk2 ya, lagi sedap ;)

    ReplyDelete
  8. salam ramadhan almubarak yani ,tahniah sedap namapak dessert tu

    ReplyDelete
  9. psst..Yani, ni secret tau, akk xde blog.huhu.. memang mustahil lah nk ade coz bz sgt, mnjaga ank2 sahabat2 & ajar mengaji knak2 + dewasa sekitar kwsan ni. dan bila nk Raya camni akk mnjahit plak baju melayu & kurung sekeluarga termasuk mnantu..hee.. pstu blom kira msk memasak yg mnjadi minat sejak azali lg, x disuruh pon memang rela..hihi.. tgh sesak napas tahap gaban lah ni ngenangkn Raya dh dekat..hee..

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails