Wednesday, June 13, 2012

Donut Pisang

Aktiviti menghabiskan pisang berangan yang tak berapa sedap. Pisang "berangan bandar" yg isi kaler putih tu rasa dia kurang manis kalau nak banding dengan pisang  "berangan kampung" yg isinya kaler kuning. Kalau pisang berangan kampung laju je budak-budak dalam rumah ni makan.

Donut pisang dengan krim kapucino

Donut Pisang
  • 250g tepung gandum/ tepung roti
  • 100ml air
  • 1 biji pisang (80g) - dilenyek
  • 25g mentega
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu kecil yis kering.
Toping :
  1. gula kastor
  2. whipping cream + coklat
  3. whipping cream + coklat putih + capuccino paste
sugar donut, capuccino donut, chocolate donut

Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan-bahan kering ke dalam mangkuk. Kacau hingga sebati.
  2. Masukkan pisang, mentega dan air. Uli sehingga doh tak melekat pada tangan.
  3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Buat bentuk bulat dan lubang pada bahagian tengah
  4. Biarkan doh naik dua kali ganda sebelum digoreng.
  5. Goreng dengan minyak sederhana panas sehingga perang.
  6. Siap untuk ditopping ikut selera sendiri.

classic taste

7 comments:

  1. Wow! boleh dicuba resipi ni... pisang ada sikit lagi di dapor tu...

    ReplyDelete
  2. Yani..jgn serik tanam pisang hehe ..
    sedap tgk donut tuu, masuk list dulu
    tunggu pisang kat pokok masak..:)

    ReplyDelete
  3. pisang ada versi bandar ngan versi kampung ye.. hihi.. tun kenal pisnag montel je ;p
    pernah try buat donat pisang, mmg sedap ^^

    ReplyDelete
  4. salam Yani, donut pisang memang sdp, wangi je.. dulu prnh try rspi kak fida. rspi Yani ni pon agk mudah, senang nk ikut..hehe.

    ReplyDelete
  5. bebudak ni mmg nak kena buat kraftangan baru nak makan pisang.

    ReplyDelete
  6. Aslmkum kak!
    Betul la pisang berangan yg versi tu mmg tak sedap sgt pun. Tak bp wangi kan..

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails