Thursday, June 28, 2012

Blueberry Cheese Roll Cake

Blog yg macam hidup segan, mati takmo dah ni... Bukan tak nak update tapi setiap kali ada jer gangguan. Selagi dak kecik dalam rumah ni tak besor, selagi tu ler blog ni akan jd seperti hidup segan, mati takmo. Masak tu sentiasa masak, cuma kadang-kadang tak sempat nak ambik gambo, kadang-kadang gambo dah amik tapi tak sempat nak update.. Bila dah berkurun gambo duk terperap dalam kamera... resepi pulak ilang entah ke mana. Nak-nak kalau resipi yang main campak-campak, habis lupa apa benda yg dicampakkannya...

Ini pun kek yang dah lama buat.. Resipi yg pernah buat sebelum ni cuma tambah blueberry filling, cream cheese dan letak deco sket.. Gambo blur je.. masa snap gambo ni dak kecik duk tarik2 seluar.


Blueberry Cheese Roll Cake

Bahan-bahan ( 30x30 cm )

  • 4 biji telur
  • 50g tepung gandum
  • 50g gula kastor
  • sedikit esen vanila 
  • sedikit pewarna ungu
utk krim
  • 250g cream cheese
  • 2-3 sudu besar gula kastor
  • blueberry filling secukupnya

Cara-cara:
  1. Alaskan loyang dengan baking paper. Asingkan kuning dan putih telur. Ayakkan tepung gandum. Panaskan oven sehingga 180C.
  2. Pukul telur putih dan separuh dari gula sehingga kembang/bertanduk.
  3. Dalam mangkuk lain, pukul kuning telur, esen vanila dan gula selebihnya sehingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi, kacau sebati.
  4. Masukkan 1/3 dari adunan telur putih ke dalam adunan kuning telur, kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
  5. Masukkan no.4 ke dalam no.2 . Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. 
  6. Ambil 2 sudu besar adunan no.5, masukkan sedikit pewarna ungu. Kacau sebati. Masukkan adunan ke dalam plastik bersih. Potong bucunya. Buatlah bulat2 ke atas loyang yang telah dialas tadi. Bakar selama 1-2 minit ( sehingga permukaan kering)
  7. Tuang adunan selebihnya ke dalam loyang. Ratakan.
  8. Bakar selama 10-12 minit dengan suhu 180C. Kemudian sejukkan.
  9. Sementara itu sediakan krimnya.Pukul cream cheese dan gula sehingga gebu. Sapukan pada kek. Sapukkan blueberry filling ke atas lapisan cheese. Gulungkan.
  10. Balut kek dgn cling wrap kemas2. impan dalam peti sejuk selama 3-4 jam sebelum dipotong.
 dak kecik ni bilalah nak besar....

12 comments:

  1. Replies
    1. try la... bak bg pun dah abih ni ;)

      Delete
  2. sedapnya rupa, rasanya pasti lagi sedap...

    ReplyDelete
  3. sma la dgn blog kita tu...tngelam timbul jgk wpun xde anak kecil...lama dh xmngulung ni..bkn apaa...tkut xpass..

    ReplyDelete
  4. nani dahh salin resepi kak yani yang ni. nanti kalau ada masa nk try buat jugak.

    ReplyDelete
  5. salam yani, sedapnye kek tu, siap de cheese lg, akk tringin sgt nk buat kek roll.. tp, prnh skali buat x jd, tu yg jd phobia spanjang hayat..hehe. > o..ni la sicomel yg slalu kacau mama dia yer..comel sgt..kalu untie besah dpt, memang x buat keje la..asyek dok main je ngn dia..ee..gerammnye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak besah... x jd nak gulung ke?.. mungkin kek tebal kot..

      Delete
  6. salam gan ...
    menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
    di tunggu kunjungan balik.nya gan !

    ReplyDelete
  7. Nice posting, very helpfull & usefull. Dan untuk anda yang ingin tips memilih, merawat dan memperbaiki mesin roti / mesin bakery. klik aja di FIKRI TEKNIK GRATISSS, ditunggu blogwalking nya yach. good luck & keep blogging. Thank's & salam kenal yach...

    ReplyDelete
  8. Hi Kak Yani..apa khabar di sana? Sama gak ngan Love. Tak sempat nak shoot gambar masakan pun...so takleh update blog. My blog pun nyawa nyawa ikan karang ni..hehehe

    Cantik roll akak tu. Love memang tak reti yang ni...makan je pandai :)

    ReplyDelete
  9. hai kak...saja ronda2 kt blog akak ni.terjumpa resepi ni.cam menarik je....sbb ade cheese! org gile cheese mmg cam ni..tapi sy xphm la nk wt dot2 tu cane? n cling wrap tu plastik yg wt tutup mknn tu eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo wat dot dot tu gini... bila adunan kita dah siap campur semua, ambik 2 sudu dr adunan tersebut. pastu buh wrn . mskkn adunan bewarna ni ke dlm piping bag atau plastik bersih. Potong bucunya. buatlah bentuk dot kat atas kertas yg kita alas loyang tu.. bakar dulu jap bg permukaan dot2 kering. Tujuannya tak bagi bercampur bila kita tuang adunan yg selebihnya.

      yup cling wrap tu plastik yg wat tutup mkn tu la

      Delete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails