Saturday, March 3, 2012

Eggless Fruit Cake

 Alamak... lupa tengah dietlah... Lepas abih 3-4 keping bau teringat pasal diet. Memang sedap sangat kek buah ni.  Rasanya kalo tak fikir pasal diet mau abih separuh kek ni aku makan sorang-sorang..

Resepi ni hasil selongkar Dapurku Sayang. Dah lama nak try resepi ni tapi memandangkan tengah diet terpaksa dipendamkan dulu. Bila tau FIL & MIL nak dtg terus terfikir nak buat kek ni sebab FIL suka sangat mkn kek buah.


Minta izin tuan DapurKu Sayang utk tempek resepi kat sini... sape yg belum try lagi.. try laa.. pasti anda tak akan kecewa

Eggless Fruit Cake / Kek Buah (Bakar)
Loyang 20-22 cm
Bahan A :
  • 360 g tepung gandum (ayak 3 kali)
  • 2 sudu kecil baking powder (diayak)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
  • 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis - optional
  • 125 ml jus oren
Bahan B :
  • 250 g mentega 
  • 300 g mix fruits (dihiris halus atau dicincang)
  • 250 ml susu cair
  • 170 gula kastor (boleh juga guna brown sugar) 
  • 2 sudu besar susu pekat manis atau golden syrup
Bahan untuk taburan : 30 g badam cincang - optional
Cara-cara :
  1. Bahan B : Satukan semua bahan kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati. Tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu, sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman.
  2. Bahan A : Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren ke dalam mangkuk pengadun. Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan dengan Bahan B tadi. Sebatikan dengan senduk kayu atau spatula sahaja.
  3. Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan mentega dan ditaburkan dengan sedikit tepung (jika suka, guna loyang yang mempunyai lubang di tengahnya atau loyang chiffon supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian tengahnya). 
  5. Kemudian taburkan badam cincang jika suka. 
  6. Bakarlah selama 50 minit atau 1 jam atau sehingga masak pada suhu 160-170C (kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
  7. Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.

7 comments:

  1. assalamualaikum kak..
    lama senyap.. rupanya diet ek. heheh.. eh ada baby kecik diet gak ke kak. mana aci.. da lama geram ngan kek ni. tapi memandangkan dlm rumah ni kurang gemor kek buah, kena senyap dulu la. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam... ingatkan bila bagi bf kat bby dpt ler turun berat bdn.. ghupenya lemak2 degil teramat sgt.. tu yg terpaksa diet

      Delete
  2. Owww...diet yer... bak k.gee perabihkn kek tu...k.gee diet jugak tp bab mkn tak tolak...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak gee mai lah umah... ada lagi separuh ni .. dok prozen sbb xde org nak mkn

      Delete
  3. aslmkm...lama dah peram resepi ni tak buat2 gak..hehehe..kita diet gak ni..

    ReplyDelete
  4. dah cuba dah kak yani...memang sedap & puas hati

    ReplyDelete
  5. Waaa..semestinya sedap kek ni..tak guna telo...nanti nak try gak..thanks Yani share resepi..

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails