Wednesday, September 5, 2012

Blueberry Cheese Tart

Resepi dari tauke blueberry cheese tart. Dah lama duk perap resipi ni. Nak raya hari tu baru buat. Tu pun buat sebab nak bawa balik kg. Kalau tak mesti duk jadi pekasam lagi. Orang dalam rumah ni tak berapa layan sangat.. kalau makan pun sebiji dua je.. tu yg jadi malas makcik nak membuatnya..

Oppss ... sebut pasal raya.. Nak ucapkan Selamat Hari Raya pada yang beraya hari ni.. hihi termasuk ler tuan rumah. Alhamdulillah selesai juga pose selama 6 hari.

 Saiz tart berbanding dgn duit lima posen

Kat bawah ni resepinya dan kalau nak tengok tips ke... cara nak deco ke boleh tengok kat sana

Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :

  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170C sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.



Muat satu mulut je ni..

Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Saturday, September 1, 2012

Biskut Cendawan

Terjatuh cinta dengan biskut cendawan yang kak ita buat.. Lagipun nak mengetes cookie cutter yg tak pernah digunakan. Dah bertahun beli.. masa kat jepun lagi, baru sekarang nak guna. Tapi saya buat takde ler secantik dia.

snap dari balang semekut jer ler.. 
tak sempat nak posing cantik2.. asyik ada gangguan jer

Siap satu adunan.. ya ampun tak nak buat lagi dah. Lama sangat nak dapat siapkannya. Dengan gangguan si budak kecik duk tarik itu, duk tarik ini. Pening paler dibuatnya.. Mungkin dia pun excited tengok biskut kalerpul ni.. Biskut ni dapat sambutan dikalangan kanak-kanak masa raya hari tu..

Resipi kopipes dari blok Masam Manis..


BISKUT CENDAWAN
Rujukan : Naz & Kak Ita
  • 225 gm butter
  • 75 gm gula icing
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan Ayak
  • 300 gm tepung gandum atau tepung rose
  • 90 gm tepung jagung
  • 15 gm susu tepung
  • 1 sudu teh emplex
Cara-cara:

  1. Pukul butter bersama gula hingga sebati
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanila dan terus pukul dengan speed sederhana hingga sebati
  3. Kemudian perlahankan speed dan masukkan bahan-bahan yang di ayak sedikit demi sedikit dan terus uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan
  4. Jika adunan lembik tambahkan sedikit sahaja lagi tepung
  5. Panaskan oven pada suhu 150C bergantung pada kepanasan oven
  6. Sediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit butter
  7. Canaikan doh di atas dua lapik plastik supaya tidak melekat-lekat
  8. Terap doh dengan acuan cendawan
  9. Susun terapan cendawan atas loyang
  10. Bakar di dalam oven pada suhu 150C selama 15~20 minit atau sehingga biskut masak
  11. Setelah masak sejukkan
  12. Sekarang kita sediakan icing

ICING

  • 1 biji putih telur
  • 90 gm gula icing
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh jus lemon

  1. Pukul putih telur hingga kembang
  2. Masukkan gula icing, tepung jagung dan jus lemon dan terus pukul dengan speed laju hingga adunan likat
  3. Bahagikan adunan icing kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan warna pilihan
  4. Masukkan dalam piping bag
  5. Paipkan atas biskut cendawan yang telah sejuk tadi
  6. Hiaslah ikut kreativiti masing-masing
  7. Kemudian bakar semula dalam oven pada suhu 150 C selama 10 minit
  8. Setelah masak biarkan sejuk sebentar sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails