Sunday, August 21, 2011

Sambal Hitam Pahang


Gi pasar semalam jumpa belimbing buluh. So beli ler seringgit utk buat sambal hitam pahang. Kali ni try rebus belimbing buh garam sikit sebab ikut kata kakakku yg kak lipis nun, belimbing hitam ni rasa masin. Sebelum ni pernah try resipi yang rebus belimbing tanpa garam.

Ini ler hasilnya selepas 40 minit direbus atas dapur gas dengan api kecik. Kalernya tak jadi hitam macam belimbing buluh yg Izah guna utk buat sambal ni.

Hasil skodeng rumah org Lipis yang kini duk kat Ampang nun, maka terhasil ler Sambal Hitam Pahang ni. Tapi sambal hitam makcik dah lain rupanya.. dah terlebih garing. Lain kali nak try buat yang versi lembut + garing pulak. Apapun sambal hitam ni best utk dijadikan penambah selera.


Ni kopipes resipi dari org Lipis nun.. minta izinnye..


SAMBAL HITAM PAHANG
by: izahdaut

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk ikan bilis
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 10-15 biji cili padi *pedas ikut suke
  • 6-7 asam belimbing rebus
  • sikit kicap
  • sikit gula
  • sikit garam
  • 3/4 cwn minyak masak *lebihkurang
Cara-cara:
  1. Tumbuk cili padi sehingga lumat menggunakan lesung batu.
  2. Kemudian masukkan pula asam belimbing dan lenyek2kan dengan lesung biar bercampur dengan cili.
  3. Masukkan pula ikan bilis dan tumbuk separuh hancur.
  4. Panaskan minyak.
  5. Tumiskan bawang, tak perlu tunggu bawang layu atau naik bau, terus aje masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk bersama cili tadi.
  6. Goreng menggunakan api sederhana.
  7. Masukkan sedikit kicap, garam dan gula.
  8. Kacau lagi sehingga agak2 garing.
  9. Atau pun mengikut citarasa masing2. Sebab ada suke sambal ni rasa lembut2 je, tak suke garing. Ada juga suke sedikit garing tambah lembut2 sikit. Jaga2 jangan sampai hangit lak. Maklom sambal dah ler hitam kan. Hehee.

Ada ke org yg belum kenal rupa belimbing buluh, 
ini ler rupanya..

9 comments:

  1. assalamualaikum kak..
    sebenarnye kan, kalau sambal ni saya suke garing2 sikit. tapi hubby suke lembut2 sikit. so saya kena buat tengah2 la, ada lembut2 n garing2 sikit..tq kak yani sudi try. memang elok je kejadian n warne nya tu..tu asam tu kalau betul2 kering, memang makan tahun boleh simpan dlm esbox

    ReplyDelete
  2. 1st time tau resepi ni.. Npk best juga K'Yani :)

    ReplyDelete
  3. - dah bagi belimbing kat kakak seplastik besar sbb dia nk buat sambal ni jugak...tunggu je la dia bagi sikit nnti...hehe

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Yani..Saya pernah cuba buat ni masa tgk kat blog ni suatu ketika dulu..Tapi fail tang nak buat belimbing rebus tu...Belimbing saya jadi rentung walau guna api perlahan..Sebab kat resipi cakap tak yah guna air..Kak Yani ada tips tak nak buat rebus belimbing tu supaya kecut dan tidak hangit..?

    ReplyDelete
  5. izah... tq sebab kongsi resipi yg boleh membangkitkan selera mkn ni.. my son siap meratah lagi.. dia kata sedap wpun pedas.

    Oh Oeya.. mmg best. Tp belum puas hati selagi belum try yg org lipis asli yg buatnye..

    Al... kan senang gitu..

    Sue... mmg takyah buh air.. air belimbing tu akan keluar nanti..mmg byk air dia keluar. Sue try buat sekali lagi.. kali ni sue buh garam. Masa akak buat dulu pun tak menjadi sgt... Satu lagi periuk tu Sue jgn guna periuk aluminium.. guna yg kaca tak pun guna periuk yg dibuat dr tanah liat ke.. akak guna periuk nasi (yg bahagian dlm tu..). periuk nasi akak ni jenis tebal dan berat ala-ala pan sizzling tu ehehe

    ReplyDelete
  6. kak yani.. tentunya menu ni hanya dapat tengok je la.. mana nak dapat belimbing buluh kat sini..:) hihihhhhi tehtu sedap.. nant balik msia kena try buat..

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Yani...ooo ic..may be pasal saya guna periuk aluminium biasa tu lah ya...habis rentung belimbing saya..kena try n error lagi ni..Thanks Kak Yani untuk info ni...

    ReplyDelete
  8. assalammualaikumm kak saya minta izin copy resepi ye..

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails