Tuesday, August 2, 2011

Nasi Goreng Ikan Bilis

Lunch menu untuk dak tecik yg tak pose arini.



Nasi Goreng Ikan Bilis

Bahan-bahan ( 1 orang):
  • 1/2 cawan nasi
  • 1/2 biji telur
  • 1/4 cawan sayur campur
  • 1 ulas bawang putih - ditumbuk
  • sejemput ikan bilis
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • sedikit garam
  • sedikit gula
 Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis sehingga garing.
  2. Keluarkan minyak dari kuali. Tinggalkan minyak dalam kuali lebih kurang 1 sudu besar sahaja.
  3. Tumis bawang putih sehingga bau wangi. Masukkan sayur campur dan sos tiram. Kacau sekejap.
  4. Masukkan nasi, diikuti dengan garam dan gula, goreng sehingga semua bergaul mesra.
  5. Masukkan telur. Goreng lagi nasi sehingga agak garing.
tembikai

kentang goreng & tomato

8 comments:

  1. Salam Yani.......wui!berselera budak kecik bila mamanya masak nasi goreng camni.

    ReplyDelete
  2. Salam K'Yani.. mohon sedikit masa ke link ini :)

    http://ohoeya858.blogspot.com/2011/08/salmon-butter-lemon-resepi-siapa-ni.html

    ReplyDelete
  3. wah! comel sungguh tembikai itu...bukan setakat budak2 suke...org tua pon suke ni...rajin kak yani deco2..

    ReplyDelete
  4. salam kak.. ni tentu untuk anak akak ni.. comel .. ada nasi bentuk bas

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum dan salam Ramadhan buat Yani serta keluarga. nnt jk berkesempatan, singgah rumah amik kad yer.

    wahhh..meriahnya menu dak kecik sorang tu..hihih..mesti berselera dia makan..

    ReplyDelete
  6. Salam kak Yani..
    hehe comel nye pinggan tu. tambah comel dengan nasi bentuk kereta tu. kreatif :)

    Selamat berpuasa dan berbuka ye buat akak sekeluarga :)

    ReplyDelete
  7. comeiii nya tray...bestnya tgk pokok yani hidup subur dan berhasil...I like!

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails