Monday, October 10, 2011

Kek Lapis Tiramisu

Kek Lapis Tiramisu.... ahak *-< ampun tuan punya resipi.. makcik dah ubah nama. Idea kek ni ambik dari blog Kak Nor secubitgaram. Terpandang kek yg kak nor buat ni kat facebook .. pehtu terus singgah kat blog dia. Uhuhu sebut pasal blog ni.. dah lama x jenguk blog kenkawan. Blog sendiri pun dah bersawang.. lama sungguh tak berupdate...

Ok.. berbalik kepada kisah kek ni.. xceli nak abihkan cream cheese frosting lebihan buat kek cawan si baldu merah. Biskut marie pun ada.. apa lagi godek-godek ler.. jadi ler macam ni.. My anak dara kata "emmm sedap...rasa macam tiramisu ".. Apa lagi, makcik pun letak ler nama Kek Lapis Tiramisu..


Nih my style...

Kek Lapis Tiramisu
Bahan-bahan :
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100g gula aising
  • biskut marie secukupnya ( sy guna perisa kopi)
  • 1/2 cawan air kopi pekat.. ( sejuk)
Cara-cara:
  1. Pukul cream cheese, butter dan gula aising sehingga jadi bentuk krim.
  2. Alaskan loyang ke, tupperware ke.. tipuware ke dgn plastik wrap.
  3. Celup biskut marie sekejap dlm air kopi, susun dalam loyang tadi.
  4. Masukkan sedikit krim, ratakan. Ulang dengan biskut marie pula.. Buat sehingga abih.
  5. Untuk lapisan teratas... sapukan krim, kemudian taburkan biskut marie yg dikisar.
  6. Sejukkan dlm peti sejuk sebelum dipotong.

Kat bawah ni pula resipi yg telah memberi idea kpd KEK LAPIS TIRAMISU kat atas tu.. Terima kasih kepada tuan punya resipi dan juga kak nor yg memanjangkan resipi ini..

KEK LAPIS CHEESE PERSONA
resipi : Ryo@Ryoazhar
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2: (Saiz 9x9)
A:
  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
  • 500 ml susu segar,dipanaskan

B:
  • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus

Caranya :
  1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar,padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  7. Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

8 comments:

  1. boleh cuba ni ... stok crean cheese ada kat umah ....

    ReplyDelete
  2. Chik Att.. Tryla... Resipi asal sy x try lagi.. Susu segar xde stok

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Yani...apa khabar? Sini pun duk goda2 cheese gak kat akak, adeeeeii...kena buat la jgk nampaknya eks?? ^__^

    ReplyDelete
  4. Yani...

    Emmm...nampak sedap....:D

    ReplyDelete
  5. alahai...tergoda sungguh nak merasa...bilalah saya nak buatnya...minta seketoi boleh...

    ReplyDelete
  6. Assalam kak Yani, apa khabar?lama tak singgah sini..wah ada kek cheese kat sini...bila la nak buat kek ni yer..sana sini dah org buat ni.

    ReplyDelete
  7. salam kak...
    saya follow... seronok tgk sini byk resepi

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum yani best ni nak try versi yani lah sbb creamcheese pon ada 1 je tu

    ReplyDelete

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails