Tuesday, June 21, 2011

Tinggal Kenangan

Uhuhu lama makcik tak update blog ni. Dari cuti sekolah haritu lagi. Time cuti sekolah malas nak berebut laptop dgn budak2 dalam rumah ni. Bagi jer depa guna. Entry father"s day tu sebenarnya dah lama tulis, cuma set post datenya. :)

Bila cuti sekolah dah abih, takleh lagi nak bertenet. Terpaksa pula balik kampung, grandma in law meninggal. Pergi yang tak akan kembali. Yang tinggal hanyalah kenangan. Dan sebagai kenangan, sandal arwah ini menjadi milikku. Sebenarnya takde sape dikalangan anak cucunya yg lain muat dgn sandal ni. Hanya kakiku yang kecil comel ni je.. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.










Masa balik kampung haritu, dapat pulak prezen dari SIL. TIGA biji novel. Sonoknya... tapi takleh start baca lagi. Kena tunggu projekku settle dulu baru boleh ngadap novel ni.



Bila dah start baca, selagi tak abih  susah nak stop. Untuk mengelakkan tangan ni gatal-gatal pi belek novel tu, biar ler novel tu berbalut dulu. Kalau dah start belek nanti, semua kerja lain terpaksa ler makcik tangguhkan...


Friday, June 17, 2011

Happy Father's Day

Happy Father's Day untuk semua bapa-bapa tak kira di mana jua berada. Setiap kali hari bapa kami pasti teringat lagu ni yang dinyanyikan oleh Aina utk papanya sempena father"s day tahun 2007 yg lalu.. Ketika ini umurnya baru 5 tahun.

Latest Update .. ♥

Related Posts with Thumbnails